Bismillahirrahmanirrahim…
Segala puji bagiMu
Ilahi.
Segala kesempurnaan
milikMu Tuhan.
Segala kekurangan itu adalah
milikku selalu.
Allahurabbi.
Dah sebulan laman ini
terbiar lagi.
Sebenarnya saya nak
update sebelum berangkat ke Kuala Lumpur, tapi atas takdir-Nya laptop saya
masuk ‘ICU’.
Tulisan yang tertinta
tersimpan di dokumen.
Redha.
Hampir 2 minggu berada
di sini. Universiti Malaya.
Berkenalan dengannya,
perlu mengambil masa.
Melangkah kaki ke sini,
saya bermula dengan zero semula.
"Master of Usuluddin, pengkhususan Al-Quran & Al-Hadis".
Ia bukan untuk dibangga.
Dan tiada apa pun untuk dibanggakan dengan title tersebut.
Malah, amanah untuk ummah semakin memberat.
Sedari, banyak lagi kelompangan ilmu yang harus diisi dalam diri.
Nak memberi, harus terlebih dahulu mengisi.
A'la kulli hal, terima kasih ya Allah kerana memilihku di sini.
Terima kasih kerana memilihku untuk terus berjuang di medan ini.
Syukuri.
Haza min fadhli Rabbi.
Bergelar tolib,
orang yang ingin terus menuntut ilmu agamaNya dengan lebih mendalam membuatkan saya
harus lebih tabah.
Dugaan demi dugaan datang
menyinggah.
Semuanya mencabar iman.
‘Testing iman’.
Moga paras iman masih
lagi stabil. Insha allah. Semoga dapat istiqamah.
Istiqamah dari semua sudut.
Hati lebih-lebih lagi.
Mahu sentiasa DIA yang utama memiliki hati ini.
Hanya Allah, Only One Love.
Hajat doa kalian.
Langkah kaki ini. Harus
terus.
Sekali melangkah, tidak
akan berundur lagi.
Badai dan dugaan yang datang
menyapa, ku terima seadanya.
Dengan deraian air mata.
Dengan penuh rasa cinta
padaNya.
Pohon kekuatan demi
kekuatan pada yang Maha Esa.
Harus sentiasa bersyukur
dalam dugaan yang diberikanNya.
Hati, bertenanglah.
Meski sendirian, tapi tak keseorangan.
Ada DIA
selalu yang menjadi teman dan memberi pertolongan.
Berfikir.
Selalu doa minta kemudahan.
Selalu doa minta kemudahan.
Tetapi
kenapa semakin dipersulitkan?
Tarik
nafas penjang-panjang.
Allah.
Baru
kini mengerti.
Harus
utama pinta segunung kesabaran dan ketabahan, berbanding dengan sekecil makna
kemudahan.
Perlu
lebih hayati makna redha dan tawakkal.
Senyum
dalam tangisan.
Terharu
untuk semua aturan takdirNya.
Tuhan, luruskan niatku
selalu.
Agar sentiasa terpadu
kepadaMu.
Cinta. Tidak akan pernah terhenti.
Untuk mencintaiMu Ilahi.
Sesungguh hati, akan terus ku mencari kasihMu yang abadi.
Moga kembara ilmuku ini, Engkau rahmati...
“Betapa hidup ini, Allah
mengaturnya dengan cukup cantik. Tiada yang cacat.
Semuanya mengikut
kebijaksanaanNya yang Maha Menyusun dengan terbaik.
Kita sebagai hambaNya
harus sentiasa redha dan berusaha sebaik mungkin.
Selebihnya, serahkan
segalanya pada DIA.
Pasti, akan ada bahagia
setelah melalui semua saat-saat duka.”
*kembara ilmu selama 2
tahun ini ada misi besar untukku capai.
Semoga tercapai. Untuk islahkan diri
dan juga ummah. Insha Allah.!
: hikmatul islam
: 16092013
: 0200pm
Assalamualaikum..
ReplyDeletemabruk..master usuluddin?
hebat..
ana baru smbung degree usuluddin.
doakan agar dpt smbung master jugak eik?
wssalam wbr...
Deletena'am..master usuluddin...
allahurabbi, yg hebat itu Allah, ana cuma peminjam ilmuNya :)
Insha Allah ukhti, semoga berjaya ye smbg master malahan phD jugak nnti, agar ilmu agama yg ada di dada dapat dikongsi bersama ummah...amin :)