Bulan Syawal ini, bukan sahaja dipanggil bulan
kemenangan mungkin juga boleh dipanggil ‘bulan cinta’ buat mereka yang memilih
untuk membina rumahtangga pada EidulFitri.
Scroll newsfeed kat FB, sambil baca berita tentang
keadaan genting di Mesir dan tatap gambar-gambar syuhada’ yang semakin bertambah
di sana, tak kurang banyak juga dipostkan gambar kahwin sahabat-sahabat di sini.
“Just married”-
dengan senyuman yang cukup manis bersama pasangan masing-masing.
“Barakallahulakuma, wa jama’a fil khair” saya ucapkan
buat teman-teman FB yang sudah berjaya menyempurnakan separuh agama membina
Bait Muslim. Tahniah.
Saya tumpang gembira, namun saya juga tumpang kena ‘tempiasnya’.
Ramai saudara mara datang bertandang ke rumah pada hari
raya yang lepas. Soalan cepu mas tu memang tak dapat dielak lagi.
“Wanis, bila nak kahwin?”
Senyum.
“Kak Wanis, bila pulak walimah akak?”
Senyum.
“Nis, bila nak makan nasi minyak? Kahwin cepat-cepat deh.
Kawan-kawan yang lain dah timang anak dah.”
Senyum.
Hanya senyuman yang mampu diberikan pada mereka yang
bertanya.
Sebab tiada jawapan sebenarnya pada semua pertanyaan itu.
Persoalan yang sama.
Bibir masih cuba diukir senyuman yang paling manis,
meski rasa hati yang haru biru itu hanya Allah Yang Maha Tahu.
*Senyum kelat sebenarnya…*
Kerana memang saya tak punyai jawapan yang tepat pada persoalan
mereka. Kerana saya sendiri tidak dapat meneka, siapakah jodoh yang akan Allah
tetapkan untuk diri yang doif ini??
“Haza min amri Rabbi” (Ini adalah urusan Tuhanku)
Teringat seketika kata-kata teman di sekeliling yang
cuba untuk ‘menenangkan’ diri tika digamit resah.
“Wanis, awak sangat baik orangnya. Saya yakin awak akan
bertemu dengan orang yang sebaik awak juga. Allah takkan mensia-siakan awak.”
“Insha Allah, enti. Ana yakin Allah lagi sedang menyediakan
yang terbaik untuk enti, akan datang jodoh yang tak disangka-sangka nanti.”
“Kak wanis, hanya orang yang bertuah akan dapat memiliki
akak. Allah sangat sayangkan akak dan Allah
nak bagi yang paling baik, paling soleh untuk akak kelak.”
Allahu Allah.
Berbaur rasa bila mendengar kata-kata mulus mereka.
“…Allah, sungguh hamba tak sebaik mereka sangkakan.
Hamba inilah yang paling banyak kelemahan dan kekurangan, Engkau Maha Tahu akan
segala kelemahan hamba…paling doif, paling hina di hadapan Mu…
Sungguh, tika diuji hamba inilah yang paling teruk menangis
di hadapanMu… Manakan layak untuk mendapat yang terbaik?
Sedang diri lagi compang camping amal denganMu…selalu tidak
setia kepadaMu…selalu juga memungkiri janji-janjiku padaMu…Allahurabbi…”
*Tunduk malu kepada Mu…*
*Adik, sebab akak masih ‘tak cukup baik’, masih banyak
kuranglah sebab tu masih banyak lagi kena baiki sebelum melangkah masuk alam tu…*
“Saya masih nak sambung belajar lagi, insha allah akan
sambung master dalam bidang Usuluddin juga. Soal jodoh, biarlah Allah
tentukan.”
“Oh, kalau Nis ambil master lepas ni lagi mahal orang
nak masuk ‘mintak’, kurang-kurang kena sediakan RM 10,000 sebagai hantaran…”
Ketawa kecil saya mendengar kalam seorang sahabat ini.
Allah. Saya bukan barang dagangan, dan tak pernah terfikir
pun walau sepintas di benak akal untuk mendapat mahar hantaran sebanyak itu?
Yang saya bayangkan selama ini walimah saya kelak hanyalah
majlis yang sederhana tetapi penuh dengan keberkatan. Penuh dengan naungan malaikat
rahmat mengelilingi dan mendoakan.
Mahar yang saya impikan adalah senaskhah tafsir
Al-Quran, itu sudah cukup buat saya.
Kerana di sebalik tafsiran Quran Al-Jalalain (dibeli
umi di Mekah) itulah yang selalu dirujuk dan ditaddabbur maksud bait kalam cinta-Nya
(yang ada dirujuk sekarang dalam bahasa arab), saya harapkan dapat mentaddaburkan
pula bersama-sama dengan ‘zauji’ kelak.
Ketahuilah.
Mahal seorang wanita muslimah itu, bukan kerana tingginya pangkat, bukan kerana pesona wajah
jelita yang dimiliki, bukan juga kerana hartanya yang melimpah.
Tidak juga dinilai pada ‘tingginya peringkat pengajian’
yang dia pelajari. Tetapi, nilaiannya pada sosok peribadi mukminah yang dia miliki.
Kerana tinggi mana pun tahap pengajian yang wanita pelajari,
lagi tinggi martabat seorang suami yang harus dia sanjungi dan hormati kerana
syurga seorang isteri berada di bawah tapak kaki suami.
Bagi saya, ‘lamaran yang termahal’ adalah dengan cara
risikan yang terhormat.
Yang si dia ‘berjaya mencuri hati’ wali terlebih dahulu,
daripada hati tuan empunya diri.
*Wujudkah ‘si dia’ seperti itu?*
*Ada, cuma tak muncul lagi sekarang…*
*Tahniah buat sahabiah-sahabiah saya yang sangat
bertuah kerana mendapat ‘lamaran termahal dan terhormat’ dari suami kalian. Kagum.
*
“Perempuan yang berkat perkahwinannya ialah yang mudah
( rendah ) tentang
perbelanjaan ( mahar )”. ( Riwayat Ahmad dan al-Hakim )
“Menanti jodoh itu,
memang perlukan doa dan usaha. Dan usaha yang utama kita adalah sedaya upaya
mungkin menjadi solehah, sebelum bisa mendapatkan yang soleh.”
Buktinya? Mungkin secebis kisah ini boleh diambil sebagai
inspirasi yang indah.
Terngiang-ngiang kembali perbualan saya bersama seorang
akhawat yang rapat dengan saya, juga merupakan teman seperjuangan dalam dakwah
selama 3 tahun di Kuin.
Masa itu, kami sama-sama bangun qiamullail. Usai
solat, dia meluahkan perasaannya.
“Wanis, akak tak dapat bayangkan kalau-kalau dia
(tunang) bukan tergolong dalam golongan yang bangun tahajud?”
Saya terdiam. Memikirkan dalam-dalam kalamnya itu.
Melihat pada amalannya, jujur saya katakan bahawa akhawat yang saya kenali itu
amat menjaga qiamnya.
Selama saya selalu pergi tidur di rumah sewanya untuk
sama-sama menyiapkan pelbagai kertas kerja, akhawat ini amat saya kagumi dari
sudut ibadahnya.
Subhanallah, dia sangat menjaga solatnya di awal waktu
dan qiamullail jarang sekali dia tinggalkan (kecuali ‘cuti’).
Walau bagaimana dia letih dan penat berjaga malam
kerana banyaknya program-program yang harus dilaksanakan, sampai kadang-kadang
tidur jam 1 atau 2 pagi tetapi masya-Allah yang hebatnya, dia masih tetap ‘terjaga’
bila jam handphone berdering pukul 5 pagi.
Segera dia bingkas bangun sambil gerak saya yang
nyenyak tidur di sebelahnya untuk sama-sama tahajud.
Bagi saya, persoalan yang dia runsingkan itu adalah
wajar.
Bagaimana nanti kalau suaminya kelak bukan orang yang
bangun tahajud, sedangkan si isteri sentiasa bangun malam untuk qiam?
Sungguh, saya sendiri tak sanggup kalau berdepan
dengan ‘situasi’ itu.
Mungkin sesetengah orang menganggap ia bukan perkara
yang besar.
‘Tahajud solat sunat je, bukan wajib. Tak bangun pun
tak pe.’
Ini bukan soal wajib atau tidak, ia adalah soal ‘kebersamaan’
pasangan itu dalam sama-sama menjadikan wasilah ibadah yang utama untuk meraih
redha Allah.
Dengan solat tahajud, ia adalah suatu kekuatan dalaman
yang luar biasa, dan kekuatan hubungan seorang hamba dengan Tuhannya.
Orang yang selalu istiqamah dengan qiamullail, maka dia
akan merasai betapa manisnya kelazatan ibadah itu, yang jika tidak melakukannya,
hidupnya terasa ‘kehilangan’ dan ‘kekosongan’.
Berbeza pula dengan orang yang tidak pernah qiam, atau
jarang sekali bangun qiam maka sudah pastilah ia akan merasakan perkara itu
adalah biasa.
Berbalik pada luahan kegusarannya itu, maka saya menjawab
kepadanya.
“Ukhti, serahlah pada Allah. Insha Allah, saya yakin
tunang ukhti juga adalah orang yang bangun qiam juga.”
Dalam hati, saya merasa yakin dengan janji-janji
Allah. Takkan Allah sia-siakan akhawat itu, yang hubungannya sangat rapat
dengan Tuhannya.
Pasti, yang baik-baik juga untuknya.
Syawal ini, dia telah bernikah.
Allahuakbar, betapa maha benarnya janji Allah bahawa
suaminya itu juga adalah orang yang memang istiqamah bangun qiam!
Malahan, suaminya itu tidak pernah tinggal solat
berjemaah 5 waktu di masjid.
Subhanallah, subhanallah! Sungguh, saya tumpang
bersyukur untuknya kerana telah mendapat suami yang sangat soleh.
Kalian bagaimana?
Mahukan rijal seperti apa? Jika mahu yang bangun
tahajud seperti itu, maka diri sendiri yang terlebih dahulu istiqamah ye.
Mahukan rijal yang menghormati orang tua, penyayang,
ringan tulang dan sebagainya… Tiliklah diri yang utama, adakah kita sudah
punyai ciri-ciri itu?
Tidak salah bermimpi. Tidak salah mahukan suami
idaman. Maka, diri juga harus bergerak seiring dengan apa yang dimahukan.
Buat mereka yang sama seperti saya…
Buat mereka yang masih ‘sendirian’ seperti saya…
Buat mereka yang masih ditanya-tanya soalan yang
serupa seperti saya…
Jangan marahkan mereka yang bertanya, “Bila nak kahwin?”
Kerana mereka berhak bertanya. Kerana mereka bertanya
sebab mengambil berat pada diri kita.
Duhai muslimah…
Sesungguhnya, saya tidak ada kalam indah untuk diperkatakan.
Kerana diri sendiri pun sentiasa ‘berperang’ dengan emosi dan perasaan.
Namun, hati tetap sentiasa ingin menyakini janji-janji
Tuhan.
Didiklah hati tanpa henti. Perbaikilah diri tanpa jemu.
Usah jadi pungguk rindukan bulan, yang pungguk itu cuma
tahu duduk di atas pokok merindukan bulan, tetapi ia sendiri tidak pernah usaha
untuk terbang ke bulan.
Ya. Kita memang tidak akan pernah sempurna, tetapi berusahalah
sedaya upaya mencapai kemampuan yang kita ada.
Dan, syukurilah saat-saat ‘sendirian’ ini, kerana
Allah lagi sedang mengajar kita untuk lebih mencintai-Nya dengan sepenuh hati.
Sepenuh jiwa, bukan separuh sahaja.
Allah lagi sedang berbicara dengan kita soal ketulusan
hati kita kepada-Nya, bukan kerana manusia.
Allah lagi sedang berbisik halus kalam rindu agar kita
lebih merindui-Nya daripada segala isi dunia.
Kerana cinta manusia tidak akan pernah kekal dan abadi.
Dan diri harus sentiasa ‘sedar’, jodoh yang akan kita nikahi,
yang akan bergelar suami, belum tentu lagi milik kita yang mutlak.
Siapa yang akan menjamin suami itu akan kekal bersama dengan
kita sehingga hujung usia?
Siapa yang akan memegang hati suami itu untuk setia kepada
kita tanpa berubah rasa cinta dalam hatinya?
Sesungguhnya, tiada siapa yang mampu menjamin dan memegang
hati tiap jiwa, kecuali DIA yang Maha Esa.
Kerana cinta Allah itu sudah mutlak, pasti kekal,
tidak akan berubah dek zaman.
Kerana cinta Allah itulah yang menjadi tunjang utama untuk
meraih syurga cinta di dunia untuk dibawa hingga ke jannah-Nya.
Akhirul kalam, semoga hati yang ‘sendirian’ itu diikat
kemas-kemas ikatannya dengan Ilahi, agar tidak putus pula ikatan hati itu di
saat bersama dengan makhluknya kelak...
Sekian.
“Pernikahan itu cuma salah satu alat untuk sampai kepada
matlamat.
Matlamat untuk meraih redha Allah.
Dua hati akan terikat teguh jika dibina asasnya kerana
Allah, tetapi akan hancur jika bukan kerana Allah…”
* Terima kasih untuk semua rijal yang pernah hadir dalam
hidup ini, yang ada mengetuk dinding inbox di fb cuba untuk merisik dan melamar
diri yang serba kedoifan ini…
Sungguh! Amat menghargai kalian yang sudah berusaha namun
kerana bukan jodoh yang Allah catitkan, maka dipohon jutaan kemaafan andai ada
yang terasa hati atas penolakan…
Semoga, akan sampai ‘si dia’ yang benar-benar
dapat mencuri hati wali pada satu masa yang tepat…
Wallahua’lam.
“Semoga, cinta kerana Allah akan termiliki.
Meski diri tidak pernah sempurna mencintai Ilahi.
Namun kerana rahmat-Mu Ya Rabbi,
Akan kutagih cinta-Mu tanpa henti...”
* Berbicara soal jodoh bukan untuk dilalaikan, cuma sekadar iktibar untuk kita sama-sama menjadi hambaNya yang lebih baik.
* Jangan dilupakan juga
berdoa untuk saudara kita di sana*
* Allahumma yansuril ikhwanina fi Misr ya Rabb!*
: hikmatul islam
: 13 syawal 1434H
: 0500 pm
alhamdulillah, kak lia suka sangat artikal (dipanggil artikal ka) ^_^
ReplyDelete-sama dengan situasi kak lia lah. almaklumlah dah 32 tahun ni. sehingga mak ayah sudah putus asa saja namun , kak lia tawakkal. kak lia tak mahu lagi tergesa2 mahu kahwin hanya kerana orang suruh dan menyatakan orang itu baik , orang ini baik. cukup sekali memberi pengajaran.
-betul lah sepeti kata Wanis , kalau kita mahu suami yang baik begitu dan begini , kita dulu kena baikkan diri kita. kak lia pernah bertanya soalan itu kepada diri sendiri. "aku nak seorang suami yang begitu dan begini tapi aku ada buat ka begitu dan begini"
-lalu sekarang ini kak lia sedang berusaha dan berubah ke arah kebaikan. sekurang2nya dapat seorang suami yang sentiasa berusaha memperbaik diri dan bawa isteri ke arah yang sama pun , bagus jugakan. sama2 belajar. ^_^
Entry ringkas je ni kak lia :')(err...agak2 boleh dipanjangkan cerita jadi novel tak kak??nak hantar proposal baru kat tuan amir nie.. ;)
DeleteAllah3...ukhti..sama-sama kita jadikan sabar dan solat itu penolong kita ye... sungguh, semua prg pastinya mahu yg terbaik, yg baik2 kan.. insha allah kak, kita BERUSAHA itu Allah maha menilai usaha kita hatta sebesar zarah. sebab Allah nak padankan pulak dengan pasangan yg tgh BERUSAHA jadi baik juga tu...
entry nie, pujuk hati wanis sdri sbnrnya... :)
jgn pts asa ukhti! dah hampir tiba dah jodoh tu ^^,
Assalamualaikum...
ReplyDeleteJanganlah hukum macam kahwin lambat nie satu dosa...setiap apa yang Allah swt aturkan buat kita ada sebab dan hikmah di sebaliknya.
wassalam wbr..
Deleteye ukhti...manusia selalu cepat menghukum, sedang Allah memberikan jodoh yang lambat itu tanda kebesaran kasih sayangNya, bukan kerana dek tak laku atau tiada yang sudi.
manusia hanya mampu berusaha dan merancang, tapi jodoh itu tetap menjadi rahsia allah.Dia yang maha mengaturkan semuanya kan...
Sebab dan hikmah yang tersembunyi itu indah :)
Assalamu'alaikum :) suhbanallah.. terubat rasa hati membaca bait2 kalam enti.. disaat hati ini di desak dgn persoalan yg bisa mencarik ketenangan hati, disaat umi dan abiku mula bertanyakan tentang calon menantu mereka.disaat teman2 seperjuanganku mula mengutuskan kad2 walimah.. dan xdinafikan hati ini seolah2 turut tergoncang disaat ada sbht2, sdra2 yg hadir ketika ziarah time raya.. bertanyakan bila nak nikah, dah ada calon ke belum?? bermacam2 solan yg ditujukan yg mempunyai makna yg sama nikahkawin...Allahurabbi.. terkadang ana fikir jodoh ana mgkin lambat sbb semasa stdy dulu anak menolak beberapa org yg cuba mendekati ana. ana menolak dgn cra baik sbb ana rasa ana tak layak utk memegang tgujwb yg besar..begelar isteri.. alhamdulillah ana tamat belajar dan dlm proses mencari kerja.. hati ana dituntun kepada fitrah insani yg mna utk mencari bahagia yg boleh sama2 membawa ana mencari redhaNya.. hati ana tak tergerak utk menerima seseorg yg dtg melamar ana.. ada yg bg pandagan ana dia soleh, baik,, ada jgk yg biasa2.. bukan ana memilih yg terbaik,, ana sedar bnyk kekurgan ana,,, masih memperbaiki diri,, utk menjadi solehah..
ReplyDeleteenti.. apa yg terbuku dihati ana ni,, ana ada meminati seorg pemuda,, ana bekenan pada kesolehannya,akhlaknya.. tapi utk meluahkan terus padanya mgkin tak akan berlaku,, sbb malu lebih besar dri keinginan... :) yg menemani setiap keresahan dihati ana .. Allah,, ya Rahman ya Rahim.. ana serahkan kpdNya,, utk menilai hati ana.. ana yakinkan hati ana .. Allah sebaik2 perancang.. hati2 kita Allah yg pegang..
jazakillah ukhti.. terubat hati ana.. ana tahu bukan ana sorg saja dihadiri persoalan tentang fitrah ini.. mohon doanya utk kebaikan kita semua.. :)
subhanallah...segala puji2an itu saya kembalikan padaNya yang maha hak, yang maha terpuji lagi maha penyayang yang sentiasa ingin menyentuh hati hamba2Nya agar kembali yakin kepadaNya... :)
Deletela takhaf, wala tahzan ya ukhti...dirimu harum, seindah mawar berduri yang terjaga rapi dalam jagaan Ilahi... sungguh, belum sampai masanya dirimu dipetik, kerana kumbang yang benar2 layak sahaja yang mampu untuk singgah di mawar yang allah izinkan... :)
yakinlah, andai si dia yang ukhti minati diam2 itu adalah jdoh ukhti, berdoalah tnpa henti, dan gunalah wasilah sebaik2 jalan perantaraan org tgh yg islam ajari, iallah smoga dipermudakan urusan yg baik itu...
barakallahu fik ukhti, smoga yg soleh lagi setia itu mnjdi milik kita suatu hari kelak, amin! :)
kahwin tu memang perkara yang baik..
ReplyDeletetapi nak kahwin tu banyak yang kene fikir..
kahwin tu bukan suke2 :)
tu yang ade tangguh kahwin tu..
Kad Kahwin Online
Terima kasih... mengalir air mata bila akak baca coretan adik... syukur...Allah pujuk hati akak. Seperti terjawab persoalan...Insyaallah... disebalik kesedihan ada kekuatan... arap akak lbih istiqamah utk jd lbh baik
ReplyDelete