Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan menyebut nama Agung-Mu Tuhan yang Maha Pemurah, Maha Penyayang..
“Sakit
wanis penawar,
penawar
bagi malaikat-malaikat dan makhluk-makhluk Allah yang lain mendoakan.
Insha
allah, semoga kita sentiasa dekat dengan Allah bila diuji ye adikku…” (K.Danie)
“Salam wanis. Syafakillah…
Semoga ujian yang Allah anugerahkan, terhapus
dosa-dosa kecil dan bertambah rahmat pada kehidupanmu sahabat..
Kuatkan semangat, tabahkan hati, semoga diberi
kesembuhan untuk terus berbakti kepada Islam. Salam sayang dari kami semua…” (Farhana
Imtiyaz)
Mesej yang masuk dalam inbox tatkala ku berada dalam bas, dalam
perjalanan pulang ke kampung halaman untuk berubat.
Sakit yang dirasakan semakin berdenyut.
Tatkala membaca mesej ringkas, tapi sangat mengesankan hati.
Air mataku jadi murah.
Sebak dan terharu.
Banyak lagi mesej pesanan dari semua sahabat-sahabat yang lain turut
mendoakan, tidak termampu ku catat
di sini semuanya. Tapi ku amat-amat hargai
dan bersyukur.
Kerana mereka kirimkan ‘hadiah’ yang paling mahal buatku.
Hadiah doa.
Itulah hadiah yang termahal, buat seorang patient sepertiku saat itu.
Tika tirai Masihi pula yang menguak, ku berjalan masuk ke tahun 2013
dengan ‘hidangan’ ujian dari-Nya.
Hidangan ujian yang berat.
Diuji dan terus diuji.
Itulah suatu perkara yang harus ku syukuri.
Bila ujian dan dugaan datang bertamu, dulu ku
didik hati dengan kalimat ‘SABAR’. Tapi kini, kalimat ‘SYUKUR’ pula yang ingin
ku semai dan baja. Biar ia ranum di puncak iman.
Kali ini diuji lagi dengan ujian ‘sakit’, yang tidak henti mendampingi
diri.
Tidak sekali-kali ku nafikan kesakitan yang ditanggung.
Terlalu perit untuk dilalui pada hari-hari yang berlalu dengan kehadiran
‘sakit’. Membuatkan badanku terlalu longlai dan lemah. Hampir saja ia membunuh
semangatku dalam diam.
Namun, bersyukur kerana hati masih berfungsi.
Hati itu masih ingin bertasbih memanggil
nama-Nya tanpa henti.
Sehinggakan masa badan tidak mampu berdiri lagi, terdengar bisikan halus
di telinga yang datang berpesan,
“Bacalah doa nabi Yunus a.s, insha
Allah sakitmu akan hilang” (sohabati)
“Kak, banyakkan baca selawat tafriwjiah
ya..” (aina)
Allahu Allah.. Bersyukur namaNya tidak pudar dalam hati…
Apakah tidak boleh mengeluh?
Tidak.
Tidak sesekali ku ingin berkeluh-kesah dengan apa yang telah Allah
tetapkan untukku.
Tetapi biarlah yang keluar di bibir cuma mengadu.
‘Mengadu’ dan ‘mengeluh’, dua perkara yang
sangat berbeza.
Mengadu, bukan beerti ia sesal.
Mengadu, bukan beerti tidak syukur dan tidak sabar.
Tetapi mengadu, adalah bukti sifat kekerdilan seorang hamba yang
hina, yang cuma ingin mengadu dan mengadu pada DIA Yang Maha Esa.
Air mata mengalir, pedih dan perit namun hati tidak jemu diadukan pada
DIA yang Maha Mendengar.
DIA Maha Tahu akan rasa sakit itu.
Kerana DIA yang memberikannya, dan DIA juga yang akan menyembuhkan.
Juga hati menyakini dan percaya, Allah tidak pernah bosan mendengar
rintihan hamba-Nya malah DIA tersangat
rindu untuk mendengarnya.
Sentiasa ada untuk mendengar rintihan hamba-hambaNya.
Malah, Allah lebih suka kita mengadu padaNya berbanding diadukan pada
manusia.
"Bahawa
besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa
Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka; kemudian sesiapa yang
menerima ujian itu dengan redha, maka dia akan beroleh keredhaan Allah, dan
sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan
mendapat kemurkaan dari Allah."
(Hadis riwayat at-Tarmizi dan Ibn Majah)
(Hadis riwayat at-Tarmizi dan Ibn Majah)
Sakit.
Sentiasa setia menemaniku.
Tatkala tubuh terkaku, mulut seakan bisu, namun hati masih ingin
sentiasa bersyukur padaMu Rabbi.
Teringat kembali ungkapan yang pernah ku bisikkan pada diri;
“Ku lebih rela Allah menduga dengan
kesakitan daripada kelalaian.!”
Benar, DIA menguji kembali dengan apa yang ku bisikkan.
Diuji dengan sakit daripada lalai, ternyata ‘lalai’
lebih sakit dan derita daripada ujian yang bernama sakit.
Kenapa?
Kerana apabila diuji
dengan sakit, kita akan cepat kembali ingat kepadaNya.
Kerana apabila diuji
dengan sakit, kita akan menangisi kesakitan lantas air mata yang mengalir akan
menjadi kaffarah semua dosa-dosa silam. Pemadam maraknya api neraka.
Kerana apabila diuji
dengan sakit, kita akan mudah mengingati kematian daripada kenikmatan.
Kerana apabila diuji
dengan sakit, barulah kita sedari bahawa kita hamba yang penuh dengan
kelemahan, hanya DIA yang Maha memiliki kekuatan dan kekuasaan yang mutlak.
Kerana apabila diuji
dengan sakit, Allah sebenarnya telah memilih insan pilihan yang DIA sayang,
ingin mengangkat martabat seorang hamba menjadi manusia yang mulia di sisiNya
andai sabar dan syukur dapat ditawan.
Kerana apabila diuji
dengan sakit, maka jiwa akan segera mencari Tuhan.
Akan segera bertaqarrub
serapat yang mungkin dengan Ar-Rahman.
Subhanallah.!
Terlalu banyak hikmah ‘sakit’ yang Allah anugerahkan, buat hamba
pilihan-Nya.
Itulah kata-kata yang iman bisikkan dan teguhkan, tatkala syaitan datang
menggoyahkan iman.
Tak sekali-kali ku nafikan, daku insan yang lemah. Rasa memang tidak
kuat untuk bertahan.
Tatkala diuji, rasa iman tersangat ‘less’. Andai ia seperti bateri,
tercari-cari daku pengecas untuk memenuhkan semula bateri iman.
Bila sakit, ku jadi malu dengan diri sendiri apabila teringatkan kisah
Nabi Ayub a.s. Baginda kuat, tabah dan sangat sabar dengan apa yang Allah timpakan
kepadanya.
Dugaan yang sangat berat, kehilangan harta benda, anak pinak, saudara
mara dan penyakit yang terlalu derita namun masih bersyukur dengan apa yang
Allah berikan.
Sedar, diriku bukan nabi. Tetapi Allah datangkan ujian yang berat kepada
para Rasul untuk mengingatkan ummat bahawa ujian yang Allah berikan pada ummat
sangat kecil berbanding mereka.
Sesungguhnya Kami
dapati dia (Ayub) seorang yang sabar. Dialah sebaik-baik hamba. Sesungguhnya
dia amat taat (kepada Tuhannya)." (QS. Shad: 44)
(Ya Allah...kurniakan padaku
juga kesabaran dan ketabahan yang tiada tara...amin)
Semuanya dengan izin Allah.
Dengan izin-Nya, perlahan-lahan daku mulai sembuh.
Juga berkat solat hajat 3 hari berturut-turut dari
family dan semua sahabat-sahabat yang mendoakanku dari jauh.
Alhamdulillah. Bersyukur, sangat bersyukur.
Terima
kasih Allah kerana mengurniakanku kesembuhan.
Terima
kasih Allah kerana masih memberiku nafas.
Terima
kasih Allah kerana masih memberiku cahaya dan petunjukMu.
Terima
kasih kerana terlalu menyayangi hamba…
Sungguh, daku ingin sembuh. Sembuh sepenuhnya.
Ingin cepat kembali ke kuliyyah seperti biasa.
Ingin teruskan semula kerja-kerja Islam yang tertangguh.
Ingin terus menggalas amanah dan tanggungjawab yang terpikul di pundak
dengan sebaiknya.
Insha Allah, semoga DIA izin…amin.
p/s: “Mungkin ada yang tertanya, apa sakit yang ku derita? Jawabnya,
cukuplah Allah yang Maha Mengetahui perihal keadaan hamba yang doif ini… Inna
lillahi wainna ilaihi rajiun….”
~masih punyai semangat untuk menulis kerana dengan menulis ku kumpulkan kembali kekuatan yang hilang...juga takut andai tiada lagi kesempatan lain yang diberi kerana mungkin masaku terlalu suntuk.? ALLAH, semoga Engkau redhai~
: hikmatul islam
: 13012013
: 0230 am
what happen ni? masuk blog dengar lagu pon dah tangkap leleh. huuhu..
ReplyDeletebtw semoga enti sihat.. ^^
ukhti, ukhti..ble ukhti nak grade nim?
ReplyDeletenanti wanis tguu dr.mujahidah rawat wanis nanti kelak ya..
btw,syukran atas doanya ya ukhti habibati :')
take good care always dik..
ReplyDeleteseolah dpt merasai apa yg dirasa..
betapa adik bertuah , kerana adik Insan yg dipilih Allah..
Walau zahirnya dilihat lemah..namun kekuatanmu menhadapi Ujian Allah ini, amat luar biasa hebatnya..
Sungguh dikau beruntung dik!
Tatkala manusia lalai spt ku terkadang alpha mensyukuri nikmat sihat..Adik meghargai setiap saat nikmat hidupmu..
Walau perit..walau sakit..walau berat..setiap saat dan hela nafasmu sentiasa ingat pada tuhan..ALLAHU RABBUL 'IZZATI.
Subhanallah! Indah bukan perasaan itu..
Tenanglah Adikku..Akak sentiasa mendoakan moga segala yang baik buatmu..
Amin Ya Rabbal 'alamin...
subhanallah..subhnallah...
Deletedoa dari seorang insan seperti kak latifah amat2 saya dambakan...
meskipun kita bukan saling kenali, tetapi akk seorang muslimah yg sangat pengasih dan penyayang orangnya...
t.ksh byk kak atas doanya, amat saya hargai..terharu, bersyukur krn akak trut dpt merasai apa yg sy rasai...
Allah...
semoga Allah juga stsa memelihara, menjaga dan mencintai kak latifah krn insan yg penyayang pasti akan disayangi Tuhan...
sayang ukhti krn Allah.! :)
allah......ukhti...aku trut mrasakan hal yg sm....dlm ukhwah drp insan yg tdk mgenalimu..slm ziarah.. =(
ReplyDeletesalam huluran ukhuwah juga, dari hati krn Allah smoga bisa dapat berbagi manfaat bersama..
Deleteduhai adik 'syurga' pilihan Allah, smoga DIA stsa kasih dan syg padamu :')