Bismillahirrahmanirrahim.
Mereka hampir
berputus asa. Saya juga sama. Namun, Allah masih berikan saya keyakinan demi
keyakinan, menyebabkan saya masih ingin terus bertahan dan berjuang.
Maka, entry
kali ini ditulis dengan harapan untuk mereka pun jadi kuat kembali. ‘Mereka’
yang sama dengan saya, yang masih bujang, yang masih sedang menunggu janji
Tuhan.
Semoga secebis
kalam ini dapat memujuk, untuk kalian atau diri saya sendiri. Biiznillah.
Kedatangan
musim walimah
Emosi resah,
gelisah. Rasa resah itu semakin menyental-yental ruangan dada, menyebabkan jiwa
merasa sempit seketika. Stress pun ada tatkala memikirkannya.
Setiap kali
datang musim walimah, pasti akan terusik emosi. Sedikit atau banyak, terusik
jua. Melihat orang lain membina istana cinta, melihat mereka tersenyum bahagia
di singgahsana tipulah kalau tidak terasa.
Kerana cinta
itu fitrah Allah bekalkan dalam diri manusia, dan hidup berpasangan itu adalah
suatu impian yang suci untuk melamar redha-Nya.
“Tapi, di
mana calon kita? Siapakah pasangan kita?”
Persoalan
itulah yang sentiasa terbunyi-bunyi, dan orang pun tak jemu untuk bertanya tentang satu ini.
“Sudah
berpunya ke? Bila nak walimahnya?”
Nak bagi
jawapan apa? Sebab memang tiada jawapan dari kita, hanya Allah yang mampu
menjawab persoalan tersebut.
Bukan tak usaha,
dah usaha. Bukan tak berdoa, dah berdoa. Tapi mungkin, usaha tu belum sampai
tahap maksimum. Atau doa itu, belum sampai tahap sungguh-sungguh mengikut
‘level pandangan’ Allah.
Kerana itu,
kita harus lebih bersabar dan bersabar. Harus terus berusaha lagi tanpa jemu.
Harus lebih perhebatkan lagi doa-doa.
Mari selami sekejap
kisah benar sahabat-sahabat saya, yang sandaran mereka teguh meminta pada Yang
Maha Kuasa. Mungkin, ada sesuatu yang dapat kita pelajari daripada mereka.
Iktibar
dari kisah indah menanti jodoh
Saya ingin datangkan dua
kisah benar. Seorang sahabat ini, dia bernikah tahun ini pada penghujung
umurnya 27 tahun.
3 tahun yang lalu, seorang
lelaki yang belajar di Mesir berjanji untuk menikahinya, tetapi janji cuma tinggal
janji. Sampai di mesir, dia lupa kepada yang menanti di sini.
Saya masih ingat, dia
datang kepada saya masa itu saya berada di tahun akhir pengajian. Dengan wajah
yang penuh duka dan hiba, dia menangis di hadapan saya.
“Wanis, bagaimana untuk
melupakan si dia?”
Allahu, sungguh saya mati
kata pada saat itu. Membiarkan dia menangis menghamburkan segala rasa.
“Ukht, Allah sayangkan
ukht. Sebab tu, Allah tak mahu bagi si dia pada ukht. Sebab Allah tahu, dia
takkan pandai untuk hargai ukht kelak. Percayalah, Allah akan gantikan
seseorang yang sangat baik untuk ukht. Sekarang, kita fokus pada belajar dulu
ya.”
Cuma itu saya mampu pujuk
dia.
Selepas dari itu, saya
sering melihat dia murung. Tiada lagi senyuman yang terlakar pada wajahnya.
Sukar sekali untuk dia tersenyum lagi.
Lama, 3 tahun. Bayangkan,
3 tahun dia berdoa meminta untuk jodohnya. Tiada siapa yang datang merisiknya
selama tempoh tersebut.
Sahabat ini comel sahaja
orangnya. Tetapi disebabkan dia sukar tersenyum, mungkin orang jadi takut untuk
bertanyakan dirinya.
Setiap kali sahabat
walimah, dia akan mesej saya. “Dah nak kahwin ya kawan kita tu.” Sepatah
sahaja. Tapi, saya tahu hujung rasanya, dia hiba. Hampir dia putus asa.
Saya juga sama. Namun,
sering saya suka ‘memujuk’ orang dengan pelbagai kata-kata, meski saya sendiri
pun penat berlawanan dengan pelbagai emosi yang ada.
Dia teruskan solat. Doa
dan doa lagi tanpa jemu.
Selepas 3 tahun, Allah
jawab doa-doanya. Didatangkan 2 pilihan. Seorang guru yang berharta, tetapi
tiada agama. Seorang lelaki yang baru sahaja habis pengajian, baru bertatih
untuk bekerja.
Akhirnya, usai
beristikharah Allah datangkan keyakinan, LELAKI BERAGAMA jauh lebih 'kacak',
'hensem', 'awesome' dan bernilai dari segala apa yang ada di dunia.
Kerana
laki-laki soleh, adalah pembimbing wanita ke syurga. Bukan dengan hartanya,
bukan kerana wajahnya, tetapi kerana ketinggian pegangan agama yang ada
padanya.
Tahukah kalian apa yang
paling menarik tentang lelaki ini?
Umurnya lebih muda 24 tahun,
tetapi sangat cintakan ilmu. Suka tadah kitab dan belajar kitab. Bayangkan, dia
adalah student yang satu kampus dengan kami!
Kiranya, semasa kawan tu
dah tahun akhir, si lelaki baru sahaja masuk pengajian tahun pertama. Memang
mereka tak pernah jumpa walau satu kampus yang sama.
Habis, macam mana boleh
berjumpa?
Subhanallah, uniknya Allah
aturkan. Si lelaki semasa tahun akhir, merisik bertanyakan kepada kawan saya
yang lain, tentang si ukht tadi.
Risik punya risik, mereka
bertaaruf ringkas. Terus si lelaki bertemu ibu bapa menyatakan hasrat menyuntingnya,
dan dalam tempoh setahun akhirnya mereka bernikah.
Faktor umur, bukan
penghalang cinta. Namun, kematangan seseorang dalam berfikir akan membuatkan
dia lebih bertanggungjawab untuk sedia memikul beban amanah sebagai imam.
Insha Allah, suaminya itu
adalah seorang yang sangat baik dan soleh. Alhamdulillah dia sangat bersyukur
kepada Allah. Kini, dia tersenyum bahagia di sisi yang halal.
(gambar sekadar hiasan)
Kisah kedua, seorang ukht yang bernikah pada umur 28 tahun. Dia bertemu jodohnya dengan selepas bersungguh-sungguh bangun solat malam.
Bukan sebelum ini dia
tidak pernah Qiam, selalu sahaja tapi kali ini lebih bersungguh-sungguh meminta
hajatnya yang satu ini. Untuk bernikah.
Peningkatan umur bagi
seorang wanita, memang sangat meresahkan jiwa jika belum disunting oleh
mana-mana lelaki.
Pasti akan ada pelbagai sindiran
dari mulut orang dan kawan-kawan.
Sahabat ini terus
istiqamah berbuat pelbagai kebaikan. Terus kuatkan ibadah.
Terus meminta dan berdoa
sungguh-sungguh selama 3 bulan. Bukan selama ini tak berdoa, tapi kali ini lebih
serius minta dengan Allah.
Akhirnya, Allah jawab
doanya. Didatangkan pak saudara sama pak saudara kedua belah keluarga yang
merisik mengira.
Siapa sangka, si lelaki
rupanya adalah abang senior dia semasa di kampus dahulu. Sahabat ini hafizah,
subhanallah bertemu jua dengan seorang hafiz!
Seorang imam yang soleh
dan terbaik, Alhamdulillah, kawan ini tidak habis mengucapkan hamdalah kepada
Tuhan.
Keajaiban Itu Ada
Cerita tersebut bukan
kisah dongeng. Ini realti keajaiban yang Allah berikan kepada 2 orang sahabat
saya. Masih banyak kisah-kisah yang lain, tapi saya kira kisah mereka sangat
mengagumkan buat saya.
Apa yang kagum? Kerana
mereka ini sangat bersandar kepada Allah, Pencipta setiap jiwa manusia.
Mereka orang-orang yang
berusaha mencari keredhaan Allah. Mencari jalan yang halal dengan cara yang
baik.
Mereka yang tidak ingin
jemu memohon meskipun hembusan angin putus asa sesekali datang menyapa.
Justeru, kenapa harus
kita jadi berputus asa dengan rahmat Allah yang Maha Luas?
Bukan Allah tidak
mendengar rayuan dan permintaan kita yang sama. Bukan Allah tidak tahu betapa sedihnya
hati kita yang masih bersendirian tanpa pasangan.
Bukan Allah tidak mengira
semua air mata yang jatuh setiap malam. Allah sudah mengira dan menyaksikan, cuma
sahaja Allah mahu kita kembalikan semua rasa itu berhak pada Allah yang utama.
Ya, mencintai Allah dan
Rasul SAW dengan segenap jiwa, itulah mahar untuk kita menjemput datangnya
jodoh yang baik. Yang paling terbaik untuk Allah berikan.
“Baiki hubungan kita
dengan Allah, pasti Allah akan baiki hubungan kita dengan manusia.”
Bukan Siapa Cepat, Dia
Dapat
Perkahwinan
bukan bermakna siapa cepat, dia dapat.
Bukan pula
bermakna, yang kahwin awal dahulu akan lebih bahagia daripada yang terlewat.
Kerana
perkahwinan bukan diukur dari segi masa dan jarak, tetapi diukur kebahagiaan
itu pada mereka yang benar-benar berusaha mencari jalan keredhaan-Nya.
Berusaha
sehabis daya mengikuti segala perintah-Nya, memperbaiki hubungan dengan-Nya yang lebih utama, mencintai Allah dan Rasul untuk mengaplikasikan cinta yang
benar-benar dapat dibawa pasangannya hingga ke syurga.
Usah bersedih
kepada yang agak terlewat. Ini ruang dan peluang kita untuk bertemu yang jauh lebih
baik, dengan kita turut berusaha menjadi hamba yang sehabis baik.
Jika mereka
layak mendapat syurga cinta dalam berumahtangga, kenapa tidak kita? Jika mereka layak untuk berbahagia dengan pasangan, kenapa tidak kita?
Mungkin
sekarang bukan masa kita lagi. Sabar, Nanti.
Kuatkan lagi
doamu pada Tuhanmu.
"Manusia
tidak akan dapat menentukan jodohmu, biar sekuat mana mereka berusaha untuk
mencari jodoh untukmu.
Tetapi
Allah-lah yang akan MENENTUKAN DAN MEMBERIKAN pemilik jiwamu, yang telah
dicatatkan dalam takdir-Nya yang terindah."
Akhir bicara: Tiada yang
Mustahil Bagi Allah
Kita bukan minta banyak
dengan Allah. Kita minta seorang sahaja pasangan hidup. Besar mana permintaan
kita, besar lagi kuasa Allah untuk mengabulkan.
Jika manusia Allah dapat jadikan
daripada tiada kepada ada, apalah yang mustahil untuk diberikan kepada kita
SEORANG sahaja daripada berjuta-juta ramainya orang di dunia ini?
Namun, kerana yang seorang itulah Allah nak berikan paling terbaik, maka kita harus tahan diuji dan diuji terlebih dahulu.
Allah Maha Kuasa. Bukan
janji-Nya tidak benar, sangat benar. Laki-laki yang baik, untuk wanita yang
baik. Jika kita sudah pun berpegang dan beriman sepenuhnya kepada DIA, maka
kenapa harus lagi diragui semua janji-Nya?
Apabila Allah berkata, “Kun
Fayakun”, maka tiada siapa yang akan dapat menghalang atau menyekat jodoh kita.
Mari terus teguh beriman.
Teruslah berpegang kepada Tuhan. Meski tiada contoh sebenar dari sisi
saya sendiri, tapi saya masih tetap ingin terus menyakini-Nya selalu.
“(Dia)
Pencipta langit dan bumi. Dia menjadikan bagi kamu dari jenis kamu sendiri
pasangan-pasangan dan dari jenis binatang ternak pasangan- pasangan (pula),
dijadikan-Nya kamu berkembang biak dengan jalan itu. Tidak ada sesuatupun yang
serupa dengan Dia, dan Dia-lah yang Maha Mendengar dan Melihat.” [QS. Asy Syuro
(42):11]
Menjemput jodoh itu sebuah
perjuangan. Perjuangan untuk mendapatkan seorang teman hidup yang bukan sekadar-kadar
nafsu di dunia, tetapi pembimbing dan penuntun langkah kaki untuk ‘selamat’
berjalan hingga ke syurga-Nya.
Teruskanlah berjuang demi
mendapat keredhaan Tuhan.
Sekian, wallahu a’lam.
: hikmatul islam
: 23112014
: penghujung tahun musim hujan
: 1000 p.m
Subhanallah...amat menyentuh sanubari ini..
ReplyDeleteteruskan bertinta ukhti...
moga jua ukhti terus mara melangkah ke arahNya walau onak duri hadir menerpa.
Terbuka hati dan minda saya bila baca penulisan ini...subhanallah..
ReplyDeleteMay Allah swt ease your path.
ReplyDeleteSemoga Allah S.W.T. memakbulkan doa kita semua.
ReplyDeleteassalam kak wanis... hee moga sihat sentiasa dan selalu dalam RahmatNYA. alhamdulillah, ini pertamakali saya "jejak" ke blog kak wanis.. alhamdulillah, terusik hati bila baca "kalam"indah kak wanis... terus bertinta ya... terus berkarya... moga dipermudahkan segala urusan. salam sayang, NurAin.
ReplyDeleteassalammualaikum kak. Terima kasih atas entri - entri indah di sini.
ReplyDeleteTergenang air mata bila baca entri ni.. subhanallah sungguh hati ini jauh dari Allah, dia singgahkan seseorang dalam hidup semata-mata untuk tegur diri bahawa untuk capai cinta makhluk perlu capai cintanya dlu. biar apa pun cara kita merayu, melutut pinta dibukakan pintu hatinya tidak akan terbuka melain dgn izinnya. kejar cintanya, seluruh dunia akan mengejar cintamu.
ReplyDelete