Betapa dosa-dosa itu,
terasa berat seperti
gunung yang menghempap diri.
Betapa dosa-dosa itu,
Terasa seperti langit
yang hilang tongkatnya, runtuh menimpa bumi.
Allah Tuhan!
Jika bukan kerana
rahmatMu yang melebihi langit dan bumi,
Nescaya daku malu untuk
memohon maghfirah padaMu Rabbi…
“Orang mukmin itu
melihat dosa mereka seperti sebuah gunung yang akan jatuh menghempapnya,
sementara orang munafik itu melihat dosa mereka seperti seekor lalat yang
hinggap di mukanya, ditepis maka ia lari.”
(Abdullah ibn Mas’ud r.a)
Zalim.
Akui, zalim pada diri
sendiri.
Zalim pada manusiawi.
Terlebih zalim pada
Ilahi.
Mungkin perkataan ‘zalim’
itu yang sesuai untukku saat ini.
“La ilaha illah anta
subhanaka inni kuntu minazzalimin.” (Al-Anbiya’:87)
(Tiada Tuhan melainkan Engkau
Maha Suci, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim)
Doa itu setia menemani,
Dalam sujud tangis dan
getaran hati.
Mahu pecah dada, menyesali
apa yang terjadi.
Allah.!
Ampuni...
Maafi…
“Awwahun Munib"
"….penghiba dan suka kembali kepada Allah…”
(Hud:75)
Allah SWT menyebut dan
menyifati Nabi Ibrahim a.s sedemikian.
Subhanallah.
Sebahagian ada yang
berpendapat, Baginda Ibrahim a.s mengatakan :
“Merasa hiba dan sakit ke atas dosa-dosaku,
merasa hiba dan sakit daripada kesalahan-kesalahanku, merasa hiba dan sakit
daripada kemaksiatan-kemaksiatanku dan merasa hiba dan sakit daripada kelalaianku.”
Penghiba.
Terasa istilah itu
sinonim untuk jiwaku.
Jerit tangis itu, cuma
Dia yang Maha Tahu.
Moga-moga munib itu juga
menjadi milikku.
Allahurabbi ya Kareem.
Sudilah untuk Kau
menerima diriku lagi?
Hamba sentiasa ingin
kembali.
Moga ruang jalanku
pulang sentiasa terbuka,
Untukku sang pendosa. .
.
Segala kebaikan Allah
walau lama
Laksana kerdipan mata
yang menangis
Betapa banyak kemudahan datang
setelah keputus-asaan
Dan betapa banyak
keputus-asaan datang setelah kesungguhan
Maha suci Dzat yang
selalu memaafkan walau kita selalu bersalah
Dia selalu sudi
memaafkan hambaNya yang bersalah
Dia yang banyak memberi
rahmat kepada orang yang bersalah
Dan keagunganNya tidak
menghalangNya untuk memberi kurnia kepada orang yang bersalah.
“…hai hamba-hambaKu yang
melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa
daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa kesemuanya. Sesungguhnya,
Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar:53)
*Untuk malam-malam akhir ramadhan yang berbaki...Kerjaku cuma mengira butir-butir dosa, semakin dikira semakin menitis air mata...
*Juga untaian doa yang akan sentiasa ku panjatkan kepada Ilahi, untuk seorang 'sahabat' yang lagi berhiba kerana diriku...maafiku duhai sahabat...kerana tidak mampu berlaku adil kepadamu...berbahagialah,, walau tanpa bersamaku...
: hikmatul islam
: 25 ramadhan 1434H
: 0330 am
No comments:
Post a Comment