Mereka,
Sibuk-sibuk semuanya.
Sibuk dengan apa?
Ku juga tidak pasti.
Mungkin sibuk berdebat
bilakah sang malam yang bernama lailatul qadar itu akan ke mari?
Sibuk berdebat pendapat
manakah yang paling benar?
Hingga terabai mereka
erti khusyuk itu.
Tidak kurang juga, yang
masih sibuk dengan urusan duniawi.
Tidak ambil peduli
apakah keistimewaan lailatul qadar ini.
Geleng sendiri.
“Sesungguhnya Kami telah
menurunkannya (al-Quran) pada malam Lailatul Qadr. Adakah kamu mengetahui
apakah malam Laitul Qadr? Malam Lailatul Qadr itu lebih baik berbanding seribu
bulan. Turunnya malaikat dan juga Jibril padanya dengan izin Tuhan mereka
dengan membawa segala urusan. Sejahteralah padanya (malam Lailatul Qadr)
sehingga terbitnya fajar.”
(Surah al-Qadr 1-5).
*10 ramadhan terakhir*
Ku dongak langit,
terang.
Ah, seterang itukah
imanku?
Pandang pula sisi hati.
Sirna, kelam.
Berdebu dengan
gumpalan-gumpalan dosa.
Menyesakkan nafas dalam
desah.
Allah.
Rasulullah SAW bersabda
yang bermaksud :
“ Sesungguhnya pada
hari-harimu, Rabbmu mempunyai banyak kurnia. Hendaklah kamu berusaha
mendapatkannya. Hendaklah kamu berusaha mendapatkannya. Mudah-mudahan seseorang
di antara kali tidak sengsara setelah mendapatkan kurnia tersebut.”
( Hadis
riwayat Imam Tabrani)
Malam-malam terakhir
ini.
Menangisi Ramadhan yang bakal pulang.
Apakah ku masih berpeluang bertemu denganmu tahun hadapan?
Apakah ku masih berpeluang bertemu denganmu tahun hadapan?
Lailatul qadar,
sudikah untuk kau singgah?
sudikah untuk kau singgah?
Meski cuma melintas.
Kerana terlalu ku butuh,
Pengampunan Tuhanku...
Dalam sebuah hadith Nabi
saw telah bersabda: “Sesiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadr dengan penuh
keimanan dan pengharapan maka diampunkan segala dosanya yang lampau.”
(Direkodkan oleh al-Bukhari dalam Sahihnya).
: hikmatul islam
: 21 ramadhan 1434H
: 0230 am
No comments:
Post a Comment