“Jodoh adalah
rahsia Allah, yang tidak dapat terungkapkan dengan sebuah kata-kata tetapi
mampu diubah dengan usaha dan doa dengan izin dari-Nya...”
Salam mukadimmah perihal jodoh.
Mungkin ia dapat menjadi sedikit definisi bagi jodoh.
Jodoh.
Sepatah perkataan yang selalu benar disebut tetapi
mempunyai sebuah rahsia besar yang tersirat di dalamnya.
Sepertimana manusia. Tiada siapa yang mampu membaca
apa yang tersirat di hati seorang insan.
Apa yang tersembunyi di balik rasa
hatinya, cuma Allah swt yang mengetahui segala rahsia qalbu manusia.
Jodoh itu misteri.
Soal jodoh adalah rahsia Allah, perkara ghaib yang
tidak siapa boleh singkapkan dengan siapa kita akan bertemu dan dijodohkan?
Semuanya, Allah swt yang pegang.
Allah yang Maha Bijaksana mengaturkan.
DIA Maha Teliti, tidak mungkin akan tersilap atau
tersalah pasangan.
Pada setiap hati manusia yang merasai semua rasa,
ALLAH-lah yang paling utama memegangnya. Bisa menetapkan, atau membolak-balikkan
hati setiap insan.
Berbicara soal hati, sungguh amat aneh sekali.
Betapa peliknya anugerah rasa dan perasaan yang
bernama ‘cinta’ Allah titipkan dalam setiap relung hati hamba-hambaNya.
Dengan cinta itulah, insan yang bernama Adam dan Hawa
menyatu.
Kerana dengan cinta itu jualah, membuatkan insan kenal
erti cinta sebenarnya kepada Yang Maha Satu.
Cinta sesama insan yang Allah berikan, itulah cinta
yang akan membawa manusia kepada cinta Allah. Lebih mengenali akan Pencipta
Cinta yang sebenarnya.
Andai cinta yang tumbuh itu membuatkan semakin jauh
dari Allah, maka itu BUKAN NAMANYA CINTA.
Andai cinta yang mekar itu membuatkan semakin jauh dan
tersesat dalam nafsu khayalan, maka itu BUKAN NAMANYA CINTA.
Kerana hakikat cinta itu suci, akan membuatkan kita semakin kita rapat dan
dekat kepadaNya.
Semakin mencintai di atas ikatan yang halal atas nama ALLAH, semakin kita merasakan cinta Allah yang paling Agung dan indah.
Cubalah menghayati kata-kata Hilal Asyraf tentang erti
cinta;
“Cinta itu
adalah mahu membawa dia bersama hingga ke syurga.
Selain itu, bukan namanya
cinta.”
Ku termenung panjang memikirkan kisahku.
Tidak tahu apakah ia cuma kisah dongengan dahulu kala
atau fantasi di alam mimpi semata?
Sungguh, Allah memberikan pelbagai macam ujian dan
dugaan sepanjang tempoh penantian ini.
Sehinggakan sampai suatu saat, dalam sebak ku katakan
padanya;
“Akhi, berputus asa-lah terhadapku…”
kerana ku tidak sanggup melihat dia terus terseksa
lagi dalam penantian ini.
Namun, dengan tenang dia menjawab;
“Semakin
susah, semakin indah. Semakin sukar, semakin manis rasanya. Kerana untuk
mendapatkan yang berharga dan bernilai memang perlu banyak pengorbanan. Dan
ana, tidak akan sesekali berputus asa kepadaNya…Ana akan tetapkan hati, walau
apapun yang terjadi..”
Allahu Allah…
Tidak termampu kata untuk ku ungkapkan pada dirinya.
Sedangkan diri ku sendiri terasa sudah tidak mampu
untuk menanggung semua rasa yang ada.
Benar, ku tidak tahu apakah sebenarnya yang ingin
Allah aturkan pada diriku dan dirinya?
Apakah penantian ini cuma ujian di pertengahan
perjalanan dalam pencarian cintaku padaNya?
Atau sekadar melihat tahap ukuran keimanan?
Sungguh, ku tidak tahu…
Kadang buntu, kadang bingung memikirkan hal ini.
Namun akhirnya, pada Allah jua ku berserah segalanya.
Kerana itu, setiap lewat sujudku, ku pohon kemudahan
dalam urusan ini..
“Ya Allah, andai benar dia adalah jodohku, maka
permudahkanlah urusan ini.
Andai ini ujian dan dugaan yang ingin Engkau berikan
kepada kami, maka perkuatkan iman kami agar tidak runtuh dan rapuh dalam meniti
setiap detik mencari redhaMu…
Andai daku bukan tercipta untuknya, maka sisihlah rasa
yang ada dalam hati-hati ini agar kami tidak akan jauh tersasar dari arah
jalanMu…
Gantilah bidadari dunia yang jauh lebih baik dariku
untuk dirinya..
Andai benar dia untukku, maka satukanlah kami dalam
rahmat kasihMu Tuhan…
Ya rabbi, ku berserah diri padaMu.
Hidup dan matiku hanya untukMu.
Maka tentukanlah pasangan yang terbaik untukku bawa
cintaku sampai kepadaMu…
Allahumma amin”
Sungguh, tidak semudah kata untuk meraih redha Allah.
Semoga diri akan terus bermujahadah, tidak sesekali
berputus asa akan rahmat Allah, meskipun seluruh dunia seolah sudah berputus
asa dan menyeru untuk berputus asa.
Mungkin, ku sudah berputus asa dengan semua yang ada
di dunia ini.
Mungkin, ku sudah berputus asa setelah orang sekeliling
juga telah berputus asa.
Tapi, mana mungkin untukku berputus asa dengan
rahmatNya?
Bukankah rahmat Allah itu Maha Luas?
Ku menantikan huluran jawapan cinta dariNya,
dalam untaian tasbih doa, tanpa rasa jemu dan putus
asa...
“Kerana ku
tahu, DIA yang menitipkan semua rasa ini.
Dengan rasa
yang Allah titipkan teguh-teguh dalam hatiku,
Dalam sujud
panjang istikharah cintaku,
sering
membuatkan air mataku tumpah keharuan…
Terus bertitisan
dalam lewat sujud padaNya
Terus berguguran
dalam takut dan harap kepadaNya
Kerana daku
cuma insan faqir yang seringkali mengemis cinta dariNya
Yang tidak akan
jemu meminta-minta dari Dia Yang Maha ESA
Kerana ku
yakini dan percaya
DIA akan memberikan
keindahan bila sampai saat waktunya…”
p/s: Ketika cintamu bertasbih, teruslah bertasbih
kepadaNya. Teruslah meminta dan berharap, cuma kepada yang Maha Esa yang Maha
Mendengar setiap permintaan hamba-hambaNya. Sesungguhnya jangan dibiarkan cinta
insani melebihi cinta Ilahi, tetapi milikilah cinta insani untuk kita raih
cintaNya yang abadi...!
"Hanya keikhlasan
cinta jadi penawar
Sekalipun diriku lemah di mata insan
Hanya Engkau yg maha mengerti
indahnya cintaku ini.."
~Warkah Cinta Berbau Syurga~
Sekalipun diriku lemah di mata insan
Hanya Engkau yg maha mengerti
indahnya cintaku ini.."
~Warkah Cinta Berbau Syurga~
: hikmatul
islam
: 20 muharram 1434H
: 1130 pm
tulisan yang menarik...terkesan dihati bila melayari pembacaan
ReplyDeleteperkongsian yg baik..pilihan Allah itu adalah terbaik buat-Nya.
ReplyDeletemaaf...ada salah taip..
ReplyDeletepilihan Allah itu adalah terbaik buat hamba-Nya.
segala puji hanya utkNya..
ReplyDeleteinsha Allah, tiada yg buruk pilihan Allah buat hamba-hambaNya kecuali semuanya adalah yg TERBAIK, seandainya kita redha dan bersyukur maka kita akan mnjadi insan yg paling bahagia...
syukran atas komentarnya :)