“Kuatlah untuk kuat.
Jiwa yang kuat itu asalnya dari jiwa yang dekat.
Dekat getaran hatinya dengan yang Maha Dekat.”
Bismillahirrahmanirrahim…
Dengan
menyebut nama agungMu Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…
Maaf.
Sering sahaja laman ini terbiar. Tuan tanah ‘bertenang’ seketika.
Setiap
kali tuan tanah melihat kebun, mahu sahaja menyemai. Tapi sayangnya, hilang benih.
Seperti
itu jugalah diri pada sepurnama yang lalu.
Doif. Beruzlah sendirian.
Jiwa hilang keyakinan.
Yang tersisa saat itu, jiwa yang ragu. Sedih. Dan buntu.
Alhamdulillah, hari ini DIA masih sudi memberi lagi kekuatan.
Terima
kasih Allah.
Terima
kasih untuk semua rahmat dan kasih sayangMu.
Terima
kasih untuk nafas ini.
Oksigen
cinta.
Penuh
cinta dari-Nya.
*Hamdan lillahi abadan*
Sesungguhnya
jalan menuju Allah bukan suatu jalan yang mudah.
Meskipun,
bibir berkali-kali mengungkapkan kalimah penyaksian, pengakuan dan petunjuk setiap hari di
dalam solat yang bermaksud;
‘Tunjukkan kami jalan yang
lurus, iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya, bukan
jalan mereka yang dimurkai, dan bukan pula jalan mereka yang sesat’
(Al-Fatihah:6-7)
Tetapi,
tetap terus kuatkah kita untuk terus berada di atas jalan lurusNya?
Teringat
kalam seorang pensyarah saya.
“Kita
bukan tidak mendapat hidayah. Hidayah itu sudah dibekalkan kepada kita sejak
dari kecil. Dengan anugerah ‘Islam’ yang kita miliki itulah hidayah terbesar
dari Allah.
Tetapi,
kenapa kita masih sering tidak dapat melakukan kebaikan padahal sudah punyai hidayahNya?
Kerana hidayah tidak akan lengkap tanpa taufik.
Taufik
itu adalah ‘kekuatan’ untuk kita melakukan kebaikan. Ibarat satu butang ‘push’
yang menekan diri kita untuk bersegera menuju Tuhan.”
Subhanallah. Bersyukurlah selalu.
Kita
sudah berada di atas jalan-Nya. Jalan yang mustaqim.
Namun,
harus selalu meminta agar kita sentiasa ‘kuat’ dan thabat untuk terus kekal berada di atas
jalan yang lurus itu.
Kuatlah untuk kuat.
Kerana hanya dengan cinta dan kasih sayang-Nya yang
tidak putus-putus, kita masih diberi kekuatan untuk melakukan amal ibadah.
Bukan
semata-mata kerana kekuatan diri kita.
Kerana
kekuatan yang mutlak itu, Allah belaka yang punya.
Satu
purnama yang berlalu ini, macam-macam hal yang tidak disangka terjadi.
Betapa
banyak hal yang DIA uji.
Pada
diri sendiri dan juga pada orang sekeliling yang disayangi.
Ya.
Siapa yang akan pernah dapat menjangka pada setiap takdiran Ilahi?
Tidak
akan mampu untuk diperhalusi namun harus benar kita mengimani.
Setiap perkara yang terjadi, pasti akan ada hikmah yang tersembunyi.
Tinggal
sahaja, adakah kita ‘kuat’ untuk menghadapi setiap ujian yang diberi?
“Dan sungguh, kami
benar-benar akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang-orang yang
benar-benar berjihad dan bersabar di antara kamu, dan akan Kami uji perihal
kamu” (Muhammad:31)
*Serius. Mahu nangis saat
mendengar musibah yang ditanggung oleh sahabat...
Allah. Maha CintaNya
Engkau pada dirinya.!*
“Setiap perkara yang ALLAH kehendaki akan berlaku dan setiap perkara yang tidak dikehendaki tidak akan berlaku.
ALLAH mengetahui perkara yang telah lepas, sedang berlaku, akan datang, waktu dan cara ia berlaku.”
Pada setiap jiwa yang
diuji.
Sungguh! Allah itu Maha
Mengasihani.
Tidak dinafikan, kelemahan itu akan
senantiasa menjadi milik kita.
Kerana selayaknya taraf
kita sebagai hamba-Nya, penuh dengan kedoifan.
Namun, kekuatan itu sentiasa ada di sisi DIA.
Tinggal kita yang sungguh-sungguh
mahu memohon atau tidak kekuatan itu daripada-Nya?
“Bila engkau merasa lemah, pintalah kekuatan dari Yang Maha Gagah.”
Mungkin benar orang
cerdik pandai ada mengatakan;
“Jangan dipinta untuk lari
dari ujian.
Kerana ujian itu
sunatullah. Tetap akan hadir walau kita tidak menyukainya.
Namun, bila diuji pintalah
sekeping hati yang cekal dan tabah untuk menghadapinya.”
“Bagaimana ingin jadi kuat?”
Apa jua ibadah yang dapat mendekatkan diri dengan
Allah, di situlah terselit kekuatan.
Dengan solat 5 waktu,
zikrullah, doa. Tadabbur ayat-ayat cintaNya.
Syeikh
Muhammad Al-Ghazali ada menyebutkan:
“Al-Qur’an
inilah kitab yang membentuk jiwa, membangun umat dan kebudayaan mereka. Inilah
sesungguhnya kekuatan Al-Qur’an.
Namun
yang sangat disayangkan bahawa cahaya ini tidak nampak di depan umat Islam
kerana mata-mata mereka sudah tertutup sehingga aib dalam konteks sekarang ini
bukan aib Al-Qur’an, tetapi aib pandangan manusia yang lebih mengagungkan
kekuatan lain selain Al-Qur’an.
Padahal Allah
sudah berfirman,
“Hai Ahli
Kitab, sesungguhnya telah datang kepadamu Rasul Kami, menjelaskan kepadamu
banyak dari isi Al Kitab yang kamu sembunyikan, dan banyak (pula yang)
dibiarkannya.
Sesungguhnya
telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan Kitab yang menerangkan, dengan
kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredhaan-Nya ke jalan
keselamatan, dan (dengan kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu
dari gelap gulita kepada cahaya yang terang benderang dengan seizin-Nya, dan
menunjuki mereka ke jalan yang lurus.” (Al-Ma’idah: 15-16)
Sesungguhnya, tiada
daya kita untuk menghadapi setiap mehnah yang menguji iman melainkan Allah-lah yang
sentiasa ‘membekalkan’ kita kekuatan itu.
Kerana itu,
basahilah lidah dengan zikrullah selalu.
Abu
Said Al-Khudri r.a berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda,
“Perbanyakkanlah
kalimah yang abadi dan baik.” Ada yang bertanya, “Apa kalimah itu wahai
Rasulullah?” Rasulullah SAW bersabda, “Takbir, tahlil, tasbih, tahmid dan tidak ada daya kekuatan selain dari kekuatan
dari Allah.” (HR Ibn Hibban, Ahmad dan Al-Hakim)
Percayalah. Kekuatan itu
sentiasa ada.
Dengan usaha ‘kedekatan’ diri kita kepadaNya.
Dalam lapangnya hati kita
menerima segala ujian Allah.
CintaNya sentiasa dekat
dengan orang-orang yang tak jemu mencari kekuatan daripadaNya.
Kerana kekuatan itu harus
sentiasa dicari, bukan ditunggu.
Saya akui, saya bukan
orang yang kuat bila diuji.
Sentiasa bersendu di
hujung sujud. Pada lewat waktu itu.
Rapuh dan lemah.
Namun, tidak pernah ingin
berputus asa dengan rahmatNya yang Maha Luas.
“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon petunjuk, ketakwaan,
diri yang terjaga dan kecukupan kepada-Mu.” (HR. Muslim, no. 6842)
diri yang terjaga dan kecukupan kepada-Mu.” (HR. Muslim, no. 6842)
Untuk akhirnya.
Mari sama-sama kita terus
berdoa diberikan kekuatan cinta dari Maha Pencinta.
Agar semakin bertambah
kekuatan dan keimanan kepada Yang Maha Esa.
Sekian. Wallahu'alam.
: hikmatul islam
:
12122013
:
0300pm