30 September 2011

Jalan Juang ini.....



 



Ya Allah..
Aku bukan siapa-siapa…
Aku cuma hambaMu yg banyak kekurangan dan kelemahan
Yg terlalu banyak kesilapan dan kekhilafan
Betapa aku malu padaMu ya rabbi
Aku tidak layak bergelar mujahidah
Aku tidak layak bergelar daieyah
Kerana diriku teramat lemah
Tatkala diuji dengan ujian yang sedikit cuma
Ku tidak tahan dengan kata-kata sindiran yang dilemparkan
Ku tidak kuat menepis kata-kata hinaan
Ku tidak kuat ya Allah….

Ya Tuhan…
Ku melihat mereka yang lain begitu kuat dan bersemangat
Tiada perasaaan gentar mahupun berputus asa
Tidak sesekali mengeluh mahupun kecewa
Hati mereka begitu ampuh di atas jalan perjuangan ini
Tapi aku…??
Terduduk kaku mengira titisan air jernih yang jatuh
Terdiam sepi membisu
Tidak mampu melawan mahupun menahan
Lihatlah betapa lemahnya hambaMu ini
Betapa kerdilnya hamba
Kerana aku bukan siapa-siapa
kerana aku tidak punya apa-apa
Semuanya milikmu
Jiwaku dan jiwa mereka
Semuanya Engkau yang memiliki...


Allahurabbi…
Meski hati terasa terlalu pedih
Rapuh dan goyah untuk meneruskan perjuangan lagi
Namun…
Iman tidak ingin membiarkan ku terus begini
Iman tidak meredhai ku terus lemah seperti ini
Meskipun lelah, inginku merintih dan merayu
Pada kuasa agungMu
Pinjamkan daku sedikit kekuatan itu
Tidak ingin berputus asa di pinggiran rahmatMu
Tidak ingin terus melemah sehingga mengalah
Dakaplah hati yang terluka ini
Peluklah jiwaku yang berduka ini
Yakinkan daku dengan janjiMu Rabbi….


Sungguh,,
Jalan dakwah ini bukan jalan dihiasi lampu-lampu indah
Namun ia jalan yang penuh dengan lelah
Sakit, perit, pedih
Kerana bahagianya di sana bukan di sini
Meskipun diri masih lompang disaluti debu-debu dosa
Diri ini masih sentiasa perlukan tarbiyah
Hati ini masih sentiasa dahagakan hidayah
Bimbinglah daku agar sentiasa dalam petunjukMu….


Pilihlah hamba ya Allah.!
Bersama golongan syabab yang qawiie
Berani dan tidak sesekali mundur lagi
Jalan ini adalah jalanku
Jalan yang terbaik yang Engkau tunjukkan kepadaku
Jalan yang terbaik yang Engkau pilih untukku
Jalan yang harus ketempuh
Jalan para pejuang yang tidak semua orang senang mengikutinya
Jalan yang berliku penuh rintangan dan cabaran
Jalan para syahid yang rindu untuk bertemu denganMu
Jalan yang selalu ingin ku tagih kasih dan redhaMu…!


p/s: “Seorang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih disukai Allah daripada seorang mukmin yang lemah dalam segala kebaikan. Peliharalah apa-apa yang menguntungkan kamu dan mohonlah pertolongan Allah, dan jangan lemah semangat (patah hati). Jika ditimpa suatu musibah janganlah berkata, “Oh andaikata aku tadinya melakukan itu tentu berakibat begini dan begitu”, tetapi katakanlah, “Ini takdir Allah dan apa yang dikehendaki Allah pasti dikerjakan-Nya.” Ketahuilah, sesungguhnya ucapan: “andaikata” dan “jikalau” membuka peluang bagi (masuknya) karya (kerjaan) setan.” (HR. Muslim)


"Tuhan, tolong, katakan pada mereka,

aku tidak sekuat yang mereka tahu,

aku tidak sehebat yang mereka kata,
aku tidak sebaik itu, aku tidak seperti itu...

Sebagai manusia, aku tidak sempurna...
aku masih lagi ingin terus memperbaiki diriku

Aku masih ingin sentiasa mentarbiyah diriku

Aku masih ingin berusaha mencintaiMu...

Allah...maafkanlah...ampunilah...redhailah...” :’(

 

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...