Tatkala
diri diuji dengan pelbagai kisah cinta, pelbagai ujian cintaNya yang hadir.
Tika itulah
ku sedari, kisah cintaku bukan cinta biasa.
Bukan
cerita cinta biasa, tetapi sebuah cinta yang cukup luar biasa.
Luar biasa
jalan cintaNya. Luar biasa cara penyampaian cintaNya.
Didatangkan
padaku ujian demi ujian, kadang hampir tergoyah, namun Dia Maha Menguatkan rasa
di hati.
Bagiku,
kisah cintaku bukan kisah cinta yang biasa-biasa. Tetapi sebuah
kisah cinta yang cukup luar biasa hebat ujianNya.
Semakin diri
mencari cintaNya, semakin DIA mempamerkan tanda cintaNya dalam pelbagai bentuk
masalah yang menduga.
“Semakin hati
ingin mencintaiNya, semakin DIA menguji untuk mengetahui bukti cinta padaNya.
Apakah benar-benar
kita mencintaiNya seperti yang dikata?”
Tiap kali
datangnya ujian dari yang Maha Esa, kadang bertimpa-timpa dalam satu masa ada
tikanya membuatkanku terduduk tanpa kata. Sememangnya…,,
“Kita meminta
dipermudahkan, tetapi semakin Allah memberikan kesulitan dan kesukaran.
Kita meminta
kegembiraan, tetapi Allah memberikan kedukaan dan kehampaan.
Kita meminta
kebahagiaan, tetapi Allah memberikan kesakitan dan keperitan.
Kenapa DIA memberi
tidak seperti yang kita pintakan?”
Benar, saat
diuji terasa diri terumbang-ambing dan kebingungan seketika.
Diri tertanya-tanya
sendiri, ‘petunjuk itu, apakah maksudnya Ya Rabbi??’
Maha Suci
Allah ternyata sangat mendengar setiap luahan hambaNya.
Di saat ku
hampir berputus asa, DIA cuba menenangkanku. DIA sentiasa memujukku.
Terus
memberi dorongan agar sentiasa yakin dan percaya kepada janji-janjiNya.
Semunya
diungkapkan dalam ayat-ayat cinta yang sangat mengharukan jiwa.
DIA yang Maha
Pengasih dan lagi Maha Penyayang, telah menitipkan surat cintaNya padaku dalam
surah Al-Toriq, membuatkanku keharuan dalam gugusan air mata cinta…
“Demi langit dan yang datang pada
malam hari.
Dan tahukah kamu apakah yang datang
pada malam itu?
Iaitu bintang yang bersinar tajam.
Setiap orang pasti ada penjaganya.
Maka hendaklah manusia memerhatikan
dari apa dia diciptakan.
Dia diciptakan dari air mani yang
memancar.
Yang keluar dari tulang punggung
(sulbi) dan tulang dada.
Sungguh, Allah benar-benar berkuasa
mengembalikannya hidup setelah mati.” (At-Toriq:1-8)
Subhanallah…subhanallah…subhanallah…
Asalnya manusia
cuma dari setitis air yang hina. Oleh kerana itu, dengan ujian-ujian yang
datang itulah yang akan mengangkat diri status hamba ke martabat yang mulia.
Lihatlah, betapa
cintaNya DIA kepada kita. DIA mahu kita mendapat kebaikan, DIA mahu kita
menjadi manusia yang hebat dari sudut dalaman agar semakin teguh rasa keimanan.
Oleh itu, semuanya
perlu dikembalikan kepada zatNya yang paling layak untuk menghitung dan
menetapkan segalaNya.
“Orang yang mengenal kasih-sayang Allah punya keyakinan
bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik. Allah
yang Maha Pengasih dan Penyayang, tidak akan memberi sesuatu yang buruk untuk
hamba-Nya.
Justeru, hamba yang baik tidak akan berburuk sangka terhadap Allah
dengan merasakan apa yang ditakdirkanNya (ujian) itu ialah sesuatu yang tidak
baik.
Yakinlah bahawa semua ketentuan Allah itu adalah baik.
Ujian itu pasti ada kemuslihatan yang tersembunyi untuk setiap kita. Pilihan
Allah untuk kita adalah yang terbaik, cuma kita tidak atau belum mengetahuinya.”
~Us.Pahrol Mohd Juoi~
Alhamdulillah…sungguh,
ku bersyukur. Bersyukur kerana Allah masih meneguhkan rasa hati ini. Bersyukur
Allah masih menetapkan rasa keyakinan ini padaNya. Bersyukur Allah memilih diri
untukku rasai ‘rasa-rasa’ ini.
Rasa yang
selayaknya bagi seorang hamba, yang akan senantiasa akan berusaha dan berjuang
tanpa henti…itu janjiku padaMu Rabbi..
“Sesungguhnya,
dapat tunduk sujud kepadaNya membuatkan hati terasa
sangat tenang dan lapang.
Dapat mengalirkan
air mata keinsafan, membuatkan hati merasa sangat lembut dan semakin dekat
dengan Tuhan.
Dapat berdialog
dan berbisik denganNya, membuatkan hati diberikan satu kekuatan yang cukup luar
biasa.”
Pencarian cintaku
kepadaNya sekarang berada di pertengahan jalan.
Tidak akan
sesekali ku berhenti dari pencarian ini. Tidak akan sesekali kakiku berundur ke
belakang lagi.
Pencarian
ini tidak akan berhenti kerana ku tahu jalan yang ku pilih ini benar. Kerana ku
tahu usahaku ini dicatat dan dinilai dengan kiraan yang teliti oleh Ilahi. Pasti,
tidak akan sia-sia..
Jika ini
yang dinamakan pengorbanan, inginku korbankan segalanya untukMu Ilahi…
Jika ini
yang dinamakan keredhaan, inginku pasrahkan segala rasa di hati..
Jika ini yang
dinamakan kebahagiaan hakiki, akan ku tetap memilih cintaMu agar kasihMu senantiasa
bersemi di hati..
Insya Allah,
diri sekarang dalam fatrah bersabar dan bertenang. Terus dididik hati agar kuat
menerima segala keputusan takdirNya. Semoga apa yang diputuskan oleh-Nya nanti, diri
ingin sentiasa menyakini, itulah keputusan yang TERBAIK dari Ilahi…
‘Mungkin ada yang tertanya-tanya, menunggu keputusan
apa?
Keputusan itu adalah yang berkait rapat dengan urusan
dunia dan akhiratku…Pohon doa kalian..’
Allah.
Ku sentiasa
ingin yakini dan imani, tidaklah Engkau akan menyia-yiakan usaha dan doaku selama
ini kecuali pasti diberikan yang terbaik. . . Semoga, amin.
“Akan ku teruskan langkah ini dalam mencari cintaNya yang sejati, kerana
ingin ku raih cintaNya yang hakiki, untukku bawa pulang ke negeri abadi..”
~Hikmatul Islam~
~28092012~
~300pm~
uhibbu
ReplyDelete