"Ya Allah jika
jodohku masih jauh,
maka dekatkanlah.
Jika sudah dekat, maka
satukanlah
dalam ikatan suci.
Dan jika ini merupakan
ujian buatku
maka damaikanlah hatiku
dengan ketentuan-Mu..."
Bismillahirrahmanirrahim.
Musim
cinta datang lagi.
Undangan
walimah tidak pernah susut.
Sentiasa
bersilih ganti tatkala datang waktunya.
Senyum
sorang-sorang tengok gambar kahwin teman-teman di fb.
Subhanallah,
sejuta hamdalah untuk Pencipta Cinta.
Cantiknya
takdir Allah susun untuk setiap orang.
Ada
yang mudah-mudah sahaja jodohnya. Ada pula yang perlu lalui pelbagai ujian demi
ujian sebelum bertemu dengan pasangannya.
Ketika
ini, saya dihadiahi oleh seorang kenalan di fb sebuah buku dari Seberang
(Indonesia) yang bertajuk "Teman dalam Penantian", hasil sentuhan
karya Mas Udik Abdullah.
Masya
Allah! Betapa baiknya Allah. Betapa Allah mahu menyatakan sesuatu untuk diri
saya, lalu ingin pula Allah mahu saya berbagi kepada kalian semua.
Bicara
lagi kali ini tentang jodoh.
Masalah
jodoh memang unik dan penuh rahsia. Sarat dengan misteri.
Selagi
tidak sampai ke akad nikah, selagi itu kita akan tertanya-tanya sendiri.
"Bagaimanakah
jodohku? Seperti apakah dia?"
Bagi
yang sudah bertunang, ia bukan tiket jaminan bahawa tunang itu pasti akan menjadi
jodohnya.
Lihat
sahaja, betapa ramai yang putus hubungan di pertengahan?
Siapa
sahaja yang akan menjamin semua itu andai bukan aturan dari Tuhan?
Sebab
itulah, tidak menjadi pelik bila kita lihat sesetengah teman begitu
dipermudahkan urusan jodohnya.
Dan
dari satu sisi lagi, betapa sulitnya bagi setengah yang lain diuji dan terus
diuji beberapa kali barulah dia bertemu dengan jodohnya.
Andai
diberi pilihan, yang mana kita mahukan?
Pastilah,
kita pohon dipermudah-mudahkan semua urusan. Mahu pula urusan kahwin disegerakan.
Tetapi
hakikatnya tidak seindah seperti itu.
Ibaratnya,
orang kaya mudah dan senang sahaja untuk makan sepinggan nasi yang penuh dengan
lauk mewah dan mahal.
Terbanding
dengan seorang nelayan yang berhempas pulas di lautan untuk mendapatkan nasi
sepinggan yang cuma berlaukkan ikan seekor.
Agak-agaknya,
yang mana lebih menghargai sebuah 'rasa kelazatan' sepinggan nasi tersebut?
"Diuji berkali-kali
itu perit dan pahit.
Namun, andai ia dihadapi
dengan penuh kesabaran dan keikhlasan
pasti akan merasai
kelazatan sebuah iman.
Perkara yang sukar untuk
didapatkan itu,
nilaiannya jauh lebih
mahal dan berharga
berbanding benda yang
mudah-mudah sahaja
didapatkannya tanpa ada
sebatas usaha."
"Untungnya
dia."
"Bertuahnya
awak!"
Tengok
orang mendirikan bait muslim, secara fitrah akan wujud rasa keinginan itu pada
setiap manusia.
Kahwin
secara zahir itu nampak indah, nampak nikmat, nampak macam seronok jer?
Opsss!!
Cuba tekan 'brek' sekejap.
Renung
dalam-dalam pada iman.
Kita
nak kahwin, pastinya mahu yang baik-baik sahaja.
Kita
nak kahwin, pasti impi yang bahagia-bahagia sahaja.
Siapa
yang maha memberi bahagia itu kalau bukan Allah?
Siapa
yang maha memberi rasa cinta itu kalau bukan Pencipta Cinta?
Tengok
orang kahwin kita pun teruja nak kahwin.
Tanyakan
dahulu jujur-jujur pada diri.
Apakah
saat ini kita lebih besar mencintai Cinta Insani atau Pemilik Cinta Abadi?
"Statement
awak ini macam negatif jer, awak tak nak kahwin ke?"
Senyum.
Manusia
normal mana yang tidak mahu menikah? Siapa yang tidak mahu deen (agamanya)
dapat segera disempurnakan dengan hadirnya belahan jiwa?
Usia
saya sendiri telah berinjak masuk ke-25. Suatu usia yang sudah sesuai untuk menikah.
Tapi,
apakah Allah rasa sesuai pada pandanganNya? Mungkin masih belum.
Saya
mungkin sering berjaya dalam pelajaran, tetapi Allah berikan 'gagal' berkali-kali
dalam urusan jodoh.
Sebab
apa? Sebab bukan jodoh saya dan belum sampai masanya lagi...
*Tenang-tenanglah
dengan janji Ilahi*
Saya turut berharap orang yang sama bujang dengan saya, yang mungkin
sedang resah menanti jodohnya, turut merasai ketenangan selepas membaca entry
ini. Insha Allah.
Benar.
Tak dinafikan dengan saling cinta kepada manusia juga akan menyampaikan jua
cinta kita kepada Allah.
Cuma
sahaja, persoalan di sini apakah benar kita ingin menyempurnakan deen itu
kerana mencintai Allah atau mencintai manusia semata-mata?
Orang
yang mendirikan baitul muslim itu kerana Allah, bukan kerana nafsu semata-mata
maka dia pasti akan lebih mengutamakan cinta Allah berbanding cinta manusia.
Semuanya
bergantung kepada niat. Orang yang menikah kerana kecantikan pasangan
semata-mata, maka itu jugalah yang dia akan dapat. Sementara.
Namun,
andai orang yang menikah benar-benar kerana Allah dan kerana dia sedar menjadi
sebuah ibadah yang cukup besar di sisiNya, pastinya dia akan selamat sampai ke
matlamat akhir untuk terus bersama hingga ke syurga!
"Kerana ku malu
dan kerana cintaku
kepada Rabbku,
jauh lebih besar dari
kecintaanku kepadamu..."
Jodoh
itu takdir.
Bila
sebut takdir, ia sangat berkait rapat dengan akidah, keimanan dan keyakinan
kita dengan Allah.
Mungkin
antara kita, pernah terbit persoalan di hati.
"Kenapa
sehingga kini, jodohku yang dinanti belum jua muncul?"
"Kenapa
sehingga kini, Allah belum mengabulkan doaku untuk bernikah?"
Bertanyakan
persoalan untuk kita cari solusi agar semakin memperbaiki diri tidaklah salah.
Namun
hati-hati, jangan sampai tergadai iman di hati. Jangan sampai pudar keyakinan
kita kepada Ilahi.
Abu
Hurairah r.a menuturkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Doa
siapa pun di antara kalian pasti akan terkabul selagi tidak tergesa-gesa
sehingga dia berkata, 'Saya telah berdoa tetapi belum terkabul." (HR
Bukhari)
Lalu
para sahabat bertanya kepada Baginda s.a.w, "Ya Rasulullah, apakah yang
dimaksudkan dengan tergesa-gesa?"
Lalu
Rasulullah s.a.w menjawab; "Selagi dia tidak tidak berkata, Saya telah
berdoa dan terus berdoa, tetapi belum juga terkabul,' kemudian dia berputus asa
dan akhirnya tidak lagi berdoa." (HR Muslim)
Dalam
hal jodoh ini, hal yang paling besar harus kita renungi adalah
soal keyakinan.
Ya,
yakin! Allah menguji kita dalam penantian kerana ingin melihat hebat mana
keyakinan dan sandaran kita pada Allah?
Disebut
dalam Hadis Qudsi, ringkas tapi sangat significan maknanya.
Dari
Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Allah s.w.t. berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku
terhadap-Ku."
"Ana
inda zanni abdi bi-
Aku menurut sangkaan hambaku."
Sangkaan
kita kepada Allah.
Kita
banyak bersangka baik atau bersangka buruk? Kita banyak memandang semua ujian
jodoh ini sebagai baik atau sebagai bala dari Allah?
Kita banyak bersangka
Allah tidak adil dan zalim kerana tidak memberi jodoh seperti kita mahukan?
Allahurabbi.
Andai ada sangkaan-sangkaan seperti itu, segeralah usir dengan memperbanyakkan
istighfar kerana syaitan lagi sedang ingin menggoyahkan iman di hati.
Mungkin
ada di antara kita merasakan diri tidak laku, rasa rendah diri, rasa sedih
sebab tiada orang yang pandang.
Tapi,
Allah Maha Memandang kan?
Mana
yang lebih kita mahukan, pandangan Allah yang penuh kasih sayang atau panahan
cinta buta dari manusia sehingga kita lalai daripada mengingati-Nya?
"Bukan pada
tempatnya jika kita mengaku mencintai Allah namun masih saja menganggap buruk
tentang apa yang Allah takdirkan pada kita.
Sebab, adakah kekasih
sejati yang akan menyia-yiakan orang-orang yang dikasihiNya?
Selagi engkau istiqamah
dengan imanmu menapaki jalan Islam, maka saat itu Allah telah menyayangimu
selamanya." (Mas Udik Abdullah)
Mungkin
yang dimudah-mudahkan saat walimah seseorang itu, belum terjamin lagi
dipermudahkan hidup berumahtangga.
Saya
amati, sesetengah sahabat yang mana dipermudahkan urusan jodoh pada awalnya,
namun pelbagai badai berat yang harus dihadapi setelah berkahwin.
Benar,
istikharah dan istisyarah itu perlu. Sebagai permulaan untuk meraih keberkatan.
Tapi
perlu diingat! Ia bukan jaminan untuk kekal berbahagia sepanjang zaman.
Kita
perlu sentiasa sedarkan diri. Kita hidup di alam realiti, bukan hidup di alam
fantasi.
Setiap
pasangan akan diuji. Tiada rumahtangga yang tidak teruji.
Persediaan
untuk melangkah ke alam itu hendaklah dengan ilmu dan iman yang benar.
Sebesar
mana iman dan kecintaan kita pada Allah, insha Allah sebesar itu jugalah dapat
kita hadapi ujian yang datang dengan tenang.
Ibarat
orang terjun ke laut dengan adanya pelampung dan tahu berenang, berbanding
dengan orang yang terjun ke laut tanpa apa-apa persediaan, tidak ke haru??
Begitu
juga alam rumahtangga yang akan kita hadapi kelak. Nampak tenang seperti laut,
tapi mana kita dapat jangka bila akan tiba ribut dan taufan melanda?
"Persiapan mental
dan fizikal untuk bernikah itu penting.
Namun, persediaan rohani
jauh lebih penting dan utama dari yang terpenting."
Allah
Maha Pengatur jodoh yang terbaik.
Bagi
sahabat-sahabat yang awal melangkah ke dalam 'masjid' itu, dan kita yang masih duduk
di luar masjid maka bersabarlah menunggu.
Menunggu
dengan penuh kesabaran dan keikhlasan.
Allah
Maha Adil lagi Maha Penyayang. Mana mungkin DIA tidak mengendahkan kita yang
tetap setia beriman kepadaNya?
Mana
mungkin, DIA tidak mempedulikan rintihan jiwa kita, jeritan batin kita sedang
Allah lagi sangat Memahami semua rasa itu lebih dari manusia?
Tenang-tenanglah.
Semakin hebat amal dan kedekatan seseorang itu kepadaNya, semakin Allah sayang.
Bila
Allah semakin sayang, pastinya Allah nak serahkan diri kita kepada hamba yang
paling terbaik. Yang akan menyayangi dan menghargai kita sepenuh hati kelak.
Insha
Allah, amin.
"Selagi bergelar
bujang, kita masih bisa merebut 'cinta ekslusif' dari Tuhan.
Yakinlah, pasti cinta
insan yang paling 'ekslusif' juga yang akan Allah berikan!"
*p/s: Barakallah
utk mereka yang telah selamat menyempurnakan deen-Nya. Semoga sempurna jua
cinta itu untuk dibawa hingga ke syurga ^_^
"Aku
berharap
doa-doaku
menjelma menjadi kunang-kunang
Terbang
dan melesat tertiup angin
Ratusan,
ribuan, jutaan
bersatu
menjadi bulatan cahaya
Indah
berkilau, berhembus
Terbang
tinggi menuju langit 'Arsy
Menghadap
Tuhannya.
Dan
kelak suatu saat
Ia
akan mengepakkan sayapnya
menuju
kembali padaku
mengabarkan
wahyu dari-Nya
menitipkan
sebuah takdir untukku.
Doa
tak berujung ini
tak
akan pernah usai
kerana
daku akan selalu menanti jawapan
dengan
sepenuh sandaran kepada Tuhanku."
~Puisi Indah dari petikan buku "Teman
dalam penantian."~
Assalamualaikum. Sebuah artikel yg mantap. Alhamdulillah, sedikit sebanyak menenangkan hati ini. Jazakillah khairan khathira. Fi hifzillah.
ReplyDeletesedih saya baca. deep sgt jazakhallahu khair kerana sudi share ni
ReplyDeletebergenang air mata. menyentuh hati. menghidupkan hati yg duka & memulihkan semangat yg mungkin pudar...JZKK...
ReplyDeleteAlhamdulillah, segala puji saya kembalikan kepada DIA yang Maha layak, Maha Baik telah menyentuh hati-hati yang DIA sayang... :)
ReplyDeleteSungguh! Allah takkan mensia-siakan orang yang bersabar, yakinilah akan setiap janjiNya pasti akan ada bahagia buat mereka yang teguh berpegang berbanding orang yang ragu...
Nantikan entry seterusnya 'Menjemput jodoh terindah" :)
Masih sabar menanti Jodoh datang menjemput. Syukran atas perkongsian artikel ini.
ReplyDeleteIzinkanlah saya menulis / menebar sejumlah doa, semoga Allaah SWT mengabulkan – KHUSUSNYA TERKAIT JODOH. Aamiin yaa Allaah yaa rabbal ‘alamiin.
ReplyDeleteLebih dan kurang saya mohon maaf.
PEMBUKA :
Asyhaduu anlaa ilaaha illallaah wa asyhaduu anna muhammadarrasuulullaah
A’uudzubillaahiminasysyaithaanirrajiim
Bismillahirrahmaanirrahiim
Alhamdulillaahi rabbil ‘aalamiin,
Arrahmaanirrahiim
Maaliki yaumiddiin,
Iyyaka na’budu wa iyyaaka nasta’iin,
Ihdinashirratal mustaqiim,
Shiratalladzina an’amta alaihim ghairil maghduubi ‘alaihim waladhaaliin
Aamiin
Bismillaahirrahmaanirrahiim
Alhamdulillaahirabbil ‘aalamiin, hamdan yuwaafi ni’amahu, wa yukafi mazidahu, ya rabbana lakal hamdu. Kama yanbaghi lii jalaali wajhika, wa ‘azhiimi sulthaanika.
Allaahumma shalli wa sallim wa baarik, 'alaa Sayyidinaa wa Nabiyyinaa wa Maulaanaa wa Maulaanaa Muhammadin wa ikhwaanihii minal anbiyaa-i wal mursaliin, wa azwaajihim wa aalihim wa dzurriyyaatihim wa ash-haabihim wa ummatihim ajma'iin.
ALLAAHUMMAFTAHLII HIKMATAKA WANSYUR ‘ALAYYA MIN KHAZAA INI RAHMATIKA YAA ARHAMAR-RAAHIMIIN.
RABBI INNII LIMAA ANZALTA ILAYYA MIN KHAIRIN FAQIIR.
RABBI LAA TADZARNI FARDAN WA ANTA KHAIRUL WAARITSIN.
(QS. Al-Anbiya-i': 89).
اَللّهُمَّ اغْفِرْلِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَاكَمَارَبَّيَانِيْ صَغِيْرَا
“Allaahummaghfirlii waliwaalidayya war hamhumaa kama rabbayaanii shagiiraa”.
"Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.” (QS. Al-Ahqaaf: 15).
Allaahumma innaa nas’aluka salaamatan fiddiini waddun-yaa wal akhirati wa ’aafiyatan fil jasadi wa ziyaadatan fil ‘ilmi wabarakatan firrizqi wa taubatan qablal mauti, wa rahmatan ‘indal mauti, wa maghfiratan ba’dal maut. Allahuma hawwin ‘alainaa fii sakaraatil mauti, wannajaata minannaari wal ‘afwa ‘indal hisaab.
Allaahumma inna nas aluka husnul khaatimah wa na’uudzubika min suu ul khaatimah.
Allaahuma inna nas’aluka ridhaka waljannata wana’uudzubika min shakhkhatika wannaar.
Ya Allaah, terimalah amal saleh kami, ampunilah amal salah kami, mudahkanlah urusan kami, lindungilah kepentingan kami, ridhailah kegiatan kami, angkatlah derajat kami dan hilangkanlah masalah kami.
Ya Allaah, tetapkanlah kami selamanya menjadi Muslim, tetapkanlah kami selamanya dalam agama yang kau ridhai – Islam, tetapkanlah kami selamanya menjadi umat dari manusia yang paling engkau muliakan – Sayyidina wa Nabiyyina wa Maulaanaa Muhammad Shallallaahu’alaihi wa aalihi wa shahbihi wa ummatihi, wa baraka wassallam.
DOA MOHON JODOH (UMUM) :
Rabbana hablana min azwaajina, wa dzurriyyatina qurrata a’yuniw, waj’alna lil muttaqiina imaamaa.
DOA LELAKI MOHON JODOH :
Rabbi hablii milladunka zaujatan thayyibatan akhtubuhaa wa atazawwaju bihaa wa takuunaa shhahibatal lii fid diini wa dun-ya wal aakhirah
Allaahumma inni as-aluka zaujatan hasanatan jamiilatan kaamilatan wa tsabbit qalbahaa iimaanan bika wa birasuulika fid dun-ya wal aakhirah.
DOA PEREMPUAN MOHON JODOH :
“RABBI HABLII MILLADUNKA ZAUJAN THAYYIBAN WAYAKUUNA SHAAHIBAN LII FIDDIINI WADDUNYAA WAL AAKHIRAH”.
PENUTUP
Rabbanaa aatinaa fiddun-yaa hasanataw wa fil aakhirati hasanataw wa qinaa ‘adzaabannaar wa adkhilnal jannata ma’al abraar.
Rabbanaa taqabbal minna innaka antassamii’ul aliimu wa tub’alainaa innaka antattawwaaburrahiim. Washshalallaahu ‘alaa sayyidinaa wa nabiyyinaa wa maulaanaa muhammadin wa ‘alaa aalihi wa shahbihi wa ummatihi wa baraka wassallam.
HASBUNALLAAH WANI’MAL WAKIIL NI’MAL MAULA WANI’MAN NASHIIR.
Subhana rabbika rabbil ‘izzati, ‘amma yasifuuna wa salamun ‘alal anbiyaa-i wal mursaliin, walhamdulillahirabbil ‘aalamiin.
Aamiin yaa Allaah yaa rabbal ‘aalamiin.
Ganie, Indra - Bintaro Jaya, Tangerang Selatan, Banten, Indonesia
Terima kasih ats perkongsian bermakna ini..😋
ReplyDelete