“Kita mendirikan ibadah kerana inginkan syurga, menjauhi dosa kerana
takutkan neraka. Andai syurga dan neraka tidak ada, adakah amalan kita masih
kekal sama?”
Secebis
pertanyaan dari penulis Muhammad Hassan Basri dalam bukunya yang bertajuk ‘Andai
Syurga dan Neraka Tidak Ada’ benar-benar
menarik hatiku untuk memikirkan persoalan tadi.
“Erm…andai kata syurga dan neraka tidak ada, adakah amalan kita masih
kekal sama? Adakah kita masih bersungguh-sungguh melakukan amalan tersebut
untukNya?”
Pertanyaan
itu tertanya-tanya lagi.
Syurga…
Bayangan
indah yang tidak dapat terjangkau dengan penglihatan mata. Tidak pernah kan
terungkap dengan lisan dan kalam, tidak pernah kan terdengar dengan mana-mana
pendengaran.
Keindahan
syurga tidak pernah terlintas di fikiran, tidak pernah terdetik di hati kerana
ciptaan itu terlalu agung yang tercipta oleh Tuhan yang Maha Agung.
Siapa
yang tidak inginkan syurga? Kekal abadi selamanya.
Tiada
duka, tiada sengketa. Tiada air mata, tiada lagi lara. Yang ada cuma bahagia.
Yang ada cuma senyum tawa. Semuanya indah-indah belaka.
Subhanallah…
Begitu asyiknya syurga!
Bagaimana
pula dengan neraka?
Jika
keindahan dan keasyikan syurga tidak tergambar dengan apa-apa gambaran lukisan,
begitu jualah neraka.
Azab
api yang tidak mungkin kan tertahan. Kebinasaan dan kecelakaan yang
berpanjangan. Kepedihan yang maha dasyat.
Tidak
kan mampu terlakar dengan patah perkataan apapun untuk dinukilkan. Terlalu
ngeri dan menakutkan.!
Namun
sayang. Manusia masih lagi dalam kelekaan. Manusia masih ramai dalam kelalaian.
Manusia sedikit sekali merasai keinsafan…
Iman dan nafsu seringkali berhujah dan berbalah. Harus mujahadah.
Harus. Bahkan perlu sentiasa mujahadah agar iman tidak tertewas.
Ada
manusia yang beribadah kepada Allah kerana menginginkan syurga dan takutkan
neraka.
Syurga
dan neraka ibarat hitam putih kehidupan yang menunjukkan kebaikan dan
keburukan.
Neraca
timbangan antara dosa dan pahala yang dilakukan. Kehidupan abadi kelak juga
berakhir dengan destinasi terakhir ini juga, samada masuk ke syurga atau ke
neraka.
Rasulullah
saw bersabda:
“ Apabila
seseorang daripada kamu meninggal dunia, diperlihatkan kepadanya di waktu pagi
dan petang tempat tinggalnya nanti iaitu neraka atau syurga dan dikatakan
kepadanya, ‘inilah tempat tinggal engkau, kelak engkau dihantar ke sana.”
(hadis
riwayat Imam Bukhari)
Persoalannya,
“benarkah kita beramal semata-mata
inginkan syurga dan takutkan neraka??”
Pertanyaan
itu masih tidak dapat ku jawab. Lalu ku cari lagi jawapan yang tepat.
Meneruskan pembacaan dari buku tersebut.
Seorang
tokoh sufi besar yang berasal dari Baghdad iaitu Abu Bakr asy-Syibli prihatin
dalam hal itu. Syibli pernah berlari sambil membawa sepotong kayu yang terbakar
pada kedua-dua hujungnya. Orang ramai kehairanan melihat tindakannya yang aneh
lalu bertanya apakah yang dia sedang lakukan??
Syibli
menjawab,
“Saya
mahu membakar neraka dengan api yang berada di satu hujung kayu ini dan
membakar syurga dengan api di hujung satu lagi sehingga menusia melakukan
ibadah semata-mata kerana ALLAH.”
Ternyata,
tindakan tokoh sufi itu menunjukkan beliau tidak setuju dengan manusia
yang beribadah kepada ALLAH kerana takutkan neraka dan cuma kerana inginkan
syurga.
“Beliau menegaskan beribadah itu semata-mata cuma kerana cinta dan
taat kepada ALLAH.!”
Allahuakbar…
Dilihat
pula pada tokoh sufi wanita yang mayhur dengan keimanannya yang tinggi kepada
Ilahi, yang mencapai maqam mahabbah iaitu cinta kepada ALLAH.
Dan
maqam ini hanya mampu dicapai oleh orang-orang pilihan dan merupakan puncak
dalam beribadah. Orang-orang yang seumpama itu sentiasa bermusyahadah iaitu
mengingati ALLAH walaupun sedang tidur.
Lihatlah
indahnya doa Rabiatul Adawiyah ini.
“Ya
Allah, sekiranya aku meyembahMu kerana takut kepada neraka, bakarlah aku di
dalam neraka. Sekiranya aku menyembahMu kerana mengharapkan syurga,
campakkanlah aku dari syurga. Namun, sekiranya aku menyembahMu semata-mata
demiMu, janganlah Engkau enggan memperlihatkan keindahan wajahMu yang abadi kepadaku.”
Subhanallah…tidak
mampu manusia biasa mencapai maqam iman tersebut, melainkan orang-orang yang
terpilih sahaja.
Ku
tutup kitab.
Telah
ku temui jawapannya dari persoalan penulis tadi.
Ikhlas.
“Semuanya perlu ikhlas. Beramallah dengan ikhlas. Cuma mengharapkan
redhaNya semata-mata.”
Tidak
perlu kita menghitung-hitung amalan kita untuk ditukar dengan syurgaNya. Tidak
perlu kita meminta-minta pula dibalaskan dengan api neraka.
Benar.
Syurga dan neraka itu termasuk di dalam perkara ghaib yang perlu kita imani. Perkara
ghaib yang Allah ciptakan dan sediakan untuk membalas segala amal-amal manusia
dengan selayaknya.
Semoga dengan adanya syurga dan neraka akan sentiasa memuhasabahkan
kita.
Semoga dengan adanya syurga dan neraka akan sentiasa menyedarkan diri
kita yang sentiasa terleka dan terlena.
Semoga dengan adanya syurga dan neraka akan membuatkan kita semakin
bersungguh-sungguh untuk mencintaiNya, untuk semakin dekat denganNya.
Semoga dengan adanya syurga dan neraka, akan sentiasa memperingatkan
kita tentang bukti kekuasaanNya, bukti maha Agung kudratNya.
Semoga dengan adanya syurga dan neraka, kita akan sentiasa berusaha
bersungguh-sungguh untuk bersikap dan beramal dengan amalan ahli syurga dan
menjauhi sikap ahli neraka.
Semoga dengan adanya syurga dan neraka, kita akan lebih
bersungguh-sungguh bermujahadah melawan hawa nafsu yang seringkali mengajak
kita untuk jatuh ke jurang neraka dan mendidik jiwa agar kembali nanti dengan
tenang menemuiNya di syurga.
Ikhlaskan semuanya. Meraih redha Tuhan bukan sesenang yang kita
bayangkan. Terlalu banyak ujian dan dugaan yang perlu dihadapkan. Hadapinya
dengan jiwa yang tenang. Kerana yakin dan percayalah dengan janji-janji Tuhan.
Dia lah Ar Rahman yang Maha Penyayang.
“Semoga apa yang ingin ku sampaikan tidak
kan tersasar dari keinginanMu ya Tuhan…
~Salam Maal Hijrah ke arah penghijrahan
diri ke arah mencari cinta dan redhaNya tanpa henti sehingga akhir nafas ini…
Wallahu’alam.”
Munjatku: “Tuhan.
Ku tidak layak untuk ke syurgaMu, tetapi tidak pula sanggup untuk ke nerakaMu.
Oleh itu, ampunilah segala dosa-dosaku, rahmati dan kasihanilah daku. Jadikanku
hamba yang beriman, yang sentiasa ingin mendambakan cinta dan kasihMu. Tulus
ikhlaskan segala amalanku, semoga kan bisa meraih redhaMu Tuhan…Amin…”
: hikmatul islam
: 1muharram 1434H
: 14112012
: 2013 am
No comments:
Post a Comment