Isu palestin.
Ramai yang bercakap mengenainya.
Di facebook, twitter, akhbar, berita melaporkan
serangan demi serangan Yahudi ke atas bumi Gaza.
Bumi anbiya’, bumi barakah yang sangat dibenci oleh
kaum kafirin.
Bernanah kebencian itu sejak berabad lamanya dahulu,
yang telah lama bermusuhan bermula dengan para anbiya dan kebencian mereka
tidak akan terhapus melainkan melihat Islam jatuh dan hancur.
Seakan sudah menjadi lumrah, bumi Gaza akan terus
diserang. Tanpa henti.
Bumi itu akan sentiasa bermandikan air mata dan darah
para syuhada’.
Setiap kali diserang, setiap kali itu jugalah kita
akan beremosi marah, sedih dan mengutuk kekejaman yang dilakukan oleh puak Israel
laknatullah.
Alhamdulillah, itu tandanya kita sebagai ummat Islam
menunjukkan rasa cakno serta prihatin kepada saudara seislam dengan apa yang
berlaku di Negara timur tengah itu.
Ada yang ingin hulurkan sumbangan wang, ada yang
berdemonstrasi membantah serangan Israel, ada yang memboikot barangan Yahudi
dan ada pula yang sanggup ke sana untuk misi bantuan kemanusiaan di Palestin.
Subhanallah!
Suatu usaha yang cukup bagus dan terpuji.
Semoga Allah
mengira setiap amal tersebut, meskipun sedikit tetapi andai ianya ikhlas maka
itu sudah cukup untuk melamar redhaNya.
Sesungguhnya Allah itu Maha Teliti lagi Maha Halus
dalam setiap pengiraan amal hamba-hambaNya.
Namun, entry kali ini ingin saya lontarkan dari sisi
sudut yang mungkin ada setengah dari kita terlepas pandang.
Di facebook, saya memerhatikan betapa status yang
terpapar akhir-akhir ini penuh dengan gambar-gambar yang diuplode yang
memperlihatkan kematian demi kematian para syuhada’.
Ada yang dibom sehingga berkecai badan, ada yang mati
sambil wajahnya tenang dan tersenyum kerana dapat melihat syurga memanggil
mereka yang syahid.
Ada pula yang menyeru dan merayu agar kita semua
berdoa tanpa henti agar Allah menurunkan bala tentera menghancurkan puak Israel
laknatullah itu.
Ada pula yang berdegar-degar bercakap tanpa henti akan
isu Palestin, agar dapat mengingatkan kepada sahabat-sahabat yang lain agar
turut cakno akan isu tersebut.
Alhamdulillah, sesungguhnya saya memuji itu semua
adalah satu usaha yang sangat bagus kerana menunjukkan kesensitiviti kita
sebagai umat Islam.
Walaupun kecil usaha tersebut, tetapi amat besar
sumbanganya dalam membantu mereka yang berjuang di sana.
Teruskanlah usaha tersebut, tiada apa salahnya dan itu
adalah usaha murni dari kita, yang lahir dari hati yang sangat kasih dan sayangkan
sesama saudara seislam di sana.
Cuma, terkadang, kita lupa dari satu sudut yang lain.
Mereka di sana memang telah dilahirkan sebagai pejuang
agamaNya.
Mereka yang terbunuh dan dizalimi, Allah sememangnya
telah menyediakan ganjaran yang cukup indah buat mereka.
Tetapi kita di sini?
Pastilah ingin juga bergelar pejuang agamaNya.
Namun, apakah jihad kita di sini?
Kita telah menyampaikan dakwah di facebook misalnya,
dan Allah menyaksikan usaha baik kita itu.
Tetapi, sayangnya, dalam kita ingin
memperjuangkan seperti mana yang mereka di sana perjuangkan, ada satu sudut dari
diri kita sendiri diabaikan.
Contohnya, kita menyampaikan perkara yang baik di
facebook, ingin menyampaikan dakwah tetapi sehingga terlupa akan wajibat yang
lain.
Ada yang tersasar waktu solat kerana terlalu
asyik menghadap facebook. Bukankah solat di awal waktu itu jauh lebih afdal
berbanding yang lain?
Diriwayatkan
daripada Abdullah bin Masud r.a katanya:
“Aku pernah
bertanya Rasulullah s.a.w:
Apakah
amalan yang paling utama? Baginda s.a.w. bersabda: Sembahyang pada
waktunya.
Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda s.a.w. bersabda:
Berbakti kepada kedua orang tua. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda
s.a.w. bersabda: Berjuang pada jalan Allah.”
Ada pula yang setiap 10 minit akan sentiasa update
status di facebooknya sehinggakan dia sebenarnya seakan telah ‘terlupa’ bahawa
ada wajibat lain yang harus lebih diaulakan.
Apa wajibat lain yang patut lebih diutamakan itu?
Itulah, ibadah kita sebagai muslim.
Saya paparkan contoh-contohnya;
·
Berapa kali dalam sehari kita membaca al-Quran?
Satu helai atau satu juzuk?
·
Sudah khatam atau tidak membaca tafsiran
(terjemahan) al-Quran? Dan menghayati maksud dan erti setiap ayatNya?
·
Berapa lama masa kita peruntukkan masa untuk
membaca buku-buku ilmiah?
·
Berapa ratus zikrullah yang dapat kita
bertasbih setiap hari?
·
Berapa lama masa yang kita luangkan bersama
dengan sahabat-sabahat untuk berusrah atau bermesra dengan family kita sendiri?
·
Adakah solat sunat- tahajud, taubat, witir,
dhuha terjaga setiap hari?
Namun, sayangnya, ramai yang mengabaikan posisi ini.
Sehingga masa habis begitu sahaja.
Katakanlah:
“Apakah akan Kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugi
perbuatannya. Iaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan
dunia ini, sedang mereka menyangka bahwa mereka berbuat sebaik-baiknya.”
(QS.
18:103-104: terjemahan surah Al-Kahfi)
Allahu allah...
Semoga kita bukan
dalam golongan ini...
Saya teringatkan cerita akan perihal seorang sahabat saya yang suka berfacebook. Setiap hari, pasti dia akan update status di fb. Dengan kata-kata hikmah untuk menyebarkan dakwah.
Itu sememangnya saya amat puji usaha dakwahnya, tetapi sayang tatkala dia meluangkan masa yang sedikit untuk menghafaz al-Quran. Sehinggakan, tasmiq dan syafawi tidak sempat dihabiskan.
Bukankah itu sudah menjadi kerugian? Terabai tanggungjawab sebagai tolib.
Sebetulnya, berdakwah
memang wajib, tetapi ibadah juga wajib dijaga.
Jika mereka di sana mengangkat senjata untuk
berperang,
Maka kita di sini angkatlah senjata kepada hawa nafsu
untuk memerangi nafsu syahwat kepada dunia yang banyak menipu daya, yang
melekakan dan melalaikan kita dari mengingati Allah.
“Dan
tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan
sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui.”
(terjemahan surah Al-Ankabut 64).
Ketahuilah,
syaitan amat licik sekali menipu daya manusia dalam pelbagai dimensi. Hatta
dalam kita ingin berbuat kebaikan pun, syaitan begitu pandai menggoyahkan keikhlasan di dalam
hati.
Dia (iblis)
berkata: "Demi kemuliaan Engkau (Allah), sungguh aku akan menyesatkan
mereka semuanya. Kecuali hamba-hamba-Mu (hamba-hamba Allah) yang ikhlas
(dipersucikan) antara mereka.”
(terjemahan
surah Sad:82-83)
Sesungguhnya..
Saya tidak ingin melemparkan semua tohmahan itu kepada
orang lain, kecuali diri saya sendiri yang pertamanya.
Saya, diri saya ini yang banyak terleka dan terlalai.
Diri saya, yang pernah tertipu dengan kelicikan syaitan itu...
Semoga dengan tulisan yang tertinta ini, tatkala
setiap kali saya bacanya berulang-ulang, Allah mahu saya dulu yang ingat dan
bermuhasabah..
Dan, jika semua ciri itu tiada pada diri kalian, maka
saya yakini, kalian sememangnya layak untuk bergelar seorang pejuang.
Seorang pejuang yang benar-benar ingin menegakkan
agamaNya.
Insya allah, mari kita terus berjuang.!
“Tegakkan Islam di dalam diri kamu, nescaya
Islam akan tertegak di bumimu”
( As-syahid Imam Hassan Al- Banna)
Sekadar ingin berkongsi sebuah pandangan.
Diharapkan dapat memuhasabahkan diri bagi orang-orang
yang ingin mengambil pelajaran. . .
Sekian, wallahua’lam.
: hikmatul islam
: 10 muharram 1434H
: 24112012
: 1230 am
No comments:
Post a Comment