“Air mata yang menitik
Terus menitik
Semakin lama semakin deras
Semakin lama tersendu-sendu
Hati merasa hampa
Kosong, buntu dan keliru...
Duhai diri, apakah sebenarnya yang dikau tangisi?”
Assalamualaikum...
Buat jiwa yang terluka.
Buat hati yang merasa duka.
Buat diri yang merasa kecewa.
Buat insan-insan yang terasa sudah berputus asa pada segalanya.
Duhai semua jiwa-jiwa.
Izinkan daku ‘singgah’ seketika di dalam hati kalian.
Ingin ku berbicara mendekat.
Dekat dengan hati-hati yang merasa ‘rapuh’.
Dekat dengan diri yang merasa lemah.
Kerana daku juga sama dengan kalian.
Kerana daku, juga punyai hati sedemikian.
Kerana daku, juga insan lemah seperti kalian.
Kerana daku, juga cuma statusnya hamba Tuhan.
Hamba Tuhan yang seringkali berbuat dosa dan
kesilapan…
Tika saat diuji, kalian tahu?
Bahawa dakulah insan yang paling teruk menangis.
Teruk.
Tersendu-sendu di hadapanNya, gaya anak kecil yang
kehilangan benda berharga.
Mengadu dan merintih-rintih dalam sujud dan doa.
“Ya
Allah…peganglah hati hamba erat-erat.
Ibarat seorang ayah memegang erat tangan anaknya.
Jangan sesekali dilepaskan walaupun
sekejap cuma.
Kerana ku pasti akan nanar tanpa pegangan
dan petunjuk dariMu…
La ilahailla anta, subhanaka inni kuntu
mina zalimin
(Tiada Tuhan melainkan Maha Suci Engkau,
sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zalim).”
Ya. Kerana hanya itu yang mampu ku lakukan.
Berdoa tanpa henti.
Kerana saat itu, ku cuma punyai air mata itu.
Terlalu banyak, sampai melimpah-limpah. Seperti empangan
yang telah pecah.
Bila menangis, terasa tidak mahu hentinya air mata itu
mengalir.
Jika bisa disukat, mungkin sahaja air mata itu sudah sama banyaknya
dengan segelen air mineral?
Atau, mungkin lebih lagi dari itu?
Entah, ku sendiri tidak pasti.
Yang pasti, Tuhan mengira bukan setiap titis air mata
yang jatuh itu?
Pastilah Allah kira.
Kita mana mungkin dapat membilangnya.
Saat diuji, kita cuma tahu menangis dan menangis….
Kalian mahu tahu, kenapa Allah mengira setiap butir
air mata kita yang jatuh?
Kerana Allah tidak pernah leka.
Kerana pengiraan Allah amat-amat halus dan teliti.
Kerana Allah ingin mengira semuanya, apa yang ada pada
kita, hatta pada air mata yang setitis itu.
Kerana, air mata juga adalah termasuk sebahagian
‘amal’ kita.
Sedarkah kalian akan hal itu?
Adakah ia akan menjadi amal kebaikan atau keburukan?
‘Eh, apa kena mengena air mata dengan amal kita pula?’
Kalian, kalian pun tahu, Allah tidak pernah
menciptakan tiap-tiap sesuatu itu dengan sia-sia. Lihatlah kuasa Allah yang Maha Teliti ini..
“Dan pada sisi Allah-lah
kunci-kunci semua yang ghaib; tak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri,
dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun
yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji pun
dalam kegelapan bumi dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan
tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuzh).”(al An’am :59)
Begitu juga air mata.
Jika ia tumpah kerana ‘benda’ yang sia-sia, alangkah ruginya kita.
Sedangkan Allah mahu kita gunakan air mata itu dengan sebaiknya.
Untuk kita raih pahala.
‘Habis, kita tidak bisa menangis jika sedih?’
Bukan. Bukan begitu maksudku.
Benar. Siapa yang tidak jatuh air matanya jika dia merasa sedih?
Lebih-lebih lagi kaum hawa, kita orang perempuan mudah sekali untuk
menangis kan?
Allah berikan ‘special kes’ buat kita, mudah terusik emosinya dan menangis berbanding dengan orang lelaki.
Allah berikan ‘special kes’ buat kita, mudah terusik emosinya dan menangis berbanding dengan orang lelaki.
Sebab ia sudah menjadi fitrah kita bernama manusia, apabila ditimpa
musibah, automatik kita pasti akan menangis.
Tidak kira musibah dan ujian itu seperti apa, ujian kehilangan orang
yang tersayang, ujian kesakitan, kezaliman, ditindas, dihina dan seumpamanya.
Pasti manusia yang normal akan keluar juga air mata.
Persoalannya, apa perasaan kita dengan Allah tika itu?
Sekali lagi saya tanyakan pada kalian, saat kalian menangis, apa
perasaan kalian dengan Allah tika itu?
Marah? Rasa dizalimi? Rasa tidak adil? Kerana Allah
memberikan kalian musibah dan ujian tersebut?
Jika demikian yang kalian rasa saat menangis itu, maka
jadilah air mata itu air mata yang sia-sia.
Sedikit pun tidak berguna.
Kenapa?
Kerana kita malah menyalahkan Allah pula, bukan diri sendiri.
“Apa
saja nikmat yang kamu peroleh adalah dari Allah, dan apa saja bencana yang
menimpamu, maka dari (kesalahan) dirimu sendiri.” (Q.S. An-Nisa. 4: 79)
Oleh itu, sekali lagi
tanyakan pada diri sendiri, kitakah yang zalim atau Allah? Sedangkan Allah lagi
Maha Bijaksana dalam menilai segala amal perbuatan kita setiap saat.
Sedangkan kitalah hamba yang banyak berbuat kesilapan dan dosa, sedang
Allah lagi Maha Pengampun terhadap hamba-hambaNya.
Jangan sesekali kita berburuk sangka pada Allah bila
diuji, kerana itu hanya akan ‘memudaratkan’ lagi iman kita.
Sesungguhnya air mata yang Allah anugerahkan itu, yang kita ‘guna’ ia
saat bersedih, adalah untuk kita kembali menginsafi diri.
Benar, untuk kita memuhasabahkan diri.
Untuk kita jadikan ia amal kebaikan yang berpahala,
bukan sebaliknya.
“DUA belah mata boleh
menangis, tetapi hati tetap perlu redha atas ketentuan-Nya.
Demikianlah keadaan orang
Mukmin yang bersedih.
Tawa dan tangis, gembira dan
sengsara, nikmat dan ujian semuanya adalah lumrah kehidupan.
Seseorang itu tidak mungkin
hanya melalui satu episod dalam kehidupannya, sedih dan menangis untuk
selama-lamanya.
Semua akan datang dan pergi
silih berganti, tiada yang kekal di dunia ini.
Orang beriman berada di atas
batas pertengahan, tidak berlebih-lebihan mengungkapkan perasaan yang
bergejolak di hati.
Inilah yang disebut sebagai
jiwa hamba yang zuhud.
Apabila mendapat nikmat,
tidak terlalu gembira dan jika diserang musibah tidak pula terlalu bersedih.
Semua dikembalikan kepada
ketentuan Allah semata-mata.”
(Dr.Juanda Jaya)
Jadikan air Mata kita ‘Special’.
Satu tangisan yang
istimewa dianugerahkan Allah SWT kepada hamba-Nya.
Mahukah kalian tahu
tangisan apa tangisan yang ‘special’ itu?
Tangisan ini tidak
bersifat melemahkan semangat, bahkan ia boleh menghidupkan jiwa
yang sudah lama
mati.
Ia tidak mendatangkan rasa
putus asa dan kesakitan, bahkan air mata itu ibarat gelombang membangkitkan
rasa optimis, kecekalan dan azam bergelora.
Tangisan itu membawa satu
janji untuk hidup lebih bererti dan ia mampu mencelikkan pandangan mata hati
meneroka alam lebih jauh lagi.
Alam ghaib
sememangya tidak nampak di mata kasar, tetapi hati yang beriman boleh merasai
kebenarannya.
Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud:
“Dan seseorang yang berzikir
mengingati Allah dalam keadaan sendirian, lalu berlinanganlah air matanya
kerana takutkan Allah.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
Itulah hati yang lembut, tunduk dan akur kepadaNya.
Hati yang merasa takut (khauf) apabila teringatkan hari pembalasan yang
amat dasyat, lalu keluarlah air mata kerana hati mengingini keampunan dari
Allah swt semata-mata.
“Tidak ada orang yang PALING RUGI di
dunia ini, kecuali orang-orang yang telah berputus asa pada Rahmat Allah yang
Maha Luas”
Siapapun, pasti tidak mahu jadi orang yang rugi. Semua orang
berlumba-lumba mengejar keuntungan, samada untung yang segera di dunia ataupun
untung yang berlipat ganda di akhirat.
Ya. Kerana orang yang berputus asa itu, adalah orang
yang teramat rugi kerana dia telah mensia-siakan tiap saat dan waktu dalam
hidupnya.
Hidup ini terlalu singkat untuk ditangisi.
Yang lalu, biarkanlah ia berlalu.
Biarkan ia tersimpan dalam lembaran takdirNya.
Jangan terus ditangisi apa yang bukan milik kita. Kerana macam mana pun
kita tangisi, ia tetap tidak dapat kita miliki lagi...
Ubahlah posisi fikiran kalian.
‘Keluarlah’ jauh-jauh dari dunia sedih itu.
‘Cuba masuk’ ke dalam dunia orang lain.
Lihatlah orang yang berada
‘di bawah’ jauh lebih kurang dari apa yang kita miliki, dengan begitu kita akan
menjadi manusia yang bersyukur.
Rasulullah SAW bersabda:
“Lihatlah orang yang di bawah kamu dan jangan melihat orang yang di atas kamu kerana dengan (melihat ke bawah) lebih pantas untuk kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)
“Lihatlah orang yang di bawah kamu dan jangan melihat orang yang di atas kamu kerana dengan (melihat ke bawah) lebih pantas untuk kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)
Perhatikan orang yang lebih besar ditimpa musibah berbanding dengan diri
kita.
Tetapi, dia tetap tenang, senyum dan bersyukur dengan apa yang dia
ada.
Tidak mahukah kita jadi seperti itu?
Melihat wajah orang yang tenang, kita juga mahu sepertinya.
Melihat dirinya bahagia, pasti kita juga ingin hidup kita tiada duka.
Cubalah merenung dan
berfikir, tetapi jangan merasa khuatir.
Jangan pula banyak
berangan-angan terhadap masa depan yang belum pasti. Ini akan menimbulkan rasa
gelisah oleh kesukaran yang belum tentu datang.
Juga tidak terus meratapi
kegagalan dan kepahitan masa lalu karena apa yang telah berlalu tidak mungkin
dapat dikembalikan semula.
Hakikatnya takdir Tuhan tidak akan pernah berhenti.
Kerana kita sedang lagi meninti masa menuju pada hari ‘kembali’.
Kita tidak dapat lagi berpatah balik pada hari yang
lalu, tetapi kita masih boleh ‘menoleh’ ke belakang itu untuk muhasabahkan
diri.
Jadikan ia iktibar dan pengajaran. Jadikan ia sebagai
permulaan yang baru untuk kita terus melangkah ke hadapan.
Mungkin bukan mudah untuk kita bangun setelah ‘terluka parah’, tetapi
ambillah masa sedikit demi sedikit untuk memulakan ‘catatan baru’.
Catatan hidup kita yang lebih indah, kita mampu
mengindahkannya jika kita benar-benar mahu.
Rasulullah SAW bersabda:
“Bersemangatlah untuk memperoleh apa yang bermanfaat bagimu dan
minta tolonglah kepada Allah dan janganlah merasa lemah.
Bila menimpamu sesuatu (dari perkara yang tidak disukai)
janganlah engkau berkata: “Seandainya aku melakukan ini nescaya akan begini dan
begitu,” akan tetapi katakanlah: “Allah telah menetapkan dan apa yang Dia
inginkan Dia akan lakukan,” karena sesungguhnya kalimat ‘seandainya’ itu
membuka amalan syaitan.” (HR. Muslim)
Akhir kalamku, kita tidak
mungkin dapat ‘menghapuskan’ air mata, kerana air mata itu anugerah terindah. Buat mereka
yang ‘disentuh’ hatinya oleh Allah.
Akan tetapi, sapukanlah
air mata itu untuk dirimu menjadi lebih positif, semakin teguh pegangan
denganNya, semakin mendekati yang Maha Dekat serta semakin menjadi mukmin yang
hebat dan kuat.
Insha allah, kita mampu, kita boleh.! Semoga kasih
sayang Allah sentiasa bersama kita hingga hujung nyawa. Amin ya rabb...
Semoga air mata kita,
Adalah air mata yang DIA redha.
Semoga air mata kita,
Adalah air mata yang percaya.
Percaya pada setiap aturannya tersimpan hikmah.
Percaya pada kebesaran dan rahmatNya yang Maha Luas.
Percaya pada suatu saat nanti,
Allah pasti akan menggantikan air mata itu dengan yang
terindah
Dengan mahar syurga
Yang abadi di hujung sana
Kerana itulah kemenangan yang nyata
Buat air mata yang tidak jatuh sia-sia
Buat hamba yang bertakwa kepadaNya....
: hikmatul islam
: 28022013
: 0230 pm
kak wanis..................... knapalah....bkk je blog ni xsah xnanges!!! =(
ReplyDeletesubhanallah...betapa Allah sentiasa kasih padamu dik kerana stsa ingin menyentuh hatimu dgn ayat2 cintaNya...akk pun jeleos taw dgn jannah mujahidah :)
ReplyDeleteinsha allah, smoga allah stsa syg, cinta dan kasih padaNya tanpa henti dan jemu...amin :')