(Surat seorang
Pengemis Cinta…)
Bismillahirrahmanirrahim...
"Bagiku,
Dialah segala-galanya buatku.
Aku
tidak malu untuk mengemis cinta darinya.
Aku
tidak sesekali berasa segan untuk berbuat demikian.
Meskipun,
mungkin akan ada yang berkata kepadaku, ‘Heh, terhegeh-hegeh si pengemis ini
meminta.!’
Aku
tidak peduli.
Aku
tidak hiraukan semua mata manusia yang memandang.
‘Pengemis
gila’, ‘Pengemis hina’.
Biarlah
mereka mengecop aku seperti apapun.
Kerana
aku memang seorang pengemis.
Pengemis
yang sentiasa menagih.
Menagih
cinta darinya.
Kerana
memang aku ingin sekali memiliki cintanya.
Kerana
memang aku begitu teruja untuk sentiasa dekat dengannya.
Dialah yang
selama ini sering membuatkan aku gembira.
Dialah
yang selama ini sering membuatkan aku bahagia.
Tatkala
aku sedih, Dia yang pujuk.
Dengan
kalamnya yang cukup indah, dengan janjinya yang cukup romantis.
Tatkala
aku lemah, Dia sentiasa ada di sisi menguatkan aku.
Tatkala
aku sudah berputus asa, Dia memberikanku jalan keluar dan harapan.
Dengan
janji-janjinya yang benar, tiada satu pun yang dusta.
Dia
tidak pernah menjauh dariku, tatkala semua manusia menjauh dariku.
Dia
tidak pernah sesekali menghina aku meskipun aku sang pengemis.
Malah,
Dia senang sekali dengan perwatakanku sebagai si pengemis.
Dia
malah, semakin sayang padaku tatkala aku terhegeh-hegeh mengemis cinta darinya.
Dia
malahan semakin cinta padaku tatkala aku melafazkan kata-kata cinta kepadanya.
Dia
juga semakin kasih padaku tatkala aku cuma ingin setia mengemis kasih darinya.
Oh,
indahnya hidupku tatkala aku mendapat cinta dan perhatian sepenuhnya dari Dia!
Terasa
dunia ini aku yang punya.
Biarpun
aku cuma seorang pengemis, sungguh aku bahagia. Damai dan tenang sekali hatiku.
Ada kalian
miliki rasa seperti itu?
Tiada
cinta yang lebih asyik dan mendalam, selain cinta yang aku puja ini.
Sebab
itulah, aku ingin terus mengemis cintanya.
Kerana
Dia tidak pernah jemu dan bosan tatkala aku meminta darinya.
Dia tidak
pula memarahi aku.
Dia malah
menunjukkan kepadaku mahligai kasih yang tersergam indah yang dibina khas buatku.
Oh,
kekasih hatiku…
Cintaku
tidak sehebat cintamu padaku.
Biarpun
aku terus mengemis dan mengemis cintamu, tetap sahaja cintamu terus membunga
mekar untukku.
Semakin
indah, lebih indah dari apa yang ada di dunia ini.
Tetapi,
kenapa tidak semua orang ingin menjadi pengemis sepertiku?
Kenapa
tidak semua orang ingin berebut mendapatkan cinta darinya?
Mungkin,
kerana mereka belum dapat rasai apa yang aku rasa.
Mungkin
mereka masih belum sampai puncak ‘kemanisan iman’.
Ya.
Mungkin saja mereka bongkak dan angkuh untuk mengemis cinta darinya.
Ah,
alangkah ruginya mereka.!
Rugi
besar.
Mereka
fikir, dengan adanya harta yang banyak, emas yang menimbun boleh membuatkan
mereka bahagia?
Mereka
fikir, dengan pangkat dan nama, mereka dapat membeli cinta dengan sewenangnya?
Mereka
sudah silap!
Mereka
fikir, pengemis seperti aku langsung tidak berguna?
Biarlah.
Biarkan
mereka dengan angan-angan palsu mereka.
Aku
hanya ingin menyampaikan.
Aku
cuma ingin menceritakan betapa indahnya menjadi pengemis cinta.
Aku
akan terus mengajak dan menyeru manusia tanpa jemu, untuk turut sama-sama
menjadi pengemis sepertiku.
Pengemis
cinta yang satu.
Mengemis
dengan setia.
Kerana
aku sedari, aku insan fakir lagi hina.
Yang
aku rasakan title ‘pengemis’ itu lebih sesuai untuk aku di sisinya.
Memang
benar sekali, aku tidak punyai apa-apa.
Aku
tiada pangkat mahupun harta. Yang aku punya hanya ini.
Sekeping
hati yang tidak akan pernah berhenti meminta.
Menagih
dan terus menagih cinta darinya.
Semoga
kerjaku sebagai ‘pengemis cinta’ ini akan terus ku pinta dalam sujud dan doa.
Dalam
setiap saat dan ketika.
Moga
hingga hujung nyawa nanti, akan ku benar-benar miliki cintanya yang hakiki dan
abadi…
(Dariku:
‘Pengemis Cinta Allah yang setia’)
p/s:
Cinta-Nya yang terindah, sesungguhnya tiada yang lebih indah dari memiliki
cinta Ilahi. Usah malu untuk mengemis cinta Allah setiap saat kerana kita cuma
insan fakir yang akan kembali semula kepada-Nya kelak. Semoga kembali nanti,
dalam keadaan Allah cinta, Allah redha..amin =)
: hikmatul islam
: 08022013
: 1110 pm
Assalamualaikum,kak wanis...saya sendiri masih terawang-awang akan hala tuju hidup saya...kadang saya ingin berubah tetapi saya selalu alpa dan leka akan kenikmatan yang diberikanNya..
ReplyDeleteSaya selalu tertanya-tanya...bagaimana insan seperti akak sering mudah untuk menerima KEMANISAN IMAN?
Maafkan saya...
wassalam wbr...
ReplyDeletesyukran jazilan adik dayana yg sudi 'jejakkan' hati datang ke blog ini mengutip mutiara ilmu... :')
subhnallah...Allah telah menyentuh hati adik utk bertanya seperti ini.
tidak mengapa dik, akak senang sekali atas persoalan yg dilontarkan..
adik dayana..
ssghnya, bukan semudah kata utk merasai 'manisnya' iman..
sebelum itu, mmg kita perlu rasai banyaknya kepahitan sbelum dapat mncicip nikmat manis tu...
bukan semudah yg difikirkan dgn akal.. krn ia perlu kpd tarbiyah, perlu dari mendidik jiwa, rohani dan mental dgn berterusannya ujian dari Allah..
adik,
niat adik sudah cukup baik, ingin berubah kpd kebaikan...cuma sahaja, adik perlu melangkah dengan amal..
mmg lumrah kita manusia sering lupa ble diberi nikmat...
oleh itu, kenalilah Pemberi Nikmat itu sedalamnya, agar kita mampu menjadi hambaNya yg benar2 bersyukur..
salam syg dari akk, smoga adik dayana stsa berada dalam naungan cahaya hidayah dari Allah :)