“Bagaimana nak redha dengan gerak kerja yang semakin menuntut tahap
tadhiyah (pengorbanan) yang cukup tinggi?
Semakin hari keadaan taklifan (tanggungjawab) terhadap amanah yang
dipikul dah sampai tahap zero, kosong tetapi terpaksa teruskan demi
keberlangsungan gerak kerja.
Adakah keberkatan dalam adab berkerja bersama itu dah hilang? Letih
sebab terlalu menjaga perasaan diri sendiri yang sampai tahap redha pada
taklifan itu sudah tiada…”
Usai Daurah Kitab
‘50 Akhlak Salafussoleh’ menitikkan noktahnya, secebis kertas kajang itu dia
hulurkan pada saya.
“Harap Kak
Wanis dapat jawab dan tulis dalam blog ye.”
Saya ambil dan
senyum kepadanya, sambil mengatakan Insha Allah, saya akan cuba membalas surat
tersebut.
Surat itu saya
lipat lalu selitkan dalam buku nota saya.
Kemudian, saya
pandang dan tenung wajahnya seketika.
Jelas,
terpancar riak wajahnya yang penat.
Saya tahu dia
sangat letih.
Bukan setakat
fizikalnya, tetapi mental dan rohaninya turut ‘letih’.
Sungguh, saya
sangat simpati dengan adik usrah saya seorang nie.
Dia memang
terlalu sibuk, terlalu banyak taklifan dan amanah yang harus dia tunaikan. Masa
yang dia ada terlalu padat dengan pelbagai gerak kerja yang harus dilaksanakan.
Jika mahu saya
sebutkan semua tugasnya, rasanya tak tertulis di kanvas ini.
Namun, dalam diam
saya mengagumi kemampuannya yang bagi saya luar biasa, bukan calang-calang
orang yang mampu memikul tanggungjawab yang berat sepertimana yang dia pikul.
Tahniah dik,
akak bangga sebenarnya dengan adik.
Walaupun
seperti adik rasa tidak mampu lagi untuk memikulnya, sebenarnya adik adalah
insan pilihan Allah yang hebat.
Subhanallah, sungguh
kemampuan dan kelebihan adik miliki sangat istimewa, akak sendiri tidak
punyai kekuatan dan kelebihan seperti adik.
Walaupun adik
rasa adik dah tak kuat, dah tak mampu nak pikul, rasa lemah, letih dan tak
berdaya, akak tak nafikan adik berhak rasa seperti itu.
Sebab kita ini
namanya manusia.
Sudah pasti sifat kekurangan itu menjadi milik kita juga.
Oleh itu, ku
tulis coretan ini untukmu dan untuk diriku jua.
Duhai serikandi pejuang Allah,
Jika adik rasa
lemah, carilah kekuatan dari yang Maha Gagah.
Jika adik rasa
sudah buntu, pening dan keliru, pintalah dari yang Maha Hadi, yang
memberikan petunjuk dan jalan keluar bagi hambaNya yang beriman.
Mari, duduk dan
tenangkan diri adik di sini. Cuba bermonolg sendiri dengan hati kita secara
jujur dan telus.
Mari imbau kembali, dari mana kita? Dan ke mana akhirnya hidup kita ini?
“Dan
(ingatlah) Aku tidak menciptakan Jin dan Manusia melainkan untuk mereka
menyembah dan beribadat kepadaKu.” (Az-Zaariyat : 56)
Hidup ini,
semua pekerjaan, amal dan tugas yang kita lakukan tidak kira apapun perbuatan
kita semuanya harus dilorongkan pada lorong ibadah kepada Allah.
Harus
pastikan semuanya berada di dalam zon yang betul.
Zon ibadah
lillah.
Tanggungjawab
dan amanah yang kita laksanakan itu juga adalah ibadah.
Dan, Allah tidak akan memberikan taklifan itu bagi hamba yang tidak mampu, bagi
hamba yang doif.
Kerana
Allah Maha Bijaksana dalam menilai kemampuan setiap hambaNya.
Cuma
sahaja, kita kadang-kadang jadi tak tersedar kan bahawa seluruh hidup kita
ini adalah ibadah semata-mata kepada Allah.
Ibadah
yang pada masyarakat umumnya mereka memandang pada ibadah secara zahir sahaja,
solat di masjid, berzikir, baca al-Quran dan sebagainya.
Sedangkan
apapun yang kita buat, belajar, tolong orang, tengok tv, dengar muzik juga
termasuk ibadah jika semuanya disandarkan kepada Allah, jika niatnya adalah
semata kerana Allah.
Apatah
lagi amanah yang kita pikul.
Tidak kira
apapun jawatan yang kita semua pegang, jadi Ketua, Timbalan, Setiausaha, Guru
hatta pekerjaan sebagai penyapu sampah sekalipun jika kita dapat sentiasa
‘sedar’ bahawa ia adalah ibadah kepada Allah, maka pastinya kita akan sentiasa
ingin mengerjakan ia dengan sebaiknya.
Sepertimana
kita solat untuk dapatkan redha Allah, maka begitu jugalah dengan tugas dan
amanah itu.
Sepertimana
ikhlas dan khusyuknya dalam solat menjadi syarat diterima ibadah, maka
begitu jugalah kita harus sentiasa pastikan tulusnya niat dan bersungguh-sungguh dalam
melaksanakan taklifan yang kita pikul.
“Hidup
ini jika kerana manusia dan dunia semata-mata, maka hati kita akan menjadi
resah dan gelisah.
Hidup terasa sangat letih dan sempit. Ibarat pengejar
bayang-bayang yang tiada kesudahannya.
Namun,
jika hidup ini kita sandarkan cuma kerana Allah swt, maka hati kita akan
menjadi tenang dan lapang.
Tiada apa yang mampu menggusarkan hati kita kerana
dalam hati kita cuma punyai Allah yang paling utama.” (Pak Long Zainal Asri)
Duhai mujahidahku,
Kembalikan semua pekerjaan yang adik
lakukan itu KERANA ALLAH SEMATA-MATA.
Jika kita sandarkan ia kerana
persatuan, kerana arahan Ketua, kerana ingin menjaga keberlangsungan gerak
kerja, kerana kasihan, kerana simpati, kerana manusia, maka kita memang akan
terasa sangat-sangat letih.
“Ketahuilah
jika kamu merasakan letih dalam berbuat kebaikan, sesungguhnya keletihan itu
akan hilang dan kebaikan itu akan kekal di sisiNya”
(Saiyyidina Umar Al-Khattab)
Sedangkan istilah ’pengorbanan’ itu
hanya untuk perjuangan mencari redha Allah, bukan redha manusia.
Jika kita sebut sahaja istilah ‘berkorban
kerana Allah’, maka yang sakit, yang susah, yang perit harus kita lalui. Kerana
ianya menuntut pengorbanan dari semua sudut, harta, mental, fizikal, emosi,
perasaan bahkan nyawa sekalipun.
Bagaimana untuk kita miliki sebuah
hati yang redha?
Sifir mudahnya seperti ini.
“Jika kita
mahu Allah redha kepada kita, maka banyak mana hati kita meredhai setiap ujian
dan dugaan dariNya?”
Banyak mana hati kita dapat kuat dan
bertahan dalam bersabar mengerjakan ibadat kepadaNya?
Banyak mana hati kita dapat kuat dan
bersabar menerima segala ujian dan mehnah yang bertimpa-timpa?
Sebanyak mana hati kita mahukan redha
Allah, sebanyak itulah juga hati kita mesti redha dengan semua
pengorbanan yang sebagai ‘mahar hantaran’ kepada Tuhan.
Sudah menjadi sunnatullah, jiwa setiap
hamba pasti tidak akan terlepas dari namanya ujian.
Berbeza diri seseorang, berbeza pula
ujian yang dihadapinya.
Dan, harus sentiasa diingatkan dan
dipesankan pada diri.
“Besar
mana iman kita kepada Allah, maka besar itu jugalah ujian Allah kepada kita”
Kerana apa? Kerana, Allah ingin
menilai BUKTI ketulusan dan keikhlasan kita padaNya...
Benar adikku, bercakap memang mudah,
bahasa dan tinta bisa dilakar dan dicoretkan dengan sepantas jari menaip di
keyboard, tetapi yang membezakan adalah bagaimana iman kita dalam
menghadapinya.
Sabarlah dalam mengerjakan ketaatan.
Sabarlah dalam beriman kepada Tuhan.
Kerana
jika seseorang itu sabar dalam ketaatan, maka sudah pasti dia akan
berada di peringkat tertinggi kesabaran.
Jika ingin menjadi hamba yang taat, seorang
pejuang yang berjuang atas jalanNya, seorang mujahid yang berperang fisabilillah,
maka kesabaran amat-amat diperlukan.
Jadi, harus bagaimana untuk jadi
sabar?
Allah swt telah memberikan garis
panduan kepada kita. Firman-Nya:
“Wahai
sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah
payah dalam menyempurnakan perintah Tuhan) dengan bersabar dan mengerjakan
sembahyang, kerana sesungguhnya Allah menolong orang-orang yang sabar.”
(Al-Baqarah: 153)
Sekali lagi, jika kita merasai buntu
dan keliru, serta mengalami pelbagai kesukaran di atas jalan perjuangan ini,
maka kembalikan semula semuanya pada Allah.
“Orang-orang
yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata : “Sesungguhnya
kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”
Mereka itu
ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan
mereka serta rahmatnya, dan mereka itulah orang-orang yang dapat
petunjuk hidayahnya. (Al-Baqarah: 156-157)
Begitu juga untuk kita senantiasa
pastikan diri kita istiqamah dan kuat. Harus sentiasa ‘update’ selalu hati
kita.
Hubungan dan komunikasi kita dengan
Allah. Pergantungan dan keyakinan kita pada nusrah Allah.
Semua itu penting untuk pastikan diri
kita sentiasa mampu bertenang dan menenangkan emosi perasaan hati yang bergolak
dengan pelbagai situasi yang menekan.
“Sesungguhnya
hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang” (Ar-Ra’du: 28)
Akhir rumusannya, dari kacamata dan ilmu akak yang masih sangat dangkal, hidup ini akan
menjadi sangat indah jika segalanya kita buat kerana Allah.
Maka kita akan
sentiasa rasa bersemangat, rasa berlumba-lumba untuk kebaikan, dan rasa
sentiasa ingin mencari peluang untuk mendekatkan diri kepada Tuhan.
Jadikan amanah itu adalah mahar hantaran
untuk kita tukar dengan jannahNya.
Kerana kita menyedari, kembali akhirnya nanti kita di sisi Ilahi.
Semoga kembali kita adalah pemergiaan
yang terindah.
Yang Allah swt bangga, alu-alukan kedatangan ke syurgaNya berkat
kerana segala amal dibuat semata kerana ingin meraih redha Allah.
Insha
allah, allahumma amin ya Rabbana...
“Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, sungguh mereka akan kami tempatkan pada tempat-tempat yang tinggi
(di dalam syurga), yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, nmereka kekal di
dalamnya. Itulah sebaik-baik balasan bagi orang berbuat kebajikan, iaitu
orang-orang yang bersabar dan bertawakal kepada Tuhannya” (Al-Ankabut:58-59)
Doaku untukmu...
Semoga,
Apa yang meletihkanmu akan Allah
gantikan,
Dengan kerehatan yang berpanjangan di
syurga.
Semoga,
Apa yang telah engkau cuba sedaya
upaya,
Untuk melaksanakan ketaatan
kepadaNya,
Akan dikira dengan teliti walau sebutir zarah,
tetapi sangat tinggi nilaiannya di sisi Allah.
Semoga,
Dengan kita meredhai semua amanah yang diberikanNya,
Moga Allah lebih-lebih lagi meredhai
seluruh hidup kita.
Semoga,
Istiqamah tidak pernah luntur dalam
kamus perjuangan,
Tetap thabat dalam perjuangan mencari
redha Tuhan.
Semoga,
Allah kurniakan bagimu kekuatan luar
biasa,
Untuk terus engkau sumbangkan bakti
dan jasa,
Untuk dakwah dan ummah seluruhnya.
Semoga,
Tintaku yang secebis ini mampu
membuahkan kembali
sebuah hamasah dan tarbiah
untuk sentiasa dekat dengan Allah...
untuk sentiasa dekat dengan Allah...
~Untuk semua, adik-adik usrah,
adik-adik di fb, teman serta sahabat seperjuangan. Semoga kita semua tetap
thabat dan teguh berada di atas jalanNYA sehingga hujung nafas...amin~
: hikmatul islam
: 30032013
: 9030 am
No comments:
Post a Comment