22 September 2011

Coretan Rasa Di Penghujung Kalam…







Bismillah….


Dengan menyebut nama teragungMu Tuhan…


Di dalam kekalutan dan kesibukan dengan kuliyyah, assigment dan program-program yang direncanakan di kampus, bertemankan malam yang sepi, ku cuba menziarah blog teman-teman ‘sehati dan sejiwa’. ‘Sehati dan sejiwa’ dalam menulis dan menyebarkan ilmu serta berdakwah kerana-Nya. Niat yang paling utama, ingin ku isi makanan rohani yang kian ‘less’…


Juga kekeringan dan ketandusan idea untuk menulis. Ku buka kembali tajuk-tajuk yang telah ku draf,  semuanya tersusun 40 tajuk. Namun,,, sedihnya tika ini tidak termampu untuk ku karang walau satu artikel pun…Allahu…


Cemburu. Ya, kadang-kadang terselit rasa cemburu dengan teman-teman bloggers. (Yaqut Hulaif, Ad-Dhiya’, Syafiqah Rahmat, Nusrah dan ramai lagi). Mereka dapat menulis dengan ayat-ayat yang cukup indah dan kalam yang mampu menyentuh jiwa. Setiap kali membaca artikel mereka, dapat ku rasakan bahawa mereka menulis dengan hati, sehingga mampu menembusi hati para pembaca juga.


Melalui penulisan pena mereka, sejujurnya ku dapat rasakan betapa hati mereka begitu dekat dengan Ilahi, terasa tahap keimanan dan ketulusan hati mereka yang tinggi sehingga kata-kata yang disampaikan juga ‘sesuci hati’ penulisnya.! Subhanallah….


Terasa kerdilnya diri. Kekadang terbit juga rasa rendah diri yang teramat sangat. Tidak layak sebenarnya untuk ku berpena, tidak standing dengan teman-teman blogger yang kalamnya ku rasakan cukup hebat. Namun ku tidak ingin putus asa dan lemah semangat…! (Ya Allah…jangan biarkan hamba terus melemah…=(


Terdiam seketika. Cuba bermuhasabah dan renungi kembali, tujuan apa sebenarnya blog Hikmatul Islam ini dicipta.?? Teringat lagi rayuanku kepada abang, betapa ingin sekali ku miliki blog sendiri. Ingin menulis meskipun bertatih-tatih dan merangkak, tetapi ingin ku cuba sedaya upayaku, setakat termampu...

Sesungguhnya, niat yang utama, hanya ingin redhaNya. Ingin turut sama bersama para pejuang menyebarkan dakwah dan seruanNya. Ilmu usuluddin yang ku pelajari ingin sekali ku kongsi bersama, agar dapat mengukuhkan akidah dan menautkan hati-hati manusia kepada Allah. Ingin berkongsi segala rasa dan pengalaman yang ada.


Ku akui, diri tidak petah untuk berbicara, diri tidak hebat untuk berkata-kata. Namun, ku masih ingin menyimpan harapan, ingin sentiasa menyulam impian. Semoga melalui penulisan di blog inilah menjadi medan dakwah untuk ku sebarkan bahagia, untuk ku sampaikan kebenaran dan keagungan kalamNya kepada manusia dengan harapan semoga tembus ke hati-hati mereka agar menjadi semakin dekat denganNya. Mudah-mudahan….


Cita-cita untuk menjadi penulis dan menghasilkan novel Islamik seperti kak ha (Fatimah Syarha) masih sentiasa bersemi di sudut hati ini. Karya dan penanya menjadi idola buat diri. Dan ramai lagi penulis terkenal yang lain juga menjadi inspirasi seperti Hilal Asyraf dan Pahrol Mohd Juoi (paling minati), semuanya ingin ku contohi dan mereka sebenarnya menjadi pembakar semangat untuk terus meninta kalam Ilahi…
(kabulkan impian hamba ya Allah untuk jadi ‘penulis yang berjiwa hamba’ seperti mereka… Insya Allah…)



“Ya allah…kurniakanlah bagi hambamu ini hikmah kebijaksaaanaan, idea yang mencurah-curah, ilmu yang bermanfaat, kalam yang lembut agar dengannya dapat ku nukilkan penulisan yang terindah, dapat menyentuh hati-hati manusia agar semakin kenal dan dekat padaMu Rabbi…
Bantu hamba untuk meyebarkan dakwah melalui penaMu, jika bukan kerana curahan ilmu yang Kau anugerahkan, tidaklah termampu bagi hamba untuk menulis meskipun walau satu ayat…Permudahkan bagiku, sucikanlah niat di hatiku, perelokkan akhlak dan peribadiku, hiasi ia dengan keyakinan dan rasa tawakal kepadaMu…Semoga Engkau sentiasa redha kepadaku…Amin”


cintaNya membuatkan ku tidak akan pernah berhenti dari terus berusaha..
cintaNya membuatkan ku tetap ingin berusaha meskipun dalam lelah dan kecewa..
cintaNya membuatkan ku malu untuk menghentikan langkahku mencari redhaNya..
kerana Allah itu Tuhanku..sumber kekuatan di kala aku lemah..
sumber ketenangan tika aku resah..Allah sentiasa disisi ini..
jadi kenapa harus ingin berhenti..?”


p/s utk diri sendiri: “Hikmatul Islam,,, harus bersemangat ya.! Teruskan meninta dan meninta kerana-Nya.!”
~TERUS MENULIS KERANA ALLAH~

2 comments:

  1. Assalamualaikum ya hikmatul islam, :)
    semoga kamu menjadi sehebat nama ini,

    Ukhti,
    jangan berputus asa ya,Allah sentiasa mencintai hamba2Nya yang mahu kembali mencari jalan pulang.
    saya juga masih lagi mencari cari jalan itu, kadang kadang tersasar, kadang kadang tersesat,iman naik turun, dosa entah terampun atau bertambah, :'(

    tetapi indahnya menjadi orang2 yang ditarbiyyah,ialah kita sendiri dapat merasakan sekiranya iman kita 'sedang sakit', dan akan cepat cepat mencari penawarnya. Itulah tanda cinta dari Allah kan? ;')

    sy tidak sehebat yang ukhti nampak.
    dalam diri masih lompong berdebu dosa. ;'(

    ReplyDelete
  2. teruskan usaha. insyaAllah berjaya.
    Apakah balasan kebaikan (menulis berdakwah) selain kebaikan juga~

    semoga berjaya~

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...