“Tidak Allah ambil
sesuatu dari kita,
Melainkan Allah ingin
memberikan sesuatu yang lebih istimewa.
Tidak Allah membuatkan
kita menangis,
Melainkan Allah ingin kita
tersenyum penuh romantis.
Tidak Allah menghentikan
sesuatu takdir,
Melainkan Allah telah
meninta takdir yang jauh lebih baik dari yang ditadbir.”
Seputar alam yang
berlalu.
Seputar kejadian yang
silih berganti.
Seputar tawa yang
dipinjam sementara.
Seputar ujian yang ada
pasang surutnya.
Tika diri terhenyak
diuji, renungilah hati.
Di mana hati di sisi
Ilahi?
Tika diri dihuni lemah
tiada daya,
Bertanyalah jiwa, Allah
berada di mana?
Paling atas di hati atau
tingkat yang mana?
Hati, jujurlah berbicara
sendiri.
*Jujur-jujur.
Bicara ini bicara rindu.
Rindu seorang hamba
untuk sentiasa menundukkan diri.
Rindu seorang hamba yang
sentiasa sedar hakikat kekurangan diri.
Rindu seorang hamba yang
sentiasa ingin kembali di sisi Ilahi.
*Rindu.
“Orang
yang percaya, belum tentu dia akan yakin.
Tetapi,
orang yang yakin sudah tentu dia akan percaya.”
Tidak mungkin hanya ada rasa
yakin, tetapi tidak percaya.
Tidak mungkin tumbuhnya rasa
percaya andai tidak yakin.
Kerana kepercayaan dan
keyakinan itulah yang akan menumbuhkan keikhlasan.
Yakin dan percaya.
Bukan semudah yang
dikata.
Bukan semudah untuk
diterjemahkannya.
Membutuhkannya di saat
diri melemah, di saat jiwa merasa sangat lelah.
Puas sudah berhempas
pulas, kerana terlalu ingin menyandarkan sepenuhnya rasa itu kepada Allah.
*Terlalu.
Mencuba. Dan sentiasa
mencuba.
Untuk akhirnya.
Jasad ini mungkin bisa sentiasa
tersakiti.
Tertusuk duri ujian yang
tidak pernah henti mengelilingi.
Namun tidak pada hati.
Hati yang sentiasa ingin
kembalikan semuanya pada Ilahi.
Hati yang sentiasa ingin
berserah.
Sepenuhnya.
Pada Dia yang Maha
mengetahui keadaan diri.
Allah.
Tiada yang diharapkan
kecuali redhaMu.
Menerangi untuk sebuah
kasih sayang suci.
Pada kasih sayangMu yang
tiada henti.
Semoga sentiasa sudi.
: hikmatul islam
: 02112013
: 0100am
tika hati mengatakan rindu
ReplyDeletesegeralah mendekat diri membawa hati kepadaNya