Bismillah.
Yang teragung dan
termulia, untukMu Tuhanku. Pemilik hatiku selamanya.
“Tika rintik-rintik
jernih ini mulai jatuh,
tersendu sepi dalam
sujud.
Longlai dan lemah.
Betapa Dia lagi
berbisik, memujuk hati untuk kuat.
Hati, tidakkah engkau
dengari?
Hati, tidakkah engkau
renungi?
Bait-bait kalam-Nya yang
terselit.
Membawa seribu erti
untuk diteliti.
Justeru hati, kenapa
masih ingin berdukacita lagi?”
Bila kesedihan mulai datang mengetuk pintu hati, bila kesepian datang tanpa diundang, maka saya akan duduk lama-lama di laman ini.
Mengamati dan merenungi
dalam-dalam.
Untuk setiap baris kalam
yang tersusun.
Pada setiap perkataan
yang telah dilakarkan.
Tulisan yang saya tinta tika iman tersangat ‘kritikal’ dan semasa iman sedang sihat.
Ternyata, ada banyak
bezanya.
Menulis, untuk saya luah
setiap isi hati.
Bukan sekadar luahan,
tetapi sebagai muhasabah ke arah kebaikan.
Mengetuk diri yang
mungkin sedang kelalaian.
Memujuk hati yang lagi
sedang keresahan.
Ya, ‘islah’ untuk diri
sendiri terutamanya.
Dan ingin menyelitkan
manfaat bersama untuk semua orang.
Meski sentiasa sedari,
diri banyak kekurangan dan kelemahan.
Banyak…tak terhitung, malahan
merasa tidak layak untuk semua pujian yang sering singgah senyap-senyap di
inbox fb.
Allah…andai mereka
mengetahui betapa rapuhnya diri ini…andai mereka mengetahui betapa lemahnya
diri ini, pasti tidak akan ada yang sudi untuk singgah ke laman ini…
*serius mahu nangis*
Namun, di sisi tulisan
inilah cuba untuk saya cari kekuatan yang mendalam.
Mencari kekuatan yang
kadang-kadang hilang tika diri penasaran.
Mencari kembali kekuatan
iman.
Iman, yang sememangnya
ia mempunyai sifat turun naik.
Nak kekalkan, harus
istiqamah dengan amalan.
Harus sentiasa rapatkan diri dengan Tuhan.
Harus sentiasa rapatkan diri dengan Tuhan.
Nak jatuh? Mudah sekali dengan
bisikan syaitan.
“Iblis berkata: ‘Ya
Tuhanku, beri tangguhlah aku sampai hari mereka dibangkitkan.’ Allah berfirman:
‘Sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang diberi tangguh, sampai kepada hari
yang telah ditentukan waktunya (hari kiamat)’. Iblis menjawab: ‘Demi kekuasaan
Engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu yang
mukhlis di antara mereka.” (Shâd [38] : 79-83)
*Noted: kecuali
hamba yang mukhlis, yang punyai hati yang bersih dan tulus.
Allahurabbi.
Tunduk
kepala kerana teramat malu padaMu... Mukhliskah aku?
“Ikhlaskanlah, dengan
keyakinan dan kepercayaan pada sudut qalbu yang paling dalam.”
Sujudnya hati.
Andai hati bisa
'bersujud', maka anggota tubuh yang lain juga pasti akan mudah untuk tunduk
bersujud pada-Nya.
Sujudnya hati, ibarat
sang abid yang terus mendidik hatinya untuk terus akur, pasrah dan redha pada
semua takdir Allah.
Di saat hati merasa
sunyi, cukuplah menghiburkan diri dengan kalam Allah.
Alunan zikrullah mampu
mengubati lelah dan duka.
Di saat hati mulai
merapuh, ingin pasakkan kembali keyakinan pada-Nya teguh-teguh.
Allahu allah…akui, bukan
semudah kalam yang tertinta.
Hati yang sekecil itu,
betapa ajaibnya ia dapat menampung pelbagai rasa.
Rasa yang kadang-kadang
penat, lelah, letih pada dunia.
Rasa yang ingin
cepat-cepat kembali pulang ke sisiNya.
Namun, layakkah diri
pulang dengan ‘tersenyum’ di sana?
Hati, bersujudlah
dahulu.
Sepenuhnya.
“Bila
kau letih dan hilang semangat,
Allah tahu betapa kau telah mencuba sedaya upaya.
Bila tangisanmu berpanjangan, Allah telah mengira titisan air matamu.
Bila kau rasa ketinggalan dan masa meninggalkan mu, Allah sentiasa disisimu.
Bila kau telah mencuba segalanya tapi tidak tahu tujuan, Allah ada
penyelesaiannya.
Bila tiada yang bererti buatmu, keliru dan kecewa, Allah adalah jawapannya."
Sungguh-sungguh.
Mahu redha untuk semua
ujianNya.
Mahu redha untuk segala
dugaanNya.
Redha itu buah dari
kesabaran.
Ditempa dengan jalan
mujahadah yang cukup perit.
Tetapi isi buah itu
tersangat manis kelak.
Ya, suatu hari kelak.
Sentiasa ingin yakin pada
janji Ilahi.
Setia menunggu jawapanNya
untuk setiap sujud di dinihari.
Terus menanti.
Moga suatu hari nanti
Allah sudi.
Menjawabnya dengan huluran
penuh cinta.
Pada setiap bait-bait
doa.
Allahumma amin....
*Hati tersangat rapuh
saat ini, pohon ehsan kalian mendoakan penulis agar dithabatkan iman dalam
ketenangan…barakallahulakum aidan*
: hikmatul islam
: 18102013
: 0800pm
Assalamualaikum..
ReplyDeleteAllahurabbi..sebak ana..
muhasabah di sini..
jazakillah.
teruskan bertinta.
wssalam wbr...
Deletesyukran ukhti sudi 'kongsi' rasa sebak dgn ana di sini...
smoga allah kuatkan kita bersama...amin
bagus sekali mbak catatanya
ReplyDelete