"Tika kau rasakan cahaya itu hilang,
Ia ada, tersembunyi dari pandangan.
Bukan cahaya itu yang menghilang,
Cuma mungkin kau yang tidak mampu memegang.
Ia ada, carilah ia di sisi Tuhan.
Akan kau rasai indahnya cahaya ketenangan."
----------
Bismillahirrahmanirrahim.
Ia ada, tersembunyi dari pandangan.
Bukan cahaya itu yang menghilang,
Cuma mungkin kau yang tidak mampu memegang.
Ia ada, carilah ia di sisi Tuhan.
Akan kau rasai indahnya cahaya ketenangan."
----------
Bismillahirrahmanirrahim.
Subhanallah,
tahun baru 2015 dah lama membuka tirainya. Tapi, isian blog ini telah tertangguh
begitu lama. 3 bulan tanpa dicoret kata-kata.
Asbabnya
banyak. Pertama, laptop lama saya rosak motherboard. Kedua, kerana dilanda
banjir besar di Kelantan. Ketiga, saya telah membeli laptop yang baru tapi bila
dah siap menaip hilang pula. Keempat, berkejaran untuk menyiapkan tesis yang
harus ditunjukkan hasilnya 2x sebulan kepada penyelia. Tahun ini adalah tahun
kedua, tahun last master saya. Moga-moga ia dapat disiapkan dalam tempoh masa
yang ditetapkan. Amin ya Rabbana.
Berulang
alik dari Kelantan ke UM, sangat lelah rasanya. Allahu.. sungguh saya ingin
istiqamah menulis. Sebenarnya semua asbab itu tidak boleh dijadikan alasan
untuk saya tidak mengisi di sini kan?
*Penulis yang bagus akan lebih berdisiplin menjaga penulisannya. Malu. Saya belum sampai tahap itu. Fastaqim ya Hikmatul Islam!*
*Penulis yang bagus akan lebih berdisiplin menjaga penulisannya. Malu. Saya belum sampai tahap itu. Fastaqim ya Hikmatul Islam!*
---------
Cerita
banjir besar yang berlaku di Kelantan. Paling teruk dalam sejarah. Saya tak terkecuali
merasai ujian-Nya. Rumah dinaiki air separas kepala. Saat itu, bagai terasa
nafas di hujung nyawa. Tidak
tahu bagaimana untuk saya bercerita, insha Allah akan ditinta satu demi satu tragedi
tersebut dalam gabungan kisah yang akan dibukukan bersama dua penulis yang
lain.
Di sini, cukuplah secara ringkas gambar-gambar berbicara. Hampir 3 bulan
inilah masa diambil untuk memulihkan kembali keadaan rumah selepas dilanda
banjir.
Penat,
lelah tidak terkira untuk membasuh dan mengemas rumah yang disaluti lumpur yang tebal. Saat
saya ingin mengeluh, segera beristighfar kerana masih ramai rakyat Kelantan yang
lain kehilangan rumah tiada tempat untuk berteduh. Allahu, betapa saya masih punyai
atap dan bumbung untuk duduki. Bersyukurlah duhai diri!
Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa yang Allah inginkan kebaikan, Allah akan memberinya musibah.” (HR Ahmad dan Al Bukhari dari Abu Hurairah).
Cubaan pasti akan menerpa kehidupan mukmin, kerana itu janji Allah:
“Sungguh, Kami akan menguji kalian dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan.” (QS Al Baqarah: 155).
---------
Tatkala
Ustaz Ebit Lew mengulang-ulang sepatah ayat keramat ini, hati sungguh terasa
lapang dan tenang. Bila dikembalikan semuanya kepada Allah, benar kita hanya
milik-Nya.
Segala
yang kita punya hanyalah pinjaman semata. Harta benda yang hilang dan musnah,
akan Allah gantikan dengan yang jauh lebih baik bila mana kita redha dan sabar
menerima ujian tersebut. Saya belajar satu perkara yang sangat besar daripada
musibah banjir ini, betapa mahalnya harga sebuah nyawa.
Jika
Allah mahu ambil nyawa saya, sekelip mata sahaja saya akan meninggal dalam
tidur. Kerana air yang naik pada malam itu, pada jam 2.30 pagi tika saya sedang
nyenyak diulit mimpi. Mungkin sahaja saya sudah mati lemas tidak sempat
selamatkan diri. Tapi Allah Maha Baik, masih dipanjangkan lagi usia saya hingga
ke hari ini.
AllahuAkbar!
Inilah nafas yang paling mahal, bernilai dan tidak dapat dibanding dengan
nilaian apa pun yang ada di dunia. Harta yang hilang masih boleh dicari,
diusahakan tetapi nyawa bila sudah ditarik maka tiada lagi kesempatan ibadah
yang dapat dilakukan. Tiada lagi amal kebaikan yang dapat dipersembahkan kepada
Tuhan. Itulah suatu kerugian yang amat besar pada seorang hamba.
“Orang
yang tidak pandai menghargai nafasnya, tidak akan mampu untuk menjadi hamba
yang bersyukur.”
-----------
“Di saat Allah
turunkan musibah
Jangan mengeluh,
jangan dimarah
Mungkin ada seribu
hikmah
Untuk kita
bermuhasabah
Fikirkan ibrah
daripada sakitnya musibah
Kerana terkandung
bersamanya jutaan rahmat Allah.”Hujan yang turun akan berhenti. Mendung yang datang lama-lama akan berarak pergi. Mentari akan muncul kembali menyinari. Pelangi akan keluar dengan berseri. Begitulah putaran alam, dan begitu jualah putaran ujian.
Allah
tidak pernah zalim. Allah tidak pernah biarkan kita dalam kesusahan dan
kedukaan selamanya. Rahmat Allah itu akan muncul, bila kita pegang dua kunci
utama. Redha dan ikhlas untuk segala ujian-Nya.
Rahmat
yang besar setelah ditimpa musibah. Allah kabulkan impian saya untuk bergelar
penulis. Setelah hampir setahun menunggu, Allah baluti buku ini secantiknya.
Seindah yang saya sendiri tak pernah jangka. Subhanallah, Alhamdulillah, segala
rasa syukur untukMu ya Rabbi sungguh tak terucap dengan kalam hamdalah.
Saat
pertama saya memegang buku ini, merembes air mata terharu. Terasa tidak
layaknya untuk saya meninta, dan terasa tidak layaknya untuk menerima ‘hadiah’
sebegini rupa dari-Nya. :’(
Saya
manusia pendosa. Yang ada dosanya antara saya dan DIA. Dosa yang kadang bila
saya muhasabah, terasa sempitnya dada kerana malu kepada-Nya. Allahu Allah…
Jika bukan kerana rahmat-Mu yang jauh lebih besar dari dosaku, pasti ku tak
mampu untuk mengangkat muka, ingin terus sujud memohon ampunan-Mu…
Keaiban
yang ada, Allah sembunyikan dari pandangan manusia. Sedang manusia melihat saya
mulia pada penglihatan mereka, sebenarnya sayalah manusia yang paling aib dan
kotor daripada mereka. Kerana itu saya meninta, mengharapkan tulisan ini
sebagai kaffarah semua dosa, semoga amal kebaikan akan menghapuskan segala
keburukan yang ada. Tuhanku, ampunilah daku selalu… :’(
Rasulullah
SAW bersabda:
“Bertaqwalah kamu kepada Allah
SWT di mana sahaja kamu berada. Dan susulilah keburukan-keburukan yang kamu
lakukan dengan kebaikan, kerana sesungguhnya kebaikan itu akan menghapuskan
keburukan yang kamu lakukan. Dan berakhlaklah dengan manusia dengan akhlak yang
mulia.” Hadith Riwayat Tirmidzi.
----------
Saat menulis entry ini, saya menangis lagi. Tidak tahu kenapa betapa rasa
nikmatnya jika dapat menangis sendirian. Sebab saya tahu, Allah selalu ada
menjadi peneman setia di sisi. Tak jemu mendengar rintihan hati.
Bukan mudah untuk bergelar penulis. Dibadai ujian yang bermacam rencam.
Kini bila bergelar penulis, semakin hebat ujian yang diduga Tuhan. Allahurabbi…sungguh,
saya tidak kuat. Kerana itu, tiada daya kekuatan melainkan disandarkan kepada
Allah yang Maha Gagah.
Tuhanku, kuatkan daku selalu. Berikanlah kekuatan, kesabaran dan
keikhlasan. Teguhkan kakiku di atas jalan keimanan. Jangan palingkan hatiku
dengan pautan hawa nafsu yang menyesatkan. Jadikan daku ingin merindui dan mencintai-Mu selalu...
"Tika diri mencari cinta,
DIA menguji dengan cinta dunia.
Tika diri cuba menyentuh cahaya cinta,
lalu diusir dunia hilang dari genggaman nyata.
Akhirnya hati berpasrah,
Menyerahkan cinta sepenuh jiwa kepada-NYA
itulah hakikat cinta yang kekal abadi selamanya."
: Hikmatul Islam
: 17032015
: 17032015
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteijin bookmark gan
ReplyDelete