18 May 2011

~Untukmu Teman~





Ya Allahu ya Rabbi…
Tiada kata yang dapat hamba luahkan..
Tiada kata yang dapat hamba ucapkan…
Tiada madah bicara yang dapat diungkap…
Melainkan kata ampunan dariMu…


Ya Tuhan…
Ampunilah hamba..
Kerana terlalu banyak kesilapan dan dosa yang dilakukan..
Tanpa sedar hamba telah melukakan hati seorang insan…
Tanpa sedar hamba telah mengecewakannya dengan sikap hamba..
Sedang dia terlalu menyayangi hamba, setulus hatinya keranaMu..


Temanku yang amat ku kasihi kerana Allah..
Sesungguhnya ku memohon kemaafan untuk segalanya..
Terlalu banyak kesilapan dan kesalahan padamu Teman..
sehingga merasa diri tidak pantas untuk kau sayangi lagi…
Ketahuilah...
Meskipun tidak termampu untukku luah dengan kata-kata..
Tetapi hanya DIA yang amat Mengetahui apa yang tersurat
Dan rasa yang tersembunyi di hati ini…


Teman…
Diri bertekad ingin sentiasa membahagiakanmu..
Namun tanpa sedar ku telah banyak melukaimu..
Sayangku padamu, ingin ku bawa hingga ke syurga..
Begitu tinggi cita-cita yang didamba..
Tetapi tidak sedar diri terlalu doif dan hina...


Ya Allah..
Dengarilah permintaan hamba ini…
Dalam esak tangis hamba memohon..
Biarpun dibelit dosa masih ingin meminta..
Dengan alunan doa robitah tulus ikhlas ku bisikkan..


“Sesungguhnya ku amat menyayangi dirinya keranaMu Ya Allah..
Peliharalah ukhuwah kami ini dalam rahmat kasihMu..
Ku tidak kan terdaya menempuh semua ujian…
Andai bukan Engkau yang menguatkan...
Teguhkanlah, semoga kasih ini terus bersemi..
Kerana hanya REDHA-MU didamba..
Melalui ‘ukhuwah fillah’ hingga ke syurga...amin”

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...