Tika pena berlari di atas sebuah kanvas kosong, terasa
hati ini seperti itulah jua.
Kosong.
Kosong bukan bermakna tidak ada.
Bukan pula
bermakna tidak sedar.
Diri ini masih tersedar.
Cuma ingin dikosongkan fikiran daripada semua
masalah-masalah yang datang menjengah.
Tanpa henti. Ujian itu akan terus mengelilingi.
Sungguh, hidup ini tidak akan pernah sunyi daripada
namanya ujian.
Kerana ujian itu perlu.
Kerana ujian itu pasti.
Kerana manusia itu perlukan ujian.
Biarpun diri tidak mampu, biarpun hati tidak mahu
tetapi ALLAH Maha Tahu kita perlu diuji.
Untuk setiap kata yang dilafazkan. Apakah ia benar
seperti yang dikata-katakan?
Untuk setiap perbuatan yang diamalkan. Apakah ia sudah
mencapai darjah keikhlasan?
Semuanya perlu diuji….
“Apakah manusia itu
mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan: kami telah beriman,
sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang
yang sebelum mereka. Maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar
dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (al-Ankabut: 2-3)
Diri ini cuba untuk bertenang, tatkala ujianNya datang
bertandang.
CintaNya datang tiba-tiba, menghulur dengan sapaan
yang membuatkanku kehilangan kata-kata untuk membalas sapaan cintaNya.
Ujian tanda Allah cinta, tetapi kenapa huluran cintaNya
pahit, tidak semanis yang kita pintakan? Tidak seperti apa yang kita inginkan?
Kadang jadi bingung dan tertanya-tanya, kenapa harus
diuji dengan sedemikian rupa?
Kadang diri tidak tertanggung beban rasa, sehingga air
mata jatuh jua dalam menahan sebak di dada.
‘Salahkah kita menangis?
Salahkah kita merasa hiba?’
Mungkin ada yang bertanya sedemikian.
Kita cuma hamba biasa, bukan malaikat.
Kita punyai rasa itu.
Rasa sedih, rasa kecewa, rasa hampa, rasa putus asa
kerana sememangnya fitrah kita sebagai manusia dibekalkan rasa-rasa itu.
Allah swt telah anugerahkan rasa itu pada manusia. Yang tinggal
cuma bagaimana untuk kita mengawal semua rasa itu.
Tidak salah kita menangis.
Menangis bukan tanda kita lemah. Menangis bukan tanda
kita mengalah.
Menangis adalah tanda kita mengakui kekuasaanNya. Mengakui
segala takdiranNya.
Antara hati ingin dididik menerima atau tidak, kita
perlukan tangisan itu. Untuk menenangkan hati yang gundah, untuk menenangkan
emosi yang bergocak gelisah.
Mungkin ada yang masih mampu tersenyum tatkala diuji.
Senyum atau tangis, semuanya adaptasi rasa yang
terlahir tika diuji.
Andai mampu tersenyum, senyumlah dengan sepenuh
keikhlasan dalam kesabaran. Andai ingin menangis, tangislah dalam ratapan
tangis itu dalam sujud kepadaNya.
Walau apapun ujian yang diberikan, cubalah untuk
bertabah. Cubalah untuk menjadi kuat, meskipun hati terasa amat rapuh dan goyah…
Firman Allah SWT:
“(Allah) yang menciptakan kematian dan kehidupan (di atas dunia ini), buat
menguji siapakah dalam kalangan kamu yang lebih baik amal perbuatannya, dan Dia
Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” (al-Mulk: 2)
‘Subhanallah…Maha Suci-Mu Ya Allah…’
Hati kembali beristighfar.
Saya mencuba. Sentiasa ingin mencuba.
Bertenanglah duhai hati. Bertenanglah duhai jiwa.
Itulah yang sering saya bisikkan pada diri.
Di saat hati terasa amat goyah, saya pohon DIA tidak
menggoyahkan pegangan ini padaNya.
Walau apapun yang akan terjadi, saya tetap ingin
sentiasa berpegang teguh pada ikatan ini.
Ikatan aqidah yang terpatri, bukan
semudah-mudah untuk dilemahkan dengan bisikan-bisikan emosi.
Biarpun pada awalnya diri tidak mampu menahan
rasa-rasa yang ada, biarpun cuba menahan air mata ternyata ia gugur juga.
Pertama, memang saya menangis kerana sedih. Sedih dengan
dugaan yang datang itu, tidak mampu saya hadapi dengan hati yang bertenang.
Kemudian saya menangis lagi. Kali kedua, bukan
menangis kerana sedih lagi. Tetapi menangis kerana terharu.
Kerana tatkala diri bermuhasabah kembali, air mata
keharuan yang mengalir kerana tersedar DIA sedang menujukkan rasa cintaNya pada
diri.
Cuma diri yang ingin memilih mahu bersabar atau tidak?
Adakah ingin menerima huluran cinta itu dengan hati
yang memberontak?
Sedangkan DIA sedang menghulur cinta.
Ya. Cinta agungNya.
Cuba tanya kembali, bahagia itu di mana sebenarnya? Bahagia
yang hakiki itu ada di dalam jiwa.
Dekat dengan diri, sentuhlah dadamu sendiri, maka
engkau akan merasakan betapa ia cukup dekat. Bahagia itu akan hadir bila kita bersyukur
dan belajar menerima apa adanya.
Cuba menerima segala aturanNya. Maka kita
sebenarnya sedang menyentuh cahaya bahagia..
Biarlah air mata yang jatuh itu moga dapat menghapuskan
rasa gelisah di jiwa. Semoga air mata yang mengalir itulah tanda kekerdilan
kita sebagai hambaNya.
Yang selayaknya untuk diuji dan diuji dengan pelbagai
dimensi. Namun, ketahuilah sesungguhnya Allah itu Amat Adil.
Tidak akan diberikan ujian itu melainkan DIA Maha Tahu
kita mampu memikulnya. Tidak akan ditimpakan ujian itu, melainkan DIA Maha Tahu
kita perlukan ujian itu untuk kita terus menjadi hambaNya yang kuat. Kuat dari
sudut iman dan ihsan.
Kerana setiap ujian yang hadir, adalah suatu rahmat. Tiada
ujian yang buruk, melainkan semuanya adalah ketentuan yang terbaik dari Yang
Esa.
Biarpun yang diuji itu ternampak buruk, dan tersangat
buruk pada pandangan mata zahir manusia, tetapi andai dilihat dari tembusan
mata hati ternyata ianya adalah hikmah dari yang Maha Kuasa.
Hikmah itu tidak akan nampak andai tidak diselak. Hikmah
itu tidak akan terzahir andai hati tidak dididik untuk menerima segala
ketentuan dan bersyukur dengan pemberiannya.
Benar. Tidak semudah kata bicara. Tidak semudah lafaz
yang dikata.
Rasa berat dan perit itu hanya akan dapat dirasa oleh
orang yang merasa. Tetapi cubalah ‘menelan’ rasa itu dengan senyuman.
Meskipun kelat,
meskipun pahit, tetapi pasti ada manis yang akan terganti dari rasa pahit itu. Rasa manis dan nikmat itu akan datang di sebalik semua
kepahitan.
Pelangi pasti akan muncul setelah ribut taufan yang melanda. Begitu jua
kehidupan ini pasti akan ada bahagia di sebalik semua duka…Yakinlah.!
“Kita akan diuji dan terus diuji, teruslah bersabar duhai pengejar cinta Ilahi
Makin Allah uji, makin Allah mencintai
Kata cinta kepadaNya, maka buktikanlah cinta itu dengan akur pada setiap takdiranNya”
p/s: “Saya
menulis bukan beerti saya sudah cukup kuat menghadapi setiap ujianNya, tetapi
biarlah dengan tulisan yang terlahir dari sebuah rasa, mampu menguatkan hati ini
tatkala ia berasa gundah dan goyah serta bisa menyentuh jiwa-jiwa yang membacanya
juga…semoga kita terus kuat, terus tabah, terus tahan diuji, terus bersabar dalam
ujian-ujianNya…Insha Allah”
~Hikmatul Islam~
~22092012~
~1000pm~
assalamualaikum kak . Semoga Allah SWT sentiasa tabahkan hati kak nur dalam setiap cubaan dan dugaan yang melanda.Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat-NYA kepada kak NUR dengan kasih sayang dan cinta-NYA kepada kak nur.Tabah sentiasa dan sentiasa ceria.
ReplyDeletesaya doakan kak NUR supaya berjaya dunia dan akhirat.AMIN :)
" Semoga Allh tasabatkan hati kak NUR tika ada kegonyahan pada hati itu , terus mekar dengan cinta-NYA . "
Allahummahdini wasaddidini . Sollu Alan Nabiy .
salam sejahtera dan salam kasih jua buatmu duhai adik Syahira yang ALLAH sayangi...
Deletesubhanallah..
syukran jazilan dik atas doanya yang tulus ikhlas kpd kakak..
terharu rase.... :'(
insha allah.. kita sma2 kuat hadapi ujianNya ya.. moga2 kita senantiasa terpilih di kalangan hambaNya yang tercinta...
smoga dirimu juga dalam kasihNya abadi hingga syurga...amin ya rabbi :')
Assalamualaikum..
ReplyDeleteIzinkn sy share apa yg cik tulis ini di dlm wall FB sy..
setiap ayat yg tertulis..mempunyai unsur yg boleh membina diri yg mula merapuh..sama spt kedaan yg sy alami skrg.. sekali lagi, Izinkn sy utk share artikel ini..
Terima kasih..
Assalamualaikum. .
silakan cik koyuki, moga beroleh manfaat untuk diri dan orang lain juga.
Deleteafwan.
saya pun nak share.. bole?
Deletesaya pun nak share.. bole?
Deletekata2 disini buat saya nak share, bila terkenangkan apa yang perlu saya lalui, terima kasih kak.
DeleteAssalamualaikum..Izinkan sy utk share ye..semoga sy n family dpt cekalkan hati utk sntiasa bersabar dgn ujian yg diberikan..
DeleteTerima kasih..-ezhani
Assalamu'alaykum wr. wb. semoga ALLAH tetap menjaga hati kita saat diberi ujian. tetap istiqomah dan tawadhu.
ReplyDeletesilakan kunjungi blog saya jun-syifa.blogspot.com
Insyaa Allah memberi manfaat, mohon kritik dan sarannya.
Wa'alaykumussalam wr. wb.
jazakillah ukhti :)
ReplyDeletemoga allah thabatkan kita di atas jalan-Nya. Insha allah, akan saya jenguk ke blog ukht :)
ReplyDeleteassalamualaikum, mohon share, jazakallahu khair - Nazlina
ReplyDeleteaku kini sedang diuji..betapa lemahnya hati ni..menangis dan terus menangis tp kini aku mampu tsenyum kembali selepas kembali padaNYA..syukur.
ReplyDeleteAssalam ,
ReplyDeleteTertarik dgn kata2 di atas, saya mohon share ye.
Semoga Allah Memberkati..
Terima kasih
Assalammualaikum Wr Wb. Indah sekali muhasabah yang saudari tampilkan, semoga kita selalu menyadari betapa indahnya ujian yang diberikan Allah walau hati ini sangatlah pedihnya, semoga Allah selalu memberikan keberkahan dari umur kita yang tersisa.
ReplyDeleteIzin share ukhti syukron 😊😊
ReplyDeleteAssalamualaikum..sakit nya..perit nya saat diuji..x mampu nk mengadu pada sapa2..hanya mampu menangis dan menangis..allahu..semoga kita semua terus diberi ketabahan dan kekuatan oleh Allah..mohon share yea..
ReplyDeletebarusan saya juga nulis, muhasabah motor.....hehehe....pokoknya buat muhasabah
ReplyDeletehttps://cintaicbmu.blogspot.co.id/2017/05/mereview-tulisan-cintaicbmu.html
izinkan sy copy paste kata2 yg sngat bermakna..trima kasih
ReplyDeleteassalamualaikum..hai..izinkan sy share kata2 dari wall ini. kata2 yang sangat bermotivasi
ReplyDeleteAssalamualaikum
ReplyDeleteSaya batu baca, tersentuh dgn nukilan rasa saudari...saat ini saya juga diuji..mengenangkan selama hidup ni puas dgn nikmat Allah maka saya perlu redha dan faham ini la caturan hidup....x selama nya nikamat dikecapi tanpa ujian...terima kasih Allah dgn ujian ini...biarlah dgn ujian yg KAU beri ini meluaskan mata dan menyedarkan hati tentang kita hamba MU....