Bismillah.
Saya
mendengar suatu video yang sangat membuatkan saya terjentik rasa. Bergetar
seluruh jiwa.
Ustaz Ebit
Lew menceritakan,
"Suatu
hari, tuan haji ini ingin membayar barang beliannya kepada seorang penjual.
Lalu, penjual tersebut mengambil duit itu dan membelek-beleknya. Lama.
Tidak lama
kemudian, penjual itu berkata 'Tuan Haji, duit ini palsu.' Maka, terkejutlah
tuan haji tersebut lalu jatuh pengsan.
Bila dia
sedarkan diri, peniaga tersebut berkata kepadanya, 'Tuan Haji, saya tidak
marahkan tuan cuma saya ingin mengatakan bahawa duit tuan itu palsu, tidak
bernilai.'
"Ya,
saya tahu kamu tidak marahkan saya. Saya jatuh pengsan kerana saya tiba-tiba
berfikir. Jika kelak saya dihitungkan amal, saya serahkan semua amalan saya
lakukan di dunia kepada Allah tapi tiba-tiba Allah lalu mengatakan,
'Semua amal
yang kau lakukan palsu, dusta!' Bagaimana untuk saya hadapi situasi tersebut?"
--------
Allahuakbar.
Sangat 'terasa' seolah Allah juga sedang mengatakan kepada diri sedemikian.
Membuatkan hati merasa takut yang amat. Tanpa sedar air mata mencurah-curah.
"Ya
Allah, aku tiada apa amal yang hebat untuk dihadapkan kepada-Mu. Aku masih
belum buat apa-apa untuk Islam. Aku masih belum berjuang sungguh-sungguh untuk
agama.
Aku masih
sedang bertatih mengenal-Mu. Masih sedang belajar bersabar dan bersyukur. Masih
sedang menghadam erti hikmah di sebalik setiap ujian.
Allah
Tuhanku. Aku tiada amal, sedikit sekali. Jika amal yang sedikit ini menjadi
seperti debu-debu berterbangan, maka hancurlah jiwa. Sengsaralah diri.
Allah
Tuhanku. Siapalah aku pada pandangan-Mu? Tiada apa-apa. Jika bukan kerana
rahmat-Mu, tidaklah hamba memiliki apapun di dunia ini. Bantu hamba untuk terus
menyungkur sujud kepadaMu ya Rabbi..."
Teringat
segala janji-janji dengan Tuhan.
Ya Allah, bantu aku laksanakan segala janjiku
kepada-Mu....
---------
Apabila
ditanya, 'Bagaimana kita mahu mengetahui pandangan kita atau kedudukan kita di
sisi Allah?"
Kata para
ulamak, 'Lihatlah bagaimana kita letakkan Allah di sisi kita."
Jujurlah
bertanyakan pada diri sendiri. Apakah....
Kita ingat
Allah lebih banyak daripada kita ingat kepada manusia setiap hari?
Kita ingat
Allah, lebih banyak kita fikirkan pandangan Allah akan terima amal kita ke tidak atau kita lebih banyak memikirkan pandangan dan kritikan manusia pada
kita?
Kita ingat
Allah, dengan sebenar-benar tulus ingatan, atau kita lebih banyak mengingati
hal-hal keduniaan?
Jika isi
dunia yang lebih banyak kita ingati, sungguh kita masih 'jauh' dari Allah
sebenarnya.
Amr bin ‘Auf r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah
SAW telah bersabda:
"Demi Allah! Bukanlah kemiskinan itu yang
aku khuatirkan terhadap kamu, tetapi yang aku khuatirkan kepada kamu ialah dunia
dilapangkan kepada kamu, sepertimana ia telah dilapangkan kepada orang-orang
sebelum kamu,
kemudian kamu akan berlumba-lumba untuk
mendapatkannya sepertimana orang-orang sebelum kamu berlumba-lumba untuk
mendapatkannya. Lalu dunia akan melalaikan kamu sepertimana ia telah melalaikan
mereka."
(Hadis Riwayat Bukhari)
"Kita
bukan siapa-siapa.
Usah
sesekali berbangga dengan apa yang kita punya.
Ia semua
milik DIA, Sang pemilik utama.
Kita bukan
siapa-siapa.
Usah berbangga
jika manusia memuji.
Belum tentu
malaikat sudi untuk memandang diri.
Kita bukan
siapa-siapa.
Usah
berbangga jika diri femes dikenali.
Sedangkan
para langit tidak mengenali.
Kita bukan
siapa-siapa.
Jika bukan
Allah yang memberi pinjam kepada kita.
Bersyukurlah
selalu dengan apa yang punya.
Dan teruslah
ikhlas menjadi hamba-Nya,
bukan hamba dunia."
: hikmatul islam
: 18102014
: 0645 p.m
ijin menyimak dan terimakasih atas pencerahannya semoga kita selalu ada dalam kelancaran ,thank admin
ReplyDelete