Showing posts with label ampunan. Show all posts
Showing posts with label ampunan. Show all posts

09 July 2013

Ramadhan, kuatkan daku...







*Setengah bulan yang lalu*

Jiwa bersemangat. 
Seminggu bermusafiran.
Tercipta memoir yang indah-indah.
Terasa impian yang berada di bintang dekat untukku pegang.
Bersama mereka, insan yang punyai jiwa yang sama.
Menulis dan menjadi penulis.
Semoga mekar ia dalam doa dan usaha. 
Semoga.

Tilik kalendar.
Bilang sendiri hari. 
Hitung dan hitung lagi seperti sebelum ini.
Tidak sabar menanti kedatangan ia. 
Ramadhan Kareem.
"Allahumma balighna Ramadhan".
Doa tanpa henti.

*Tiga hari sebelum puasa*

Diri penasaran. 
Ujian Tuhan datang tanpa diduga. 
Sebak dan pilu menjadi satu.
Semangat dan tawa terusir. 
Menghilang ditiup sang angin syahdu yang mendudu.

Kehilangan. 
Nanar seketika.
Kehilangan ‘seorang’ teman yang suka tersenyum.
Selama ini, dia ajariku tersenyum.
Kini, ku seakan sudah tidak reti untuk tersenyum.
Sudah tidak tahu lagi apakah ‘erti senyum’ itu?
Yang tetap setia bersamaku hanya satu.
Terima kasih air mata, kerana tetap setia di sisiku.

“Bakal Mata Pena Ummah”

Gelaran yang dia berikan untukku. 
Akanku usaha itu, sehingga mencapai cita.
Namun, tulisanku terkaku. Beku.
Mungkin diri perlukan sesuatu. 
Perlu sendirian berteleku.
Mencari hikmah-Nya di hujung sendu.

Berkali-kali ku pesan pada hati, ‘tolong jangan begini’.
Mujahadah, terus bermujahadah duhai sang hati.

“Menyayangi tidak beerti memiliki, tetapi belajar melepaskan apa yang dimiliki.”

Kata-kata yang sering terngiang-ngiang.
Entah dari mana, entah dari siapa, ku sendiri tidak pasti.
Hakikatnya, ku harus telan ia sendiri.
Terus berjalan mengikut takdir Ilahi…




*Sehari sebelum Ramadhan*

Allah berikan rezeki dari langit. 
Sujud syukur kepada-Nya.
Terharu dan sebak bergaul menjadi satu.
Ramadhan, terima kasih masih sudi mengunjungiku lagi.
Tidak ingin ku sia-siakan kamu.

Bertandanglah, meski jiwaku longlai untuk menyambutmu.
Kerana ku lagi sedang mencari kekuatan dengan kehadiranmu.
Mencari erti hakiki dalam perjalanan menuju abadi.
Mencari kekuatan hati yang terusir pergi.
Mencari sebuah hikmah yang terselit pada setiap ujian Ilahi.

Ramadhan, moga terselit maghfirah-Mu untukku.
Ramadhan, moga ia cahaya yang lebih menerangi jalan hidupku.
Ramadhan, moga ia membawa seribu pengertian buat diriku.
Ramadhan, tolong… kuatkanlah daku...

_Raup doa di dinihari 30 syaaban 1434H_






: hikmatul islam
: 090713
: 0330 am

28 October 2011

BERDOSA….ALLAH, Ampunilah….



 



                                               *******************************************


“Astaghfirullahalazim… Astaghfirullahalazim… Astaghfirullahalazim…”

 Kalam suci itu semakin lama semakin mendayu diungkapkan dalam sebuah lafaz... Mata dipejam erat. Bayangan-bayangan dosa silam menjelma di tubir mata, seakan-akan sebuah skrin yang menayangkan kembali satu persatu kesilapan diri yang terlalu banyak dilakukan...rasa tidak terhitung lagi…seraya air jernih terus menitis. Hangat. Semakin lama hati menjadi semakin sebak…pilu menusuk-nusuk ruangan sanubari…

“Allahurabbi…terlalu menggunung dosaku ini..apakah Engkau masih sudi memaafi? Meski berkali-kali ku ungkapkan kata lafaz untuk kembali, tetapi janji itu sentiasa dimungkiri.. Apakah masih ada kesempatan lagi untukku mengukir taubat ini…??”


Firman Allah swt yang bermaksud:

 “ Katakanlah, wahai hamba-hambaKu yang berlebih-lebihan terhadap dirinya (dengan memperbuat dosa), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah swt. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Kembalilah (bertaubatlah) kamu kepada Tuhanmu, dan patuhlah kamu kepadaNya sebelum tiba siksaan kepadamu, kemudian kamu tidak mendapat pertolongan” (Az-Zumar: 53,54).



Sesungguhnya…

Sebutir air mata yang jatuh kerana keinsafan, seribu kali lebih baik daripada sejuta mutiara di lautan…

Sesaat bersedih kerana redha ALLAH, adalah lebih mulia daripada bersedih kerana cinta manusia…

Sejernih wudhu yang sempurna, adalah lebih bercahaya dari kilauan  segunung permata…

Sesuci hati kerana mendamba cinta Ilahi, itulah hakikat cinta abadi dan hakiki…




Tuhanku,
Ku akui segala kesalahan dan kesilapan diri…
Ampunilah…maafkanlah…
Segala kelalaian, segala kealpaan…
Seringkai tersasar dari jalan lurusMU…
Seringkali tewas dengan runtunan nafsu…
Bantuku untuk mujahadah…
Tolonglah daku untuk istiqamah…

Pimpinlah hatiku
Kepada cintaMu
Untuk kembali semula kepadaMu
Berikanku petunjukMu
Kurniakanku hidayahMu
Kasihi dan kasihanilah hambaMu ini
Yang seringkali menzalimi diri sendiri…

Ya Rabb…
Perindahkan diriku dengan hiasan ketakwaan,
Cantikkan diriku dengan sepenuh keimanan,
Pimpin jalanku kepada kebenaran,
Hindarkan hatiku dari belenggu hasutan syaitan,
Istiqamahkan diriku pada kebaikan,
Semoga bisa meraih redha-MU Tuhan…



“Ya Allah, sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami sendiri. Jika tidak Engkau ampuni dan memberi rahmat kepada kami, nescaya kami termasuk orang-orang yang rugi.” (Al-A’raf: 23)


“Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebihan (dalam) urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir (Al-Imran:147)”


“Tiada Tuhan yang sebenar-benarnya melainkan Engkau jua. Maha Suci Engkau sesungguhnya aku adalah dari golongan orang yang menzalimi diri sendiri” (HR At-Tirmizi, Al-Hakim)



 Firman Allah swt yang bermaksud:

 “Dan orang-orang yang apabila mereka mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, segera mengingati ALLAH, lalu memohon ampun atas dosa-dosanya dan siapa lagi yang dapat mengampunkan dosa-dosa selain ALLAH? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu sedang mereka mengetahui.” (Al-Imran: 135)




Tajuk: Epilog Silam

Munsyid : Haikal



Dalam Mengenang Kisah Hidup Silam

Ku Sedar Dari Kesilapan Lalu

Tuhan Beratnya Dosa Dosaku



Masihkah Ada Ampunan Buatku

Tuhan Dalam Menempuh Hidup Ini

Banyaknya Dugaan Datang Menguji

Tuhan Ada Yang Dapatku Gagahi

Dan Ada Yang Gagalku Hindari



Tuhan Dosaku Menggunung Tinggi

Tapi Taubatku Takku Tepati

Tuhan RahmatMu Melangit Luas

Terlalu Sedikitku Bersyukur



Kiniku Kembali PadaMu

Mengharap Maghfirah DariMu

Mogakan Terampunlah Dosa Dosaku



Biarpun Ujian Melanda

Ku Tetap Ingin Berkasih PadaMu

Kernaku Yakin KasihMu

Kekal Tiada Sudahnya…



~Cuma ingin REDHA-Mu Rabbi~
: Hikmatul Islam,
: 0430 a.m,
: Selasa, 25102011.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...