Jiwa
bersemangat.
Seminggu bermusafiran.
Seminggu bermusafiran.
Tercipta
memoir yang indah-indah.
Terasa
impian yang berada di bintang dekat untukku pegang.
Bersama
mereka, insan yang punyai jiwa yang sama.
Menulis
dan menjadi penulis.
Semoga
mekar ia dalam doa dan usaha.
Semoga.
Semoga.
Tilik kalendar.
Bilang
sendiri hari.
Hitung dan hitung lagi seperti sebelum ini.
Hitung dan hitung lagi seperti sebelum ini.
Tidak
sabar menanti kedatangan ia.
Ramadhan Kareem.
"Allahumma balighna Ramadhan".
Doa tanpa henti.
Ramadhan Kareem.
"Allahumma balighna Ramadhan".
Doa tanpa henti.
*Tiga
hari sebelum puasa*
Diri
penasaran.
Ujian Tuhan datang tanpa diduga.
Sebak dan pilu menjadi satu.
Ujian Tuhan datang tanpa diduga.
Sebak dan pilu menjadi satu.
Semangat
dan tawa terusir.
Menghilang ditiup sang angin syahdu yang mendudu.
Menghilang ditiup sang angin syahdu yang mendudu.
Kehilangan.
Nanar seketika.
Kehilangan
‘seorang’ teman yang suka tersenyum.
Selama
ini, dia ajariku tersenyum.
Kini,
ku seakan sudah tidak reti untuk tersenyum.
Sudah
tidak tahu lagi apakah ‘erti senyum’ itu?
Yang
tetap setia bersamaku hanya satu.
Terima
kasih air mata, kerana tetap setia di sisiku.
“Bakal
Mata Pena Ummah”
Gelaran
yang dia berikan untukku.
Akanku usaha itu, sehingga mencapai cita.
Akanku usaha itu, sehingga mencapai cita.
Namun, tulisanku terkaku. Beku.
Mungkin
diri perlukan sesuatu.
Perlu sendirian berteleku.
Perlu sendirian berteleku.
Mencari
hikmah-Nya di hujung sendu.
Berkali-kali
ku pesan pada hati, ‘tolong jangan begini’.
Mujahadah,
terus bermujahadah duhai sang hati.
“Menyayangi
tidak beerti memiliki, tetapi belajar melepaskan apa yang dimiliki.”
Kata-kata
yang sering terngiang-ngiang.
Entah
dari mana, entah dari siapa, ku sendiri tidak pasti.
Hakikatnya,
ku harus telan ia sendiri.
Terus
berjalan mengikut takdir Ilahi…
*Sehari
sebelum Ramadhan*
Allah berikan rezeki dari langit.
Sujud syukur kepada-Nya.
Terharu dan sebak bergaul menjadi satu.
Ramadhan, terima kasih masih sudi mengunjungiku lagi.
Sujud syukur kepada-Nya.
Terharu dan sebak bergaul menjadi satu.
Ramadhan, terima kasih masih sudi mengunjungiku lagi.
Tidak
ingin ku sia-siakan kamu.
Bertandanglah,
meski jiwaku longlai untuk menyambutmu.
Kerana
ku lagi sedang mencari kekuatan dengan kehadiranmu.
Mencari
erti hakiki dalam perjalanan menuju abadi.
Mencari
kekuatan hati yang terusir pergi.
Mencari
sebuah hikmah yang terselit pada setiap ujian Ilahi.
Ramadhan,
moga terselit maghfirah-Mu untukku.
Ramadhan,
moga ia cahaya yang lebih menerangi jalan hidupku.
Ramadhan,
moga ia membawa seribu pengertian buat diriku.
Ramadhan, tolong… kuatkanlah daku...
_Raup doa di dinihari 30 syaaban 1434H_
_Raup doa di dinihari 30 syaaban 1434H_
: hikmatul islam
: 090713
: 0330 am
No comments:
Post a Comment