Bismillahirahmanirrahim…
(Dengan menyebut nama teragungMu Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…)
Alhamdulillah…wa syukurillah….
Di kedinginan dan selitan kehangatan sepertiga malam,,,
bersyukur kerana masih diberi nafas untuk berdiri dan sujud padaMu…Setelah menyeka air jernih yang menitis, ditarik nafas dalam-dalam.
Seketika hembusan ketenangan menyapa relung hati..Tidak dapat dinyatakan perasaan sebenar yang dirasai tika ini…
Kecewa, sedih, pilu, duka, rungsing semuanya berkumpul menjadi satu.Namun, setelah semuanya diluahkan pada yang Maha Mendengar, akhirnya dada yang terasa sempit dilapangkan, jiwa yang resah menjadi tenang.
Memutarkan kembali fikiran pada titik noktah pada semua perkara dan hal yang berlaku.
Mungkin perkataan yang tepat untuk ditafsirkan rasa hati ini adalah kecewa.
Ya, kecewa.
Kecewa pada manusia dan kecewa pada diri sendiri.
Kecewa kerana kasih sayang yang dicurahkan, tidak sedikit pun dihargai…
Kecewa kerana sangat menyayanginya insan-insan ini tetapi mereka malahan membenci...
Kecewa kerana ada yang menyangka buruk dengan diri ini sedangkan diri sentiasa berhusnu zan dengan mereka…
Akhirnya merasa kecewa juga dengan diri sendiri.
Juga menginsafi, diri teramat kurang dan masih disaluti debu-debu dosa, akui masih banyak perlu dibaiki…juga bukanlah yang terbaik buat mereka…
Tidak semua perkara yang kita seru semua orang akan mudah mengikuti.
Tidak semua perkara yang kita lakukan orang memandang mulia, malahan disapa hinaan dan cacian.Tidak semua juga dapat fahami jalan perjuangan yang dilalui, malahan ada yang
Tidak semua pengorbanan kita, orang dapat merasai dan menghargai…
Insaf...
Ingin melihat kebaikan-kebaikan yang tersembunyi di sebalik semua ini. Akhirnya diri menyedari, semuanya milikMu Tuhan….
Apa yang ku tahu..,, dan Engkau Tuhan sesunguhnya Maha Agung lagi Maha Mengetahui..
Meskipun hati terasa teramat kecewa dengan semua ini…
Namun, hati masih sentiasa sayangkan mereka. Masih merindui mereka. Masih ingin menjaga dan memberikan yang terbaik buat mereka. Bukan kerana mereka, tetapi kerana kusayangi mereka semata-mata KERANA-Mu ya Allah…
Meski tiada penghargaan, meski tiada ucapan terima kasih, meski mereka membenci, meski mereka memberikan yang sebaliknya, tetapi biarlah hati ingin terus ikhlas memberi dan menyayangi mereka lagi, ingin dididik untuk berlapang dada menghadapi semua cubaan ini...
Cuba menerima segalanya dengan hati terbuka, meskipun kadang-kadang pahit untuk menelannya…. :’(
“Ya Allah…
Meski diri merasa kecewa, namun, hati tidak pernah merasa kecewa denganMu..
Tidak pula ku kecewa dengan aturan dan cubaan yang Engkau berikan ini...
Kerana Engkau sentiasa ada di sisi menemani,
Kerana Engkau yang memahami rasa hati ini,
Kerana Engkau Maha Tahu apa yang tersirat di hati ini,
moga ia kerana tanda Engkau mencintai diri ini…
Ya Rabbi…
Cukuplah Engkau yang memberikan kekuatan dan ketabahan di saat hati merasa cukup rapuh dan goyah..
Cukuplah Engkau yang memberikan sebaik-baik balasan dan penghargaan, bukan manusia yang memberinya..
Maafkan hamba andai merasa kecewa…
Namun tidak ingin terus tenggelam dalam kekecewaan ini..
Balutlah hati yang berduka dan merasa kecewa pada manusia…
Berikanku selautan kesabaran…
Bantu daku untuk berlapang dada menerima segala takdiran…
Yakinkan daku dengan hikmahMu...
Yakinkan daku dengan janji-janjiMu…
Hanya padaMu ku berserah…”
~Ku akui dan sedari, jika tiada rasa kecewa ini, tidak mungkin akan timbul rasa salamatussadri tersebut…Allah, maafkanlah, sayangilah, kasihilah….Ku pasrah di atas segalanya ….~
p/s: “Cukuplah Allah sebagai wakil, sebaik-baik tempat sandaran dan meminta pertolongan…”
=(
ReplyDeletesedihnya entry akak.
huhu.
akak...
ReplyDeletekuatkan hati...
smoga Allah makin syg pada akk...
:)
lots of love: athirah