Pada-Mu
saja ku mengadu 
Resah
gelora yang menghempas kalbu 
Terasa
berat namun apa daya ku luahkan 
Walau
sarat terasa malu pada-Mu Rabbi
Akulah
insan yang berjuta dosa 
Tiada
mengenang erti kesalahan 
Berkali-kali
masih terulang segala kesilapan
Terus
ku berjalan dalam kelalaian 
Meski
ku tahu pedihnya iman
Masihku
disini terantai nubari 
Detik
nadi bagaikan terhenti 
Andai
aku di sisi rahmat-Mu Ilahi
Berhakkah
ku ulang masa lalu lagi?
Namun
ku sedari ia cuma mimpi silam
Ku
ingin terus berlari mengejar sinar ampunan
Meski
diri berpalit lumpur dosa yang hina
Tetapi
Tuhanku tidak pernah menghina
Kerana
ku tahu di hujung itu ada cahaya bahagia
Buat
hamba yang tidak berputus asa dari rahmatNya
Biar
bersemi abadi hingga hujung ‘sana  ’…
~nukilan rasa jiwa sahara~
: hikmatul islam
: 21052012
: 1200 am
.jpg)
No comments:
Post a Comment